Saturday, August 09, 2008

Forum Majlis Peguam dihentikan...(Malaysiakini)


Forum awam memeluk Islam anjuran Majlis Peguam pagi ini akhirnya dihentikan ekoran bantahan umat Islam yang berhimpun di luar bangunan ibupejabat majlis tersebut.Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Nordin memberitahu perhimpunan tersebut, bahawa beliau telah masuk ke dalam dan mendapati forum itu telah dibubarkan.

"Saya naik sendiri dan melihat forum telah dibubarkan dan saya memberitahu (mereka), tidak mahu lagi forum seperti ini diadakan."Kita mahu tindakan yang lebih keras diambil pada masa-masa depan," katanya kepada perhimpunan tersebut pada kira-kira jam 10.30 pagi.
"Kita memberi jaminan mereka boleh beredar dari bangunan ini," kata beliau yang juga ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR.
Seramai 500 orang berkumpul di depan bangunan Majlis Peguam sejak awal pagi kerana membantah penganjuran forum awam memeluk Islam anjuran majlis tersebut.
Mereka melaungkan "Hancur Bar Council", "Hidup Islam" dan "Batalkan Forum".Mereka turut membawa sepanduk yang berbunyi "Jangan cabar Islam', "Jangan cetuskan kemarahan umat Islam demi keharmonian umat Islam", "Awas Persatuan Peguam, jangan bermain api" dan "Menjunjung keadilan, menyanggah kezaliman".

Tiada tangkapan

Sementara itu, Ketua Polis Dang Wangi, ACP Dzulkarnian Abdul Rahman, memberitahu sidang akhbar bahawa beliau telah berunding dengan Majlis Peguam supaya menghentikan forum tersebut."Semasa rundingan, mereka boleh menerima cadangan kita.

"Polis mempunyai kuasa untuk menasihatkan mereka menghentikan forum ini setelah melihat ancaman keselamatan yang kian meningkat," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang menyiasat satu botol yang dijumpai di situ."Saya berpuashati kerana mereka bersikap profesional. Semasa rundingan, saya menasihatkan supaya forum ini dibatalkan."Insya-Allah keadaan akan kembali pulih semula," tambahnya.

Menurutnya lagi, tidak ada sebarang tangkapan dibuat dan kedua-dua pihak telah memberi kerjasama kepada pasukan polis.

Pada jam 10.55 pagi, orang ramai sudah beredar dari kawasan tersebut.
Sementara itu, Bernama melaporkan forum kontroversi "memeluk Islam" anjuran Majlis Peguam ditamatkan lebih awal daripada jadual.Kira-kira setengah jam selepas forum yang bermula jam 9 pagi itu berlangsung, Ambiga memberitahu forum itu bahawa polis telah menasihatkan agar ia ditamatkan pada jam10 pagi. Forum itu sepatutnya berakhir 1.30 tengah hari.

Pada jam 10 pagi, Ambiga mengumumkan secara rasmi bahawa forum itu ditutup.

"Kami menghormati pandangan semua pihak. Kami tidak bergaduh dengan sesiapa dan saya mengumumkan forum ini ditutup," katanya.

1 comment:

Nostradamus said...

Q48. Freedom can only exist in the mind, not in real life. (True or False)
Kebebasan Cuma didapati dalam minda, tidak di dunia nyata. (Betul atau Salah)

Q49. Race and Religious supremacy are preached by satans. (True or False)
Ketuanan bangsa dan ugama adalah dikutbah oleh syaitan. (Betul atau Salah)

Q50. Malaysian politicians are typical Jeyklls and Hydes. (True or False)
Ahli politik Malaysia melambangkan personality Jeyklls dan Hydes. (Betul atau Salah)

Answers at http://patek1472.wordpress.com
Jawapan di http://patek1472.wordpress.com