Sunday, September 28, 2008

Kifarat Mahathir Menuju Diktator


Dalam pertandingan jawatan dalam UMNO yang bakal hangat dan memuncak, walau ditangguhkan, tentunya para penulis buku politik akan sama bertarung untuk mencari habuan.

Tidak kiralah sama ada penulis politik bertaraf upahan atau profesional, persaingan untuk melakukan buku masing-masing menambahkan kemeriahan suasana.
Ada politikus yang akan menaja atau membeli buku-buku tersebut untuk diedarkan secara percuma sekiranya buku tersebut mempromosikan mereka sebagai calun pemimpin yang hebat.
Manakala, tidak mengejutkan juga kalau ada buku setaraf '50 dalil' kenapa si fulan dan si fulan tidak boleh jadi PM, TPM dan sebagainya.
Fakta, fitnah, atau yang separuh fakta separuh fitnah boleh mempengaruhi perwakilan, selain tentunya duit pelincir dan suapan lain yang sudah lama menjadi budaya UMNO.
Salah satu buku politik yang muncul ialah, 'Kifarat Mahathir Menuju Diktator.'
Tajuknya seakan, 'Mahathir Bashing' walau Mahathir tidak bertanding tetapi masih mempunyai tangan ghaib untuk menentukan kalah menang calun-calun yang disokongnya, termasuk anaknya sendiri.
Kebenciaan Mahathir terhadap pengganti pilihannya sendiri bukanlah rahsia lagi dan Mahathir berterusan mengutuk Pak Lah sehingga Pak Lah pencen tidak lama lagi. Tetapi keduanya akan bersama kembali dalam Yayasan Kepimpinan Perdana. Tidak pasti sebumbung nanti, kedua mereka akan terus jadi 'Tom and Jerry.'
Dari sebuah blog rakan di TV9, yang mengulas:

Dalam bukunya beliau menulis, "bertolak dari tindakan Pak Lah menghentikan sungai emas yang mengalir ke kantong penjilat dan pengampunya maka Mahathir pun mulalah menambak dengan mulut celuparnya.

Untuk memenuhi nafsu serakahnya Mahathir sanggup turun dan hadir dalam apapun majlis, sama ada diatur oleh UMNO, parti pembangkang atau NGO.

Dia tanpa aib dan malu berterusan menfitnah, memperlekeh, menghina dan mencaci Pak Lah. Seolah-olah dia lupa sepanjang pemerintahannya terlalu banyak dosa dan noda yang telah dilakukannya.

Pak Lah yang bertunjangkan ulamak tidak menjawab dan memalukan Mahathir. Kalau selain daripada Paka Lah tentulah Mahathir telah mendapat malu.

Pak Lah boleh mendedahkan seribu tempayan pekasam busuk Mahathir. Pak Lah boleh menelanjangi seribu pekung bernanah Mahathir.

Kalau Pak Lah berbuat demikian tentulah busuknya terhidu dari kota hingga ke desa. Seluruh ahli-ahli UMNO mengetahuinya.
Seluruh rakyat melihatnya."

Dalam satu bab dalam buku "Kifarat Mahathir Menuju Diktator", Kamarazaman Yacob memilih sembilan tokoh UMNO yang beliau rasa antara mereka yang berjuang mempertahankan Pak Lah.

Antara tokoh yang dipilih dalam bab "Sembilan Pahlawan " itu ialah Adnan Yaakob, Muhammad Muhd Taib, Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Shabery Chik, Shahrir Samad, Ali Rustam, Noh Omar, Ismail Sabri Yaakob dan Shaziman Abu Mansor.

No comments: