Friday, July 25, 2008

Anwar Tidak Patut Bertanding di Kulim-Bandar Baharu

Dalam senario politik semasa, adalah salah strategi untuk Anwar memilih kawasan Parlimen P18 - Kulim Bandar Baharu. Alasan paling menonjol ialah apakah perlunya sdr Zulkifli Noordin berkorban untuk Anwar walhal pemimpin lain PKR yang mempunyai dua kerusi iaitu Parlimen dan DUN, seperti TS Khalid Ibrahim dan Azmin yang lebih sepatutnya berkorban.

Keduanya tidak rugi apa-apa. Tetapi selain Zulkifli Noordin, sekiranya pihak mahkamah memutuskan untuk dibuat pilihanraya semula yang paling rugi adalah rakyat P18.

Mereka akan kehilangan seorang tokoh muda yang dapat memberikan khidmat serta sumbangan relevan kepada pengundi dan rakyat seluruhnya.

Malah kalau dilihat dari segi politik yang telus, Anwar MESTI bertanding di Permatang Pauh!

DS Dr. Azizah selama ini menjadi proksi kerusi tradisi Anwar dan lebih dari itu, apakah kita mahu melihat suami (bapa), isteri (ibu) dan anak dalam sidang parlimen? Apalagi Kit Siang dan Karpal Singh juga mempunyai anak , walau PM mempunyai menantu di Parlimen. PR nampak lebih kepada parti anak beranak.

DS Dr. Azizah juga tidak nampak ketokohan sebagai ketua pembangkang yang baik dan menyerlah. Setelah dua penggal sebagai MP, lebih baik beliau berundur demi sang suami.

Begitu juga MP Kelana Jaya yang tidak mempunyai bakat sebagai pemimpin dan sekadar menang kerana sentimen semasa. Dia yang baru ditempeleng itu boleh dikatakan tidak sesuai langsung.

Secara peribadi, rasanya Anwar tidak mungkin menjadi PM pada September nanti. Bayangkan kalau Anwar bertanding di P18 dan kemudian terpaksa bergelut di mahkamah untuk beberapa tahun. Apalagi kalau didapati bersalah, bertambah rugi pengundi P18.

PR yang berpaksi pada Anwar juga memang nampak rapuh selepas lima bulan berpakat. PR buat masa ini mungkin sedang mengalami satu lagi cabaran besar apabila UMNO sudah hampir berjaya menarik PAS untuk menjadi rakan politik ketuanan Melayu dan ketuanan Islam.

Boleh dilihat dari body language Presiden dan Timbalan Presiden PAS bahawa mereka menunggu masa dalam muktamar PAS sahaja untuk mengistiharkan pendirian.

Sebaiknya Anwar sama ada bertanding di Permatang Pauh atau Bandar Tun Razak atau Gombak atau Kelana Jaya. Dengan sentimen anti-BN yang tinggi di kawasan bandar, lebih baik bagi Anwar bertanding secara jantan daripada merasa mahu 'selamat' dengan memastikan kemenangan.

Kalau tidak, sekadar jadi pemimpin tanpa mana-mana kerusi, bermakna menjadi PM bukan destini beliau dulu, kini dan selamanya.

Lebih baik menjadi pemimpin peringkat antarabangsa dan buat mereka yang mengharapkan Anwar menjadi PM, semakin dekat tarikh September 16, nampak semakin jauh kerana Anwar mesti menentukan kawasan mana untuk bertanding sekarang, kalau tidak tentunya melucukan apabila bakal PM masih terkial-kial untuk bertanding sebagai ahli parlimen.

7 comments:

Ferdy said...

Fudz,

You hit it right on the head of the nail! How could Anwar so easily take the seat of the man we know will be the future of our country by cutting short his chance to prove himself in the LEADERSHIP arena?

Malaysian politic is now near enough to Pakistan and Indian Soap opras that we see today.

Families in politics is not healthy at it breeds cronyism and nepotism

Rusdi Abu Bakar said...

100% sokong, kena P18 yang mahu di ambil? ambil saja kelana jaya, apa perlu seorang MP boneka disitu? atau telah di janjikan dengan pendedahan video lingam?

adlibudiman said...

yang aku perasan kan, bile aku takde internet connection, bile aku buat tatau pasal dunia politik nih, idop aku tenang je..

tapi bile aku setat baca balik kepala aku jadik konfius, tension beb, tension

nasru said...

dalam blog sy pun ada sy ulas pasal ni. mmg sy dari dulu tak puas hati dgn ketaksuban anwar nak jadi pm. sy sokong anwar cuma cara dan kaedah dia nak jadi pm ketara sangat.malah sikap anwar sendiri kekadang tu menyentuh hati juga (terasa).

sy x kisah kalau rembau tu baik dan amanah walaupun dia menantu pm.masalahnya rembau jahat dan kita tentang.kalau dah ramai anak beranak dlm parlimen tu memang tak elok.masyarakat kita suka mengata.bila dah berkata banyak yang tak elok.ambil contoh keluarga nik aziz.mana ada yang masuk politik bertanding jawatan dalam parti atau pilihanraya.


http://wan-nasru.blogspot.com/2008/07/kenapa-kulim-dikorbankan.html

spike_thru said...

"Families in politics is not healthy at it breeds cronyism and nepotism", said ferdy. What a laugh! We've had over 30yrs of umno's 'families in politics' starting frm Tun Razak's to Tun Hussein's to mahathir's!!!

Why now do we want to create a hullaballoo??
We're not being fair too... after all Pakatan Rakyat MPs seem genuine in putting rakyats' interest first, so give them that benefit to proof their stand.

We have seen what umno/bn has/has not delivered & most of it we cannot swallow.

Kenapa kita nak soal strategi politik Anwar/PR dlm mencapai objektif mereka? mesti ada sebab yg baik utk parti & pakatan.

Kenapa kita tak tanya khairy jamaluddin yg bertanding di rembau... bukan tempat dia dibesarkan & hampir dia tak dikenali kalau bukan kerana dia menantu PM! kenapa mat sabu bertanding di T'gganu?

We may seem clever but we're not in the playing field. Many of our comments are laymen's & sometimes emotional... is that good?

wun said...

ape masalahnya kalau dah orang2 tu layak? Bukannya Wan Azizah tu takde pendidikan, or Izzah tu bengap, or Gobind Singh tu pencacai or Lim Guan Eng tu pengemis...masing2 educated, spirited and willing to commit their life for a change...So what's the problem?
If Zulkifli Nordin disahkan tidak boleh bertanding, jadi boleh laa Anwar masuk...If takut Anwar tak boleh tawan Kulim sebab kat kampung, jadi Kedah takkan under Pakatan?
yang Kelana Jaya (Gwo Burne) tu pun dah offer Anwar tapi Anwar tak nak sebab dia rasa orang tu buat keje dengan baik dah pun, so takkan la years of experience in government die tak boleh nilai baik buruk seseorang tu in their own constituency...dia refuse Kelana Jaya mesti bersebab; mesti dia yakin dgn orang tu...

Ser@i said...

pada pandangan saya. Tiada masalah kalu kepimpinan anak beranak tapi pastikan keadilan itu berjalan dengan baik. ikut kata pepatah "pemimpin berbudi kita sanjung, pemimpin kurap kita sanggah!" hehehe betul ke pepatah tu.

tentang strategi DSAI dalam usaha beliau ke Putrajaya. Setiap kejayaan perlu ada pengorbanan, jadi mungkin YB Zulkifli Noordin tiada masalah untuk menjadi korban itu. lagipun status dia yang sedang dipersoal di mahkamah juga perlu diambil kira