Monday, October 13, 2008

Bandar Baru-Kulim - Ada apa-apakah? Kejutan lain?

Adalah mengejutkan untuk BN menarik balik petisyen pilihan raya yang kemukakan April lalu. Dikatakan yang BN mempunyai kes yang kuat untuk memenangi petisyen ini bagi pilihanraya kecil baru diadakan.

Tentunya tidak kecil perbelanjaan selain strategi yang diatur untuk kembali mendapatkan kerusi parlimen yang hilang.

“Politics is the art of the possible, the attainable - the art of the next best” - kata Otto von Bismarck.
Dia juga berkata, “When you want to fool the world, tell the truth.”

Dalam perkembangan peralihan kuasa dalam UMNO dan meriah pertandingan untuk merebut pelbagai kerusi kuasa dalam parti perkauman terbesar negara itu, apakah akan ada sesuatu yang tidak terfikir oleh kita, para 'ahli politik' sampingan yang hanya tahu kulit sahaja.

Apakah BN takut untuk berdepan sekali lagi dengan gelombang rakyat?

Atau apakah UMNO dibawah Najib akan mempunyai seorang lagi MP tambahan?

Kata adidas dengan sombong, Impossible is nothing!

Kata orang putih yang ramai hilang kerja disebabkan kesan kejatuhan sistem kewangan Amerika, sit and enjoy the next grand movie of the year!

1 comment:

Jejakasuci said...

Assalamualaikum, Tuan.

Tindakan UMNO ini dijangka penuh dengan muslihat. Kita tidak dapat hendak menjangka apa yang akan terjadi selepas ini. Semuanya berada ditangan Tuan Zulkifli Nordin. Sebarang keputusan yang diambil sudah pasti akan diteliti.Satu yang penting analaisis kita adalah kebimbangan pihak tertetu kerana Tuan Zulkifli Nordin mempunyai dua rahsia besar yang disimpannya. Sebagai seorang peguam saya yakin setakat ini beliau begitu amanah terhadap etika pekerjaannya.Rahsia tersebut:

1. Sejauh mana kebenaran salah laku Anwar dalam kes 1998 kerana beliau adalah peguam utama kes berkenaan.

2. Kes altantuya kerana beliau telah dimaklum cerita sebenar kes tersebut oleh tertuduh.

Semoga Tuan Zulkifli di berkati allah selalu dengan perjuangannya.