Wednesday, August 13, 2008

Gerhana Mentari 16 September?

Dalam ramai yang menanti kemunculan mentari 16 September, sebagai 'a new dawn of Malaysia', mungkin ephoria ini melupakan beberapa perkara penting yang boleh menggerhanakan segala ekspektasi indah.

Kalau tiada perubahan pada 16 September, bukan sahaja kekecewaan melanda dan saham Pakatan Rakyat (PR) jatuh merudum, malah tongkang baru PR boleh sahaja pecah dan tenggelam.

Bukan sahaja retorik dan segala strategi menabur langkah pre-emptive akan terburai, malah PR menjadi bahan jenaka abad ini. Benarkah apa yang dicanangkan oleh Anwar Ibrahim selama ini atau sekadar gempak untuk menakutkan kerajaan 'lame duck' Pak Lah.

Kalau benar-benar ada kerajaan baru PR pada hari tersebut, tidak semestinya semua masalah akan selesai sekelip mata. Tentunya kerajaan pada hari ini tidak akan sekali menyerah kalah begitu sahaja. Kedua pihak mempunyai agenda dan strategi berbeda untuk kuasa politik.

Seperti permainan catur, kedua pihak sentiasa cuba bersedia untuk membuat dan mengelakkan 'check-mate'. Dari PRU12 sehingga kini, percaturan kuasa politik ini lebih menjahanamkan negara dan menyusahkan kehidupan rakyat.

Malah yang lebih penting, bersediakah pimpinan PR bersama barisan katak lompat dari BN untuk menghadapi cabaran lebih getir apabila ada perubahan mendadak dalam keseimbangan kuasa demi menjaga kestabilan politik. Ini adalah kerana tapak kuasa (power base) berpindah ke Sarawak/Sabah yang menjadi kuasa broker demi mem'perdana-menteri'kan Anwar Ibrahim.

Bermakna, bilangan kerusi parlimen dikalangan warga Melayu Islam dalam kerajaan PR akan tinggal minoriti berbanding dengan bukan Melayu/Islam. Senario ini tidak mustahil dan mungkin sebahagian dari kedewasaan berpolitik generasi baru. Tetapi benarkah begitu?

Benarkah juga kebimbangan berdasarkan prasangka perkauman tidak menjadi persoalan sesudah 50 tahun merdeka? Sentimen yang dimainkan dan dimanipulasikan oleh UMNO ini sentiasa berhasil menakutkan Melayu untuk terus menjadi pengundi UMNO demi ketuanan.

Mungkin melihat situasi sebegini, Presiden PAS telah juga mula membuat langkah pre-emptive, bermula dengan muzakarah pintu belakang dengan UMNO dan kenyataan bahawa PAS rela tinggalkan Pakatan demi Islam.

Sebenarnya, seperti yang dijangkakan ramai, Anwar akan kembali menjadi ahli parlimen Permatang Pauh dengan mudah tetapi tentunya tidak mudah untuk mencapai impian dan cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Beliau boleh menubuhkan kerajaan baru tetapi apakah beliau sebenarnya seperti yang selama ini ramai sangka dan harapkan?

Walauapapun, kita pada hari ini sedang mencipta sejarah, baik atau buruk, jadi atau tidak jadi, 16 September adalah tarikh yang boleh mengubah arah masa depan negara.

Sama ada suka atau tidak, kita masih mempunyai masa kalau mahu, untuk melihat situasi pasca 16 september menjadi lebih bersinar melalui perspektif berlainan demi survival anak-anak kita.

Untuk mengubah nasib negara, kita perlu bermula dengan sesuatu dan mungkin PRU12 menjadi langkah pertama. Langkah-langkah seterusnya tidak seindah dan semanis mimpi. Perjalanan negara selepas 50 tahun masih diselubungi paradoks 50 tahun yang berlalu.

Muktamar PAS boleh menentukan arah, kalau tidak memberi petunjuk terdekat arah mana dalam perjuangan yang belum selesai setelah Mahathir menjahanamkan keseluruhan struktur politik (terutama setelah persempadanan semula kawasan pilihanraya) dan sosial (rasuah, penyelewengan, kejatuhan moral pelbagai lapisan masyarakat), serta sumber alam negara demi nafsu megalomania beliau.

Walau-apapun, kesimpulannya, negara dan umat Melayu/Islam memerlukan kepimpinan baru diluar kebobrokan UMNO dan melihat jauh melangkau Anwar Ibrahim. Lupakan Pak Lah, Najib dan lain-lain pemimpin UMNO semasa yang semuanya sama sahaja sebenarnya selagi dalam tong taik.

Apakah vakum ini boleh diisi oleh kader-kader PAS? Bagaimana pula NGO seperti ABIM, JIM dan lain-lain yang tidak didokong oleh ahli politik?

Atau cadangan TG Nik Aziz agar UMNO dan PAS dibubarkan untuk sebuah entiti baru politik sebenarnya sesuatu yang TERBAIK dan boleh difikirkan?

2 comments:

anfield devotee said...

Dear Sir,

Why must you even countenance exclusive politics with a new Malays-only party?

Why can't we countenance a new political landscape where race & religion will have diminshing impact?

You know as well as I do, such a scenario will benefit everyone including the Malays.

Going by yer hit counter, yer blog is obviously very well read & yer views must hold some sway. Perhaps you would like to stick yer neck out & rally fer the Malay electorate to do the right thing & boot Barisan OUT of power?

G'day.

wanrosaini said...

IF is a very powerful word in politics. As a strategy, IF is always employed endlessly to fire up the imagination. If used cleverly, truth is often concealed and avoided because IF is purely hypothetical, more like playing to people's fantasies. IF has no ends and yet IF will evaporate as surely as the dew disappearing when the sun shines. What is IF but mere perception. And perception is everything in politics.
All politicians are guilty of power play. They conceal their intentions and yet they court attention at all cost. Their words are vague but full of promise.
I do not need this new faith in any politician form whichever political divide. I would rather dwell on rationality and clear thinking and keep my faith in my religion. I do not need politicians to make my life better and see no reason why I should actively engage in rhetorics with mucking forons who create compelling spectacles to sustain their insatiable desires.
A,B or C, there is no difference now for Malaysia. It is this state of hopelessness that stirs up the nauseating feel and anger to all politicians.