Thursday, July 17, 2008

Al Fatihah - setiausaha Akhbar pak Lah meninggal dunia

Beliau pernah menjadi kawan bersembang di Sri Pentas

Jenazahnya akan dibawa ke rumahnya di 19 Jln Tiang Seri U8/73B Bkt Jelutong Shah Alam, Selangor

Dari DUNIA TIGER

AZHAR OSMAN MENINGGALKAN KITA..
Saya mendapat pengesahan daripada sahabat di Berita Harian bahawa rakan di TV3, Azhar Osman, sudah meninggalkan kita. Beliau menghidap barah meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur jam 9 pagi.
Beliau pernah bertugas di beberapa tempat termasuk di TV3 dan ISIS. Jawatan terakhir beliau ialah Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Semoga rohnya ditempatkan oleh Allah SWT bersama orang-orang yang soleh.
Al-Fatihah.

No comments: