Sunday, August 17, 2008

Gejala Rasuah dan Penyelewengan Korporat di Dubai

Terkejut sekali apabila membaca mengenai penahanan seorang rakan yang pernah menjadi ketua projek untuk siasatan kes penyelewengan baru-baru ini. Beliau sebelum ditahan adalah CEO sebuah syarikat kewangan perbankan Islam terbesar dan kini menjadi orang nombor dua dalam salah satu syarikat pelaburan terbesar.

Mengenali beliau secara dekat selama setahun memberikan gambaran perwatakan dan peribadi yang boleh dikira berwibawa. Kalau tiada bos nombor satu ketika itu, beliau akan menjadi imam setiap kali solat di pejabat.

Oleh kerana kami hanya berlima dalam team projek, perhubungan kami agak rapat. Dengan program projek (untuk feasibility study menubuhkan sebuah syarikat telekomunikasi, dipanggil kod babytel) yang padat dan mencabar, ada kalanya hubungan menjadi tegang, tetapi sebagai satu team, kami dapat bekerja secara profesional.

Kami mengenali satu sama lain dan memahami karenah masing-masing. Dia adalah seorang ketua walau lebih muda dari saya, dan dia mempunya daya kerja yang kuat. Jarang melihat anak tempatan atau Emirati yang bekerja tahap sebegitu, malah hujung minggu juga beliau datang ke pejabat untuk menyiapkan kerja.

Pernah kami berdua menghabiskan dua hari di pejabat untuk menyiapkan lapuran dan presentation kepada lembaga pengarah. Banyak juga belajar dari beliau walau beliau seperti saya, pernah menjadi pengurus IT.

Kenaikan mendadak beliau dalam tangga korporat tidak mengejutkan. Beliau adalah salah seorang bintang yang dianggap bersinar terang. Kali akhir beliau merasmikan urusniaga harian Bursa Saham New York mewakili Dubai.

Melihat gambar dan nama beliau terpampang sebagai seorang yang disyaki terlibat, sukar untuk mengambarkan perasaan saya. Walau beliau masih belum didakwa dan didapati bersalah, sekadar ditahun untuk siasatan lanjut, namanya sudah terpalit dan sukar untuk dibersihkan.

Sebenarnya berita itu cukup memberikan gambaran gejala rasuah dan penyelewengan yang semakin menjadi penyakit dalam pembangunan pesat Dubai. Sebelum ini, gejala ini selalu ditutup sebelah mata. Berlaku diperingkat pengurusan pertengahan.

Seorang lagi rakan sekerja juga sedang ditahan untuk kes rasuah. Sebelum itu seorang CEO sebuah syarikat kewangan hartanah juga masih ditahan sejak empat bulan lalu. Malah seorang menteri muda juga dibuang kerana terlibat dalam penipuan.

Berita perdana Dubai TV mengumumkan yang kerajaan Dubai sedang membuat tindakan lanjut demi membenteras gejala rasuah, penyelewengan, fraud/penipuan dsbnya untuk meyakinkan pelabur luar mengenai ketelusan dan ketegasan kerajaan.

Ini adalah sebahagian dari 'growing pain' dalam Dubai bergerak untuk menjadi sebuah negara maju dan pusat kewangan dunia.

Biar dibenteras dari sekarang sebelum menjadi 'budaya' yang menghancurkan. Cegah sebelum parah, cegah demi maruah!

Dubai's zero tolerance pledge on corruption

The Government of Dubai will take strict and prompt action against all acts of corruption and bribery wherever they occur in the emirate, Dubai's Public Prosecutor said on Sunday.

Commenting on the recent questioning of employees of listed and public companies on suspicion of exploiting their positions to make illegal profits, he said: "The government will continue to have a strict stance against all aspects of corruption and will take legal measures against violators."

He said fighting corruption is at the top of the government's priorities.

"Dubai Government follows a transparent and clear policy on such issues. There are strict directives to have zero-tolerance towards all aspects of corruption, bribing and taking advantage of official positions."

His comments came just days after Dubai mortgage lender Tamweel's former chief executive Adel Al Shirawi and head of investments were named as part of an investigation for alleged wrongdoing.

And Nakheel, the government-owned developer of manmade islands in the shape of palm trees, said on Friday one of its employees was under investigation on suspicion of bribe-taking. Earlier this year, investigations began into alleged irregularities by executives at Dubai Islamic Bank, the Gulf Arab state's biggest Islamic bank by market value, and its affiliate real estate firm Deyaar.

The Public Prosecutor added that the results of ongoing investigations about the accused employees will be announced once they are complete.

"Any employee exploiting his position to make illegal profits will not have immunity. The strictness with which some violations that emerged in the recent past were dealt with, confirms the government's commitment to maintaining the highest global standards in fighting corruption and enhancing its achievements in the economic, financial and legislative fields," he said.

He added that corruption and bribery are some of the most important issues that obstruct development in the World.

"The government has created an ideal environment here, which is supported by a legal and legislative structure that depends on the best global practices. The government will continue this policy, which made it gain the confidence of business leaders throughout the region and the world. There will be no tolerance shown to anybody who tries to exploit his position to make illegal profits," the Public Prosecutor added.

Meanwhile, Marwan Bin Ghalaita, chief executive of the Dubai Real Estate Regulatory Agency (RERA), said on Sunday that investigations into financial irregularities at property developer Nakheel and mortgage lender Tamweel are a sign that transparency in the real estate sector is improving.

“I think this is a good thing for the market,” Bin Ghalaita told radio station Dubai Eye.

He disagreed with this month’s Morgan Stanley report that claimed Dubai property prices could fall up to 10 percent in the next two years.

“The real estate market is very solid and the confidence is there,” he said.

The RERA head also said that companies need to educate their employees about the values and ethics of their business, as some of them come from countries where bribes are common in the industry and are seen as a form of commission. (Reuters)

Nakheel exec in bribery scandal named
UPDATE 1: Media reports say general manager of sales being questioned by police.

Police arrest Adel Al Shirawi
UPDATE 2: Tamweel says it is unaware of investigation into dealings of former chief executive.

2 comments:

Pentilium5 said...

Kita juga mengharap agar Malaysia lebih telus dan tegas terhadap mereka2 yg korupsi... ambil iktibar Dubai, Singapura, HK....,
kita tunggu sampai PR naik, nak tungu Ameno ....jauh lah...

your friends, dont worry, he is innocent till proven otherwise.

Rusdi Abu Bakar said...

Terlibat secara langsung dalam 'negotiation' project, mmg 6 7 bulan ni boleh dirasakan rasuah agak menjadi2 di kalangan boss2 di Dubai ni...