Friday, August 22, 2008

Terkini dan Panas dari Permatang Pauh



Tinggal jauh di Dubai di musim pilihanraya kecil MEGA di P44 ini tidak mengurangkan mood untuk mengetahui perkembangan menarik. Malah nama Permatang Pauh juga dikenali oleh rakan-rakan pejabat dari negara-negara lain yang mengikuti politik Anwar Ibrahim.



Dalam banyak-banyak blog yang diikuti, salah satu yang menguja ialah yang dibawah...

Di jalan kecil ini jugalah yang wajib dilalui oleh Najib Razak, Rais Yatim, Syed Hamid, Khairy Jamaluddin, Ezam Mat Nor dan Hishamudin Hussein.

Bayangkan maki hamun dan sumpah seranah yang dilemparkan terhadap penyokong Barisan Nasional.

Rais Yatim telah dihulurkan sehelai duit 50 ringgit dari salah seorang anak muda yang bersusun ditepi jalan. Tanpa mengetahui apa makna duit ini Rais Yatim telah mengambil duit itu.

Sebaik sahaja duit ini di dalam tangan Rais Yatim ratus dari anak-anak muda yang membarisi jalan ini telah bersorak - rasuh! rasuah! rasuah.

Duit ini dilontarkan kembali oleh Rais Yatim ke arah anak-anak muda yang sedang bersorak-sorak ketawa.

KJ atau Khairy Jamaluddin selain dari menerima sumpah seranah telah juga dipeluk-peluk bukan tanda kesayangan tapi tanda benci yang amat sangat. Terdengar suara ' dulu hang terer di Ijok sat ni hang baru sedar!'

Rasa saya tidak adalah insan yang paling menyesal dilahirkan di dunia pada pagi itu selain dari Ezam Muhamad Nor. Makin hamun dan sumpah seranah yang berterus sejuah 3 kilometer telah di lemparkan terhadap Ezam.


Klik imej di bawah untuk bersantai dengan Hisham Rais

No comments: