Tuesday, July 22, 2008

MUZAKARAH - Senarai Permintaan PAS kepada UMNO



Menurut entri Pendedahan Dalang2 Yang Hendak Membawa PAS Masuk Barisan Nasional, Kemuncak dari usaha ini adalah perjumpaan antara Najib Tun Razak bersama Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Cikgu Mustafa Ali di London.

Najib Tun Razak telah menyatakan tawaran mereka kepada PAS.

Tawaran tersebut adalah:

a. Jawatan Menteri Besar kepada PAS di Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan.

b. Jawatan exco kepada PAS di Terengganu, Pahang, Perlis dan Johor.

c. PAS akan mendapat kesemua kerusi yang dimenangi oleh PKR dan DAP untuk ditandingi dalam PRU ke 12 kelak.

d. PAS akan mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri ke 2

e. PAS akan diberikan 5 jawatan Menteri Kabinet penuh

f. Sejumlah jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen. Sejumlah jawatan Senator dan Ahli Majlis dalam GLC

h. Dan berbagai2 lagi tawaran yang dibuat.

Pada pemimpin PAS yang beriya-iya mahu bermuzakarah dengan UMNO, silakan. Apa salahnya bertemu, berdiskusi dan tawar-menawar untuk bersama-sama menegakkan 'ketuanan Melayu' dan 'ketuanan Islam'.

Ada baik dan buruknya kalau muzakarah ini membawa PAS kembali ke dalam BN dan menjadi 'pelengkap' segala ketuanan.

Biarlah selepas ini pengundi bukan Melayu/Islam malah yang Melayu/Islam yang bencikan kezaliman UMNO tidak akan percaya lagi kepada PAS, asalkan ketuanan UMNO terus bertahan dulu, kini dan selamanya. Lebih dari itu, pemimpin UMNO yang korup, penjenayah dan anti-Islam akan terus suci dan bersih tanpa dihadapkan ke pengadilan.

Pimpinan PAS yang akan bermuzakarah, sila buat permintaan berikut:-

1. Kerajaan UMNO/BN meminta maaf dengan kes MEMALI dan membayar gantirugi (seperti kes hakim-hakim yang dipecat) kepada semua mangsa (termasuk keluarga)

2. ISA akan dihapuskan dan kerajaan UMNO/BN akan meminta maaf pada mangsa serta keluarga ISA termasuk membayar gantirugi sepenuhnya

3. Islam Hadhari di haramkan serta-merta

4. UMNO menerima Amanat Haji Hadi sebagai halal

5. Semua akta drakonian lain seperti AUKU, OSA dsbnya dihapuskan serta merta

6. Kebebasan media sepenuhnya

7. Mahathir, Musa Hasan dan Gani Patail serta mereka lain yang menjadi barua dihadapkan ke mahkamah

8. Kes ECM-Libra dan semua urusan berkaitan menantu Pak Lah dibongkar semula

9. Kes Altantuya dibuka semula dengan siasatan lebih komprehensif

10. Kes sodomi pertama dan kedua Anwar Ibrahim di buka semula dengan lebih adil melalui shariah

11. Harga petrol diturunkan mengikut formula Anwar Ibrahim sebaik PAS masuk BN

12. Pengajaran subjek Sains dan Matematik kembali dalam Bahasa Melayu

13. Kesemua kereta rasmi ditukar kepada Mercedes kerana lebih menjimatkan..he he he

serta lain-lain.....malas mahu memikirkan....sebab muzakarah pun sudah mahu masuk sesi ke empat.

AMANAT HAJI HADI.....


Saudara-Saudara Sekelian Percayalah,
Kita menentang
UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan Perlembagaan Penjajah, mengekalkan Undang-Undang Kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah Saudara-Saudara Sekelian,
Perjuangan kita adalah
Jihad, ucapan kita adalah jihad, Derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (Menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah Syahid.
Mati kita adalah
Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'Politik Suku, Agama Suku'.


7 comments:

chong said...

good idea.
demi kebenaran, keadilan, islam and masa depan negara, musnahkanlah satan UMNO...

PAS, you can do it!

Pentilium5 said...

Looks like PAS is at the upper hand in the bargaining table...
love the conditions put by PAS....
Lets support this....

nourish said...

amanat dan permintaan PAS tu mmg saya sokong sgt2 sokong sesokong2 nya!
tapi- boleh BN penuhi permintaan itu? aku sangsi gak ni. jgn mula2 tu yok yok ooo aje, pastu hampeh. because- yg saya tahu BN selalu mungkir janji. dan rasa2nye permintaan PAS begini, tak mungkin mereka bersatu. kebatilan tu dah melekat di jiwa mereka.

Mehdi said...

Salam Kpd Fuzail

Mmg betulah kata Nik Aziz..UMNO mmg nak musnahkan PAS dgn cara halus..Media Kerajaan semua mmg penipu besar...

Malas lah aku nak duduk Msia..aku pun nak duduk kat Dubai mcm Bro..minyak murah, tax pun tak kena..

Mehdi said...

Salam Kpd Fudzail

Mmg betul Tuan Guru Nik Aziz ckp..UMNO nak hancurkan PAS dgn cara halus..berdoa kita semua agar perkara ini tidak akan berlaku..

UMNO mmg akan gunakan segala pendekatan jahat utk memastikan survival mereka. Apa nak jadi pada Msia ni?

Aku pun dah malas nak duduk MSia, aku nak nak duduk kat Dubai mcm Fudzail..minyak murah, tax pun tak kena..walaupun brg mahal tapi seimbang..

Bukan mcm MSia..minyak mahal, brg mahal, tax mahal..gaji berpuluh ribu pun tak cukup..

joe said...

Salam bro

AHLI Majlis Syura Ulamak Pas hari ini mengunjungi Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Baru hari ini bagi menjelaskan isu mengenai muzakarah Pas - Umno yang menimbulkan kekeliruan.

kenapa perbincangan UMNO_PAS, tidak desertai oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din.

tungguuuuuuuuuuu.....suspen ni

carcoon

g4n3sh said...

Well, i do agree with almost everything but you got it wrong on 12. 'Pengajaran subjek Sains dan Matematik kembali dalam Bahasa Melayu'. That is just a way backwards. Not only are the majority race of Malaysia clearly lacking in their proficiency of the English Language but also have insufficient competitiveness. So it just sounds very stupid mentioning that. If you are concerned of helping your own race, let them be more progressive and fight their way to the top instead of relying on government policies to help them. Other than that, well written article. Cheers.