Saturday, September 20, 2008

Kalau Tidak Ke Putrajaya

Kalau tidak ke Putrajaya
ke Kemunting boleh sahaja
ke Sungai Buloh mungkin juga
selagi nasib sekadar duka

Tiba-tiba jadual agak terlewat
kerana ada sumpah diliwat
menjadi duri janji berkawat
gamat marhaen menggapai gawat

Heboh dituduh agen Amerika
tidur berselimut Yahudi durjana
konon melayu di jual segera
demi gelojoh untuk berkuasa

16 Disember atau tidak
undur kata atau terlajak
meriah gimik perihal katak
ramai yang tersedak-sedak

Masih belum tiba di Putrajaya
singgah sebentar di istana negara
kerana parlimen tidak dibuka
senarai pun tersimpan rahsia

Kalau gagal tiba di Putrajaya
siapa gila yang berdekah ketawa
siapa sewel yang terjual jiwa
terus merdeka di jajah puaka!

Fudzail
Al twar 3 (sambil tunggu kereta di basuh!)
20 September 2008)

3 comments:

pokcu said...

bg i semua org x best,, semua menteri x best, takde yg disukai kecuali nik aziz, husam, hj hadi.. ko pikir le sdiri,,

Jejakasuci said...

Dengaq cerita 16 haribulan
Syok sungguh pakat dok gebang
Ramai orang dah pasang badan
Berpeluh ketiak drebar tak datang.

Tok Teh,Pak Long tak jadi pi umrah
Nak tunggu orang baru perintah
Depa kata dia ni penuh gah
Kot kalu ong nak sponser umrah

Depa kata hal agama dia punya gah
Habis Tok guru dan ustaz tersanggah
Habis serban jatuh ketanah
Pakat syok nak jadi pemerentah

Dulu haram lani kira halai
Sebab janji 16 habulan punya hai
Juai agama macam juai gulai
Rupanya allah pon depa nak kitai

Lani nak cakap benar pon jadi susah
Silap haribulan kena memacam dah
Depa tuduh berpaling tadah
Tu dia 16 haribulan punya gah

Itu penangan kuasa dunia
Pakat kemaruk tak kira sapa
Tak boleh tegoq tak boleh berkira
Pakat palam hati dan keras kepala.

Sahabat-sahabat mai kita
Sedaq awai supaya tak buntu
Tolak UMNO tolak yang menipu
Semogo perjuangan allah bantu

Jejakasuci said...

Dengaq cerita 16 haribulan
Syok sungguh pakat dok gebang
Ramai orang dah pasang badan
Berpeluh ketiak drebar tak datang.

Tok Teh,Pak Long tak jadi pi umrah
Nak tunggu orang baru perintah
Depa kata dia ni penuh gah
Kot kalu ong nak sponser umrah

Depa kata hal agama dia punya gah
Habis Tok guru dan ustaz tersanggah
Habis serban jatuh ketanah
Pakat syok nak jadi pemerentah

Dulu haram lani kira halai
Sebab janji 16 habulan punya hai
Juai agama macam juai gulai
Rupanya allah pon depa nak kitai

Lani nak cakap benar pon jadi susah
Silap haribulan kena memacam dah
Depa tuduh berpaling tadah
Tu dia 16 haribulan punya gah

Itu penangan kuasa dunia
Pakat kemaruk tak kira sapa
Tak boleh tegoq tak boleh berkira
Pakat palam hati dan keras kepala.

Sahabat-sahabat mai kita
Sedaq awai supaya tak buntu
Tolak UMNO tolak yang menipu
Semogo perjuangan allah bantu