Saturday, July 26, 2008

Bila PAS berpakat dengan UMNO

Tidak dapat dinafikan yang situasi politik semasa sedikit sebanyak membuatkan ramai, termasuk saya terkeliru dan dalam 'disillusioned'. Masih dalam keghairahan untuk menumbangkan UMNO/BN kekadang terlupa yang PR juga adalah haiwan politik yang perjuangan terbesar adalah untuk survival diri sendiri, peduli apa pada rakyat yang telah mengundi berdasarkan kepada 'trust' yakni keyakinan kepada mereka yang kini bergelar YB.

PAS mempunyai sebab musabab untuk bermuzakarah dengan UMNO atas nama ketuanan Melayu dan ketuanan Islam. Mereka telah mula berpakat secara rasmi dan kemungkinan untuk PAS keluar dari PR bukan lagi satu persoalan, hanya bila waktunya sahaja.

Kita pisahkan dua faktor, satu UMNO yang mencari bantuan pernafasan dalam keadaan lemah dengan segala pergolakan dalaman dan pasca PRU-12 yang menjadikan UMNO pembangkang di lima negeri. UMNO perlukan PAS untuk mempertahankan kuasa dan segala fail-fail rasuah, penyelewengan, jenayah yang menjadi sebahagian dari rekod cemerlang, gemilang, terbilang umnoputera.

Faktor kedua, adalah faktor PAS sendiri kurang menyerlah dibawah PR. Berkongsi katil dengan PKR yang masih kabur hala tujunya selain badan tubuh Anwar Ibrahim dan DAP yang memang anti-Islam (terutama senior seperti Kit Siang dan Karpal Singh) membuatkan PAS kehilangan sengat dan pengikut TOTOK yang terus mahukan keujudan negara Islam.

Pengundi telah memberi petunjuk dalam PRU-12 untuk melihat perubahan besar dalam lanskap politik negara. Setelah muak dan jengkel, benci dan meluat dengan keangkuhan UMNO/BN yang bermaharajalela berkuasa, keputusan PRU-12 memberi nafas segar buat mereka, termasuk saya yang bersemangat untuk melihat Malaysia bergerak ke arah lebih baik.

Tetapi setelah berpakat selama beberapa bulan, sudah nampak puak-puak dalam PAS kurang senang dengan keadaan semasa. Apalagi agak jelas pimpinan tertinggi PAS nampak percaya yang Anwar memang terlibat dalam kes liwat terbaru.

'Marriage of convenience' yang berpaksikan pada Anwar boleh saja bercerai-berai apalagi kalau kes liwat ini berterusan dan menyebabkan Anwar ke penjara sekali lagi. DAP juga lebih senang menjadi pembangkang di parlimen manakala PKR akan terus caca-merba dengan pelbagai ideologi.

Sewaktu demo PROTES di Kelana Jaya, tiada pimpinan tertinggi PAS yang muncul, kecuali Setiausaha Agung. Begitu juga selain TG Nik Aziz, tidak kelihatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS berada di sisi Anwar dalam menghadapi kes liwat.

Kepimpinan PAS tentunya mempunya sebab musabab besar untuk berpakat dengan UMNO terutama dalam melihat untung rugi percaturan politik terutama masa depan dan survival PAS sendiri.

Buat ramai yang masih terkeliru seperti saya, mungkin lebih baik melupakan sahaja untuk melihat perubahan dalam negara. Bila PAS berpakat dan tidur sekatil dengan UMNO, usah diharap apa yang diperjuangkan seperti menghapuskan ISA. akta-akta drakonian, kebebasan media, rasuah, penyelewengan akan selesai kerana masih bertunjangkan ketuanan yang tidak semestinya islamik.

Nampaknya, lebih baik sahaja berhijrah keluar dari menjadi hamba kepada 'haiwan politik' yang pada asasnya, sama sahaja selagi ahli politik memperjuangkan perut dan survival diri sebagai lebih penting dari segala yang lain!

8 comments:

goliku said...

Whatever you address yourselves, will come back to square, we are Malaysian.

For this, I encourage all Malaysians, especially Malay brothers and sisters, to participate in Dr. Hsu’s Forum,
http://hsudarren.wordpress.com/

Dr. Hsu, a Gerakan member, is Bangsa Malaysia of the ‘truest’ sense. Whether you agree or disagree, I believe in diversity, ‘DIVERSITY IS OUR STRENGTH’ fellow Malaysians.

Anis Ahmad Abdul Rahman said...

I am really really surprised that YOU as a Muslim cannot accept PAS and UMNO working together...You must be out of your mind..?? maybe too keen to see Anwar to become the next PM that you lose your sanity...

Please visit my blog to read my entirely different view on this..http://malaysiabebas.blogspot.com

Kechau Tersang Boston said...

I think you're just being very emotional without using your brain properly and comment from goliku will make you further dillusioned. First of all , PAS has been in this politic much longer than PKR and all this time they have struggle enough for just one mission, utk menjadikan quran dan hadis sebagai perlembagaan negara dan tunjang pemerintahan Malaysia utk semua manusia samada islam atau bukan islam ,tak mengira bangsa melayu,cina,india,kadazan dll sebab islam itu diturunkan utk semua manusia dan Allah lah yg menjadikan kita semua dan Dia Maha Mengetahui segala2nya .
Oleh itu ,dengan majlis syura mengatakan tiada muzakarah dan hanya muqabalah,maka semua persoalan terjawab. Oleh itu ,jgn cepat melatah, jgn dgn tetiba kata PAS hanya memikirkan diri sendiri tanpa memikirkan pasal rakan2 lain. Ini lah taktik UMNO (dan GERAKAN ,parti yg kepimpinannya kebanyakannya adalah KRistian ) mula masuk jarum terhadap org2 seperti saudara.Fikirkanlah!

faizol said...

ini komen pertama saya seleps beberapa ratus kali tgk blog brother Fudzail. 1) saya berpandangan setiap manusia itu ada pendirian, dan their own view... sebab itu saya tidak akan menyangkal pandangan fudzail. 2) Perjuangan dasar oleh PAS amat jelas iaitu untuk ISLAM. perlu diingat politik hanya sebagai salah satu jalan untuk perkembangan, perlaksanaan ISLAM. 3) Pada pandangan saya pula. PAS bersetuju untuk menjadi sebahagian dari Pakatan Rakyat adalah disebabkan perjuangan oleh PKR dan DAP lebih seiras berbanding dengan UMNO yang telah menyimpang jauh. Walaubagaimanapun, sebelum UMNO terus hanyut, ada dikalangan orang2 PAS yang masih sayangkan ahli2 UMNO yang belum cukup gelap hatinya untuk menerima cahaya ISLAM. (dalam bahagian ini.. harapnya saudara2ku sekalian pelajarilah lebih banyak perihal Dakwah.. saya mohon tunuk ajar dari kalian semua.)
4) Tak kiralah apa pun kata orang, saya berharap para pemikir ini boleh memberikan view masing dan saya percaya pandangan kamu semua ada kebenaran dan mungkin ada entingnya juga. begitu juga saya..

MdFikri said...

I couldn't agree more with Sdr Faizol and Kechau. To understand further, maybe we all can visit http://nikabduh.wordpress.com/2008/07/24/hidangkanku-secangkir-kopi-panas/

If we believe in DSAI, why don't we believe in Kepimpinan Ulama'?

Hairul Anuar M Sahray said...

Assalamualaikum Sdr Fudzail,

Saya seperti penulis di atas, juga menghormati pandangan saudara. Saya menganggap saudara juga merupakan penulis yang berkredibiliti jika diambil kira betapa pimpinan tertinggi PR pun pernah singgah di rumah saudara di sana. Ini menunjukkan bahawa saudara memang rapat dan boleh berhubung terus dengan pimpinan PR. Jadi, berdasarkan sebab ini, saya kira saudara hubungilah secara terus pimpinan-pimpinan PAS, dapatkan penjelasan daripada mereka, apa sebenarnya yang berlaku dalam hal muzakarah ini.

Saya yakin, saudara sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, tidak mudah melatah dan berfikiran negatif tentang apa yang berlaku, dek kerana terbawa-bawa dengan rentak permainan gerak saraf UMNO dan media yang memanipulasikan isu ini.

Mintak maaf saudara, pada pendapat saya, saudara sebenarnya belum mengenali PAS sepenuhnya. Elok saudara menulusuri susurgalur perjuangan PAS selama lebih 50 tahun ini, dan buatlah penilaian. Bagi PAS, bukan hanya Anwar sahaja, sesiapa sahaja, baik melayu, cina, india...semua perlu dibela sekiranya dizalimi...kalau setakat tiada pimpinan PAS disisi Anwar semasa dia dituduh, tidaklah boleh dijadikan penanda bahawa PAS tidak bersamanya...dari hari pertama ANwar dituduh, PAS sebenarnya telah pun bersama Anwar...sila semak harakahdaily..sehingga ada ahli PAS yang bising ini akhbar PAS ke akhbar Anwar...mungkin strategi poltik menghalang mereka selalu duduk bersama...itu elemen politik...berkenaan statement USt Nasha, itu adalah pandangan dari sudut orang bawahan, rakyat yang tiada internet, saluran maklumat mereka hanya media arus perdana...Ust Nasha cuma menyampaikan pemikiran rakyat sebegini, memang betul pun...orang kampung memang pikir macam itu...kita yang terpelajar ni, ada access internet, memanglah 100% tak percaya...bukanlah pernyataan Ust Nasha itu adalah dari fikiran beliau sendiri...saya yakin..Ust Nasha tak buta hati InsyaAllah...kes Anwar sudah sampai tahap tak masuk dek akal untuk orang yang macam kita ni nak percaya..termasuklah Ust Nasha..

Saya kira banyak-banyak pemimpin, pemimpin PAS lah yang paling konsisten memperjuangkan menhapuskan ISA, rasuah dan lain-lain seperti yang disebutkan saudara. Sanggup masuk penjara, sanggup tinggal anak bini demi perjuangan...ahh..terlalu banyak pengorbanan mereka sebenarnya. Saudara, pimpinan PAS takkan terlalu mudah nak melupakan airmata anak-anak ISA semata-mata nak tidur sekatil dengan UMNO...yang ada adalah..PAS menggunakan kesempatan bertemu dengan UMNO untuk terus memperjuangkan hak rakyat...musuh sedang lemah, masa inilah kita hendak menekan mereka...

Saudara, adillah dalam memperkatakan tentang PAS...pimpinan PAS terlalu banyak berkorban untuk rakyat. Saya memang dari sekolah sehinggalah sekarang saya pun sudah bekerja sebagai expatriate di luar negara, saya sedih mengenangkan sahabat dan pimpinan PAS saya yang tak kenal jemu untuk berjuang kerana Allah dicemuh, dicaci, dimaki hanya disebabkan salah faham akibat permainan tipu daya UMNO...tak sangka kali ini kita tewas ditangan saraf UMNO....

Semoga saudara akan terus menulis dengan cemerlang...

Pp said...

Fudzail...
:-)

I salute ur clear view - from ur perspective, which I share. A perspective of someone who wants to see a 'betterMalaysia'.
Jika parti2 asyek berpolitik - bila masa nak tumpukan kebajikan rakyat. tak kira lah parti itu berlandas kan apa, jika terlalu taksub dengan politik dan bukan berpolitik untuk mencapai 'matlamat' maka - semakin hilanglah harapan untuk kita melihat perubahan.

Melatah ?? Emosi?? - sesiapa saja yang memberi 'judgement' mengenai what goes on in the mind of someone else - selalunya terperangkap dengan kata2 sendiri.
Oleh itu, saya katakan kepada Fudzail - jgn ambik hati pun dengan telahan dan anggapan begitu.


Pp

Jo said...

Jangan risau. Boleh dikatakan majoriti pemimpin PAS memiliki Bachelor Degree sekurang-kurangnya. Mereka tidak lemah dalam membuat sesuatu keputusan. Canang-canang muzakarah PAS-UMNO hanya untuk mengabui banyak tindakan UMNO yang sudah tiada hala tuju. Saya yakin Pakatan Rakyat akan mengambil-alih tampuk pemerintahan Malaysia dalam masa yang terdekat ini nanti.