Saturday, October 25, 2008

Ayah Pin Turun ke bumi untuk Pemilihan UMNO?

Akhbar KOSMO melapurkan Kelibat Ayah Pin di KL?


Sekitar tahun 1998, saya bertemu sekumpulan Melayu yang bercerita tentang keajaiban seorang manusia dari Trengganu dan mengenai Rijal alghaib (Lelaki Ghaib). Saya mengenal salah seorang dari mereka melalui kawan-kawan dalam Pemuda UMNO masa itu dan individu ini pernah menjadi rakan niaga kepada Zahid Hamidi (seperti dakwaan dialah).

Dalam satu pertemuan selepas maghrib di Masjid Bangsar, seramai lima orang ahli kumpulan ini bercerita kehebatan masing-masing kononnya diberikan 'kuasa' dalam melakukan beberapa perkara, seperti 'time machine' untuk kembali ke mana-mana zaman. Ada yang boleh ke mana-mana dengan sekelip mata. Ada yang boleh mengetahui gerak hati seseorang. Ada yang boleh buat duit dan mengambil duit dari ATM tanpa akaun bank! Bermacam lagi.

Antara ahli kumpulan ini pernah menjadi orang besar sebuah gergasi telekomunikasi. Mereka semua tidak bekerja kerana hanya bekerja terus dibawah Allah! MasyaAllah!

Sewaktu berbual itu, salah seorang mereka berkata,"Ada Rijal Al Ghaib hadir bersama kita!"

Dia pun bercakap sesuatu kepada yang ghaib itu dan 'menterjemah' kembali kepada saya setiap soalan dari Rijal Al Ghaib.....naik meremang bulu roma. Allahualam. Menurut Rijal Al ghaib yang hadir itu, salasilah keturunan saya dari Shaikh Sayyid 'Abd al-Qadir al-Jilani. MasyaAllah!

Ketika itu saya tidak terdengar pun mengenai Ayah Pin. Teringat yang salah seorang dari mereka pernah memberikan telefon untuk bercakap dengan seorang 'tukang kayu' dari Trengganu. Tukang kayu yang hebat kerana pernah sendiri pergi ke langit sana.

Saya membuat anggapan kemudiannya, setelah kisah Ayah Pin menjadi hangat selepas tahun 2000, mungkin itu Ayah Pin, hanya Allah yang mengetahui kerana saya sudah terputus hubungan dengan kumpulan ini sebaik berhijrah ke UAE.

Saya akan ceritakan pengalaman hampir setahun dengan kumpulan yang semua ahlinya mahu jadi Rijal Al Ghaib ini. Malah ada membantu mereka berniaga dengan memberi maklumat mengenai dunia IT.

Kini Ayah Pin dikatakan muncul kembali, apakah kena mengenai dengan pemilihan hebat dalam UMNO? Setahu saya, berkenalan dengan kumpulan tersebut, mereka semua adalah ahli UMNO yang setia dan percaya Dr. Mahathir itu diterima oleh kerajaan langit, manakala TG Nik Aziz dikatakan ditolak oleh kerajaan langit!

Video dokumentari Ayah Pin.


KUALA LUMPUR - "Ketika itu saya lihat kira-kira 60 lelaki berpakaian serba hitam mengiringi seorang lelaki yang memakai topi berjalan sambil tunduk.
"Mereka dilihat memasuki tiga buah bilik di sebuah premis karaoke di ibu negara dan tidak membenarkan sesiapa masuk serta menampal kata-kata aluan meraikan kedatangan pemimpin 'Kerajaan Langit'.



Demikian cerita seorang lelaki yang mendakwa menyaksikan sendiri kemunculan semula seorang lelaki ala Ayah Pin berdekatan tempat kerjanya di ibu negara kira-kira sebulan lalu.
Menurut lelaki yang ingin dikenali sebagai Shah, 40-an, ketika itu, dia yang sedang bertugas ternampak kelibat seorang lelaki yang dikelilingi oleh puluhan pemuda pelbagai kaum pada 24 September kira-kira pukul 11 malam.
"Mereka terus memasuki premis karaoke tersebut dan menempah bilik yang dikhaskan untuk kumpulan mereka sahaja tetapi apa yang mereka lakukan di dalam bilik itu saya tidak tahu.
"Kira-kira tiga jam selepas itu, mereka keluar dan saya yang tidak berpuas hati telah pergi ke dalam bilik itu dan melihat banyak botol arak bersepah-sepah,'' katanya di sini semalam.
Tambahnya, dia yang pada mulanya tidak mengetahui mereka merupakan pengikut kumpulan ajaran sesat itu sehinggalah dia ternampak kata-kata aluan yang ditampal pada dinding di premis yang sama.
Menurut Shah, antara kata-kata itu termasuk 'Selamat ulang tahun God grandfather yang ke-4... Selamat sejahtera dan gilang gemilang dari Kawalan Bumi dan Kerajaan Langit'.
"Huruf-huruf itu ditempa dengan gabus dan ditampal pada sekeping papan sebelum dilekatkan pada dinding premis karaoke tersebut,'' katanya.
Ujar Shah, melalui pemerhatiannya, kebanyakan lelaki yang menyertai kumpulan itu datangnya dari pinggir ibu negara terdiri daripada Melayu dan India.

1 comment:

ros said...

yes...i bet there are karaoke lounges in hereafter complete with melamine free jugs!