Wednesday, July 30, 2008

BOHONG itu salah satu sifat WAJIB Menteri

Boleh dikatakan semua menteri kabinet Malaysia mempunyai satu sifat yang dianggap wajib untuk bertaraf menteri dalam Islam Hadhari, iaitu menjadi pembohong.

Lihat sahaja Perdana Menteri yang banyak kali berbohong dan akan terus berbohong bersama kabinet pembohong pimpinannya.

Timbalan PM juga sudah serasi dengan berbohong biarpun akan bersumpah berkali-kali yang dia tidak berbohong.

Menteri-menteri lain juga sama tarafnya kerana sekali berbohong, terpaksa berbohong untuk menutup bohong yang lain. Boleh disenaraikan semua pembohongan untuk dibukukan dalam rekod BOHONG menteri kabinet Malaysia, dulu, kini dan selamanya (termasuk bila Mahathir dan Anwar Ibrahim dalam kabinet)

Dengan muka seposen dan bersahaja, pembohong bercakap 'benar' di depan khalayak termasuk di parlimen. Bohong yang berterusan menjadi lapuran media yang sama-sama berbohong demi pembohongan atas nama kebenaran.

Tetapi secara amnya, semua ahli politik mesti pandai berbohong. Ciri yang menjadikan mereka lebih berjaya kalau dapat berbohong secara neutral. Kalau tidak pandai berbohong, baik jadi ulamak sahaja.

Mereka-mereka yang menjadi pembohong lazim ini jugalah yang berjaya meyakinkan beberapa kerat kepimpinan PAS untuk bermuzakarah atas nama ketuanan baru-baru ini. Segala janji dan tawaran untuk PAS tentunya boleh termasuk kategori bohong sebelum menjadi realiti.

Kemudian, kepimpinan PAS yang terlibat terpaksa pula berbohong untuk menutup kebohongan pemimpin UMNO yang bertaraf menteri.

Maka benarlah......
Siakap Senohong
Gelama Ikan Duri
Bercakap Bohong
Itu kerja para Menteri
dan yang mahu jadi Menteri!

2 comments:

cikli said...

Salam..

setengah orang senang jer nak cam dia bohong atau tidak.

asal nampak mulut dia terbuka...bohong la tu...

Pp said...

:-) ada orang kata - siapa makan cili akan terasa pedas! Tapi dalam kes nie, semua pak menteri harus rasa pedas....

pp