Wednesday, July 16, 2008

TAHNIAH MENTERI PENYERANGAN DAN PROFESOR KANGKONG


Sememangnya debat " Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" telah berjaya menarik jutaan penonton. Dari komen-komen yang dibaca dan perbualan selepas debat, ramai rakyat Malaysia yang telah dapat menilai secara saksama taraf kedua protagonis yang berbeda dari mutu dan pengalaman.
Tahniah buat Menteri Penyerangan yang tidak perlu diulas dari segi persembahan kecuali kesan air liur yang bertakung dan fakta-fakya sejarah yang cukup baik untuk renungan generasi muda.
Tahniah lebih tinggi buat pelakun pembantu yang mahu mengalahkan hero, iaitu profesor kangkung dari Universiti Ulu Malaysia, tetapi akhirnya tercepuk sebagai hang kebun sahaja.
Tahniah paling hebat pada Pak Lah, Najib dan seluruh kabinet UMNO yang menghantar menteri penyerangan cemerlang, gemilang, terbilang (taraf mereka) untuk diketawakan rakyat yang menangis dengan kenaikan harga petrol dan gas mendadak dan tinggi.
Dan tahniah tidak terhingga kepada penyokong mereka yang totok, teruskan bersyukur untuk dulu, kini, selamanya berada dibawah kepimpinan terhaprak demi bangsa, negara dan agama. Baca media perdana dan tentunya kalian menang sorak, kampung tergadai!
BACA PERTEMUAN SAYA DENGAN PROFESOR KANGKUNG di sini

20 comments:

MatKreko said...

Menteri penyerangan - nampaknya itulah dia taraf seorang menteri yang sepatutnya memberi penerangan kepada rakyat!

Keluar topik, fakta diulang-ulang, tidak menjawab soalan yang dikemukakan... and the list goes on and on. Rasanya kalau diteruskan debat ni selama satu setengah jam seperti yang dicadangkan awalnya, boleh diserang epilepsi si budak shabby-cheeky ni! Tanda2 awal dah nampak dah!

Professor kangkung - gelaran TS yang diberikan padanya itu mungkin akan kekal bukan sebagai gelaran penghargaan tapi sebagai Total Sh*thead! Bayangkan lah, sebagai professor pun tak tahu kaitan IPP dengan minyak dan gas..!!

The Happiest Family In The World said...

Strawberry....kah, kah, kah, kah......anak saya yang paling kecik tenguk debat semalam pun boleh decide sape yang menang..........kesian betul universiti yang Dr. Kangkung tu keje..beli sijil ke/ cakap macam orang takde otak.........

Zon Hisham said...

Walaupun sampai berbuih mulut Strawberry untuk mematahkan hujah Anwar, dia jelas tewas dalam setiap pusingan

MasterBluz said...

Pada mulanya aku rasa akan menyaksikan satu debat yang menghiburkan. Dari awal lagi dapat aku rasakan Menteri penyerang ini tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam pendebatan ini dan dengan Professor kangkung yang aku sendiri tertanya bagaimana bolih dia jadi Profesor dangan soalan yang di utarakan. Mungkin ia sendiri tidak tahu apa itu IPP. Tergelak aku. ha ha ha.

Sang Tuba said...

Salam hormat...

Kalau macam ini punya bengap menteri um-NO, tak usah dibuat lagi debat dengan menteri-menteri um-NO lain. Bikin malu saja!!!...

Entah berapa $$ yang dapat oleh penyokong yang dungu salam bertepuk sorak setiap kali menteri penyerangan membangkitkan hal peribadi padahal tidak berkaitan dengan topik perdebatan. Mereka ini tahu ke apa itu debat.

Tapi apa nak dikata... Pemimpin bengap dipilih oleh pengundi bengap.

Malunya akuuuuuu.......

Nalishaw said...

Dr. Kangkung....
saya bagi pihak pekerja2 IPP menyokong kenyataan dr. Memang tiada kaitan IPP dgn kenaikan harga minyak. kitaorang generate power pakai air liur je.

ps: camne la ko boleh jadi professor ni...? kesian UUM.

Nalishaw said...

Dr. Kangkung....
saya bagi pihak pekerja2 IPP menyokong kenyataan dr. Memang tiada kaitan IPP dgn kenaikan harga minyak. kitaorang generate power pakai air liur je.

ps: camne la ko boleh jadi professor ni...? kesian UUM.

Mirip said...

Rakyatlah yang menilai

Aristotle said...

Nothing much more to say except that the Minister was definitely no match for Anwar's witty remarks and better understanding and grasp of the overall economic scenario. The Minister could not care if TNB was underutilizing its capacity or if Petronas keep on subsidizing the IPPs. And what is wrong with a populist approach if it is the right thing to do? The government took the easy approach by rasing the price of oil and wants everybody to live with it, while continuing to live with the excesses and inefficiencies. This is not acceptable. The rakyat understands the rising global oil prices, but the people wants to see more effort being done by the government before resorting to this last resort. We do not believe this has been done or exhausted.

Rusdi Abu Bakar said...

Strawberry nyata tidak professional.
1. Hanya menggunakankan 'Saudara' kepada DSAI. DSAI menmanggilnya dgn gelaran Dato'.
2. Lebih menumpukan serangan peribadi daripada mendebatkan mengenai harga minyak.
3. DSAI menuju ke rostrom Strawberry untuk berjabat tangan tatkala strawberry hanya terkaku di rostrom nya.

Strawberry kena tunaikan janji nya untuk lepaskan jawatan Menteri! kalau tak dia pun sama dgn boss nya hanya pandai cakap. nampaknya kabinet Malaysia sekarang semuanya penipu!

Jamie said...

IDIOT

Zon Hisham said...

Sama-sama kita berdoa semoga Allah memudahkan laluan DSAI yang baharu saja ditahan.

Juga kita pohon agar hati kita tidak digelapkan. Apabila hati menjadi gelap, maka susah bagi kita untuk membezakan yang halal dengan yang haram dan yang haq dengan yang batil.

Semoga Allah mencampakkan rasa takut dan hina pada hati dan pemikiran puak-puak UMNO.

Jie said...

Macam anak² saya bergaduh..

"ko bulehlah … jadi pembangkang…senang nk komplen…ckp senang la, cube ko buat sendiri..."

ni said...

aper yg dapat diperhatikan semalam hujah strawberry cis hanyer sesuai untuk pembangkang zaman semangat 46 je bukan hujah selaku pemerintah MALU Malaysia
tak ubah macam hujah anak maidin yng tewas pru 12 tu jeer....

tahniah DSAI dah tua pun buat homework.... best

humaiRah said...

tak sempat apa2 lagi, DSAI dah kena tangkap. buat macam ni makin lah malu saya. macam lari dari masalah. nak alihkan perhatian rakyat la konon. apa yang dijawap oleh strawberry smlm lgsg x memberikan kepuasan kepada rakyat.

syabas anwar!

rastom said...

Tuan Fudzail, kesian saya kepada warga UUM, ada rais jamiatul utara tapi memalukan imej universiti..huhuhuhu

debu-papa said...

professor kangkung mmg sesweiii sgt.. lepas nih ranking UUM jatuh ke tahap uni kokak.. wakakakak.. kesian UUM..

sniper said...

korang tak tengok ke muka strawbery smlm? nampak sgt muka orang sombong dan angkuh cakap depan cermin, macam dia pandai sgt.betul la kata orang bijak pandai kalau jawatan penting di beri pada orang yang bukan ahlinya alamat lingkuplah urus tadbirnya ditambah pulak kata orang utara bodoh piang.
syabas DATO SERI ANWAR ajar ckit DATO'tak sekolah tu adab.

Umar said...

aku yakin sgt yang profesor kangkung ni tak tau amenda IPP tu..mgkin dia ingat IPP tu mcm IPTA/IPTS kot.haha..blah la..budak2 pi BTN bleh la nak tipu..dgn Anwar silap besar la

SELERA MALAYA said...

buat kali pertama saya rasa malu mengaku saya adalah graduan UUM. mujur tak sempat bawah dia.. kalau tidak double malu saya..

abahfateh - http://abahfateh.blogspot.com