Friday, August 29, 2008

TRIVIA Merdeka

  1. Siapakah yang menamakan 'MALAYSIA' untuk sebuah negara baru merdeka?
  2. Siapakah yang memberi tarikh 31 Ogos sebagai Hari Merdeka?
  3. Siapakah yang mempopularkan perkataan 'Merdeka'?
  4. Siapakah lagi pejuang kemerdekaan selain pemimpin Perikatan?
  5. Berapakah usia Tunku Abdul Rahman sewaktu melaungkan 'Merdeka'?
  6. Bilakah dan di manakah Tunku Abdul Rahman melaungkan 'Merdeka' sebaik pulang dari London?
  7. Siapakah yang menyertai rombongan 'Merdeka' ke London dengan Tunku?
  8. Pukul berapakah Tunku melaungkan 'Merdeka' di stadium Merdeka?
  9. Bilakah lagu 'Negaraku' dipilih untuk menyambut merdeka?
  10. Apakah lagu asal 'Negaraku'?
  11. Kenapa bendera Malaysia menyerupai bendera Amerika Syarikat?
  12. Berapakah jalur dalam bendera Malaysia yang asal?
  13. Berapakah jumlah penduduk Malaysia sewaktu merdeka di laungkan?
  14. Apakah warna baju Tunku Abdul Rahman sewaktu melaungkan merdeka?
  15. Siapakah Perdana Menteri yang paling tinggi pencapaian akademik?
  16. Siapakah Perdana Menteri yang paling rendah pencapaian akademik?
  17. Siapakah Perdana Menteri yang paling rendah?
  18. Siapakah Perdana Menteri yang paling tinggi?
  19. Siapakah Perdana Menteri paling banyak tidur?
  20. Siapakah Perdana Menteri paling sedikit tidur?
  21. Siapakah Perdana Menteri paling muda?
  22. Siapakah Perdana Menteri paling tua?
  23. Berapakah jumlah Timbalan Perdana Menteri semenjak merdeka dan namakan mereka?
  24. Siapakah Timbalan Perdana Menteri paling popular dalam sejarah?
  25. Siapakah Perdana Menteri paling lama berkuasa?
  26. Siapakah Perdana Menteri paling pendek berkuasa?
  27. Tunku Abdul Rahman adalah Bapa Kemerdekaan, apakah gelaran untuk Perdana Menteri berikutnya?
  28. Perdana Menteri manakah yang mempunyai paling ramai anak?
  29. Apakah nama-nama kediaman rasmi Perdana Menteri semenjak merdeka?
  30. SIAPAKAH DI ANTARA 5 PERDANA MENTERI YANG MEMPUNYAI PERATUSAN DARAH MELAYU PALING TINGGI?

6 comments:

grimllock said...

apa jawapannya? sy amat berminat untuk mengetahuinya...

krol said...

brapa banyak soalan daa.......?

dr hapizi said...

siapa PM yg plg hampeh?

anda dan saya tahu jawapannya..

asalbayu said...

MENCONGAK MAKNA MERDEKA


Ketika di usia kanak-kanak
sering kutanya bapa:
akan makna merdeka?
Lalu jawapannya: KEBEBASAN
Siapa kurung kita?
kuasa asing katanya
di bumi sendirI kita jadi kuli.


Anak-anakku kini di usia dewasa
kepadaku sering mereka tanya:
benarkah kita sudah merdeka?
Minda kita masih diperhamba
saban ketika dusta dan nista
angkara kebejatan arus perdana.


Kepada mereka kuhulur nasihat:
usah percaya jika diperdaya
tidak wajar dikongsi kemungkaran
agar selamat di dunia juga akhirat
usah tumpang gerabak dosa.


Maaf.... rela aku dicerca!
Hingga kini masih aku mencongak
makna merdeka setelah setengah abad
kutempuh di terowong ini
sinar di hujungnya masih suram.



ABDUL HALIM YAACOB (270808)
Pinggiran Alor Setar.
http://asalbayu.blogspot.com

asalbayu said...

MENCONGAK MAKNA MERDEKA


Ketika di usia kanak-kanak
sering kutanya bapa:
akan makna merdeka?
Lalu jawapannya: KEBEBASAN
Siapa kurung kita?
kuasa asing katanya
di bumi sendirI kita jadi kuli.


Anak-anakku kini di usia dewasa
kepadaku sering mereka tanya:
benarkah kita sudah merdeka?
Minda kita masih diperhamba
saban ketika dusta dan nista
angkara kebejatan arus perdana.


Kepada mereka kuhulur nasihat:
usah percaya jika diperdaya
tidak wajar dikongsi kemungkaran
agar selamat di dunia juga akhirat
usah tumpang gerabak dosa.


Maaf.... rela aku dicerca!
Hingga kini masih aku mencongak
makna merdeka setelah setengah abad
kutempuh di terowong ini
sinar di hujungnya masih suram.



ABDUL HALIM YAACOB (270808)
Pinggiran Alor Setar.
http://asalbayu.blogspot.com

Z said...

soalan no 30 tu paling ganas..hihi. sapa la agaknya tu.