Wednesday, July 16, 2008

KPN Tidak Tahu menahu mengenai penangkapan Anwar

SEPANG 16 Julai – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini enggan mengulas mengenai cara polis yang menggunakan pasukan komando bertopeng untuk menahan Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.
Ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini petang ini, Musa tidak mahu menjawab sebarang soalan mengenai penahanan Anwar berhubung kes liwat itu.
Pada awalnya, menjawab soalan wartawan mengapa polis komando bertopeng yang diarah menangkap Anwar, Musa berkata:
"Mana ada.. polis takkan tangkap orang pakai topeng."
Tetapi apabila diberitahu bahawa seorang jurugambar sempat merakamkan peristiwa penahanan Anwar oleh sepasukan komando bertopeng itu, Musa menjelaskan:
"Saya baru sampai (dari Brunei), saya tak tahu menahu, saya tak ada komen," katanya.
Musa baru pulang dari Brunei kerana menerima Pingat Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa Darjah Pertama sempena Hari Keputeraan Ke-62 Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Darul Iman, Bandar Seri Begawan semalam. – Utusan.

5 comments:

Rusdi Abu Bakar said...

fening fening dengan telatah Polis Di UMNOkan Malaysia ni.

mutalib said...

well it seems that IGP is now infected by AAB sleeping virus ....i hav no idea, i've no comment!

debu-papa said...

sindrom Flip-flop.. sudah lah Musa, buat lawak sarkis Funfair plak, aper level Ketua polis cam nih boleh ambik pingat kat Brunei?

Pa'chik said...

rasanya polis-polis tu yang insist nak pakai topeng, takut orang cam muka... malu ooo... nanti orang kenal... mamat ni la yang tangkap dsai hari tu...

Francis said...

The police detained DSAI in the police cells because they want to take his hair samples that may have fallen while he was asleep and say that they were found in the condo. Can someone warn DSAI of that NOW and also his lawyers about it? Do it now and now.