Monday, September 01, 2008

Ramadan ke-9 Di Dubai

Ramadan kali ini, keluarga masih di Malaysia dan hanya akan pulang puasa ke 4.

Pertama kali buat isteri dan anak-anak menyambut Ramadan dan berbuka puasa di tanahair. Pengalaman baru buat anak-anak terutamanya.

Menjelang Ramadan, kelihatan semua hypermarket dipenuhi manusia yang membeli seperti dunia mahu kiamat. Inflasi yang tinggi menyebabkan harga barang melonjak tetapi kelihatan normal sahaja. Malah ada produk tertentu kehabisan.

Saya sempat juga menjenguk pusat penjualan kereta yang sama di penuhi manusia. Terutama jenama Toyota, Nissan, Mistubishi, Mercedes, BMW selain kedai-kedai kereta terpakai.

Pelbagai tawaran menarik yang bakal melihat ramai berhari-raya dengan kereta baru. Harga petrol juga tidak naik-naik.....sama seperti dahulu, masih murah.

Solat tarawih dikebanyakan masjid adalah 8 rakaat tetapi sama panjang dengan 20 rakaat. Ada juga 8 rakaat yang pantas, masjid-masjid ini tentunya cukup popular.

Begitupun, malam ini iftar di rumah sahabat bernama Imran...terimakasih!

No comments: