Sunday, June 15, 2008

Beza antara Malaysia, Singapura dan UAE

Minggu lepas ada perbincangan mengenai beda kekayaan antara Malaysia, Singapura dan UAE dalam Malaysian-UAE yahoogroup.

Seorang ahli yang juga ekspatriat muda di UAE, Afza, membuat analisa berikut:-

1. Malaysia ada tin, petroleum, timber, copper, iron ore, natural gas, bauxite (from CIA site)

UAE cuma ada petroleum and natural gas (dari CIA
site)

Singapura ada fish & deepwater ports sahaja? (Dari CIA
site)

2. Tanah di Malaysia sangat subur, tabur saja benih, tumbuh laa pokok.

Di UAE hanyalah padang pasir, nak tanam dan maintain rumput seluruh UAE kena belanja berjuta2 setiap bulan. Kawasan kecil yang subur di Hatta dan Al Ain, penuh di tanam sayuran.

Di Singapura ada tanah lagi ke? Oh ye, Pulau Batu Putih. Di masa depan, mungkin Iskandar Region pun mungkin akan masuk ke tribunal.

Teringat cerita bapa mertua yang membawa delegasi dari Korea berjalan2 di Malaysia. Mereka kagum dengan tanah di Malaysia yang sangat subur. Tetapi lebih terkejut melihat banyak kawasan semak samun, dipenuhi lalang. Di Korea, susah mencari tanah yang subur, kawasan kecil di celah2 batu pun ditanam sayur.

3. Di Malaysia jumlah rakyat yang di tahap sederhana, cukup ideal untuk menjana ekonomi. Peluang pekerjaan sepatutnya cukup untuk dipenuhi rakyat tempatan, tak perlu ramai expatriates, so kurang lah duit yang "keluar" dari Malaysia. Tetapi sekarang, untuk mencari rezeki yang lebih, semakin ramai rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara sebagai expatriates, yang menghantar duit balik ke Malaysia.

Di UAE, rakyat UAE cuma 19% dari total population. Peluang kerja terlalu banyak,
tidak mampu dipenuhi rakyat tempatan. Dengan jumlah expatriates yang tinggi, duit dihantar balik ke negara asal, dalam jumlah yang sangat tinggi.
Ditambah dengan subsidi dan privilege untuk rakyat tempatan (e.g. business ownership, equity, free housing scheme), peratus rakyat tempatan yang bekerja juga sangat rendah. Tapi rakyat tak pernah malu dengan subsidi dan bantuan kerajaan, tapi sangat berbangga dengan pemimpin yang menjaga kepentingan rakyat tempatan.

Di Singapura, populasi yang kecil, tapi kepadatan yang tinggi. Kelebihan kerajaan menggunakan "intelligence" dan kepakaran berdasarkan merit terbukti sangat efektif.

4. Di Malaysia, banyak projek mega, berbillion2. Banyak yang terlebih kos. Gaji pekerja rendah, material locally made banyak, nak jimat lagi boleh beli "Made in China". Tetapi kadang2 sedih, duit yang dibelanjakan tidak sepadan dengan hasilnya. Tidak kurang juga duit yang hilang entah ke mana. Pengalaman audit 5 tahun di salah sebuah syarikat construction terbesar di Malaysia, sungguh rumit mencari sebab2 "cost overrun".

Di UAE, banyak juga projek mega. Kos tinggi. Gaji pekerja sangat tinggi, harga material yang sangat tinggi (imported, owner normally will avoid "Made in China" products). Tapi hasilnya, cukup berbaloi.

Di Singapura, kepentingan diletakkan kepada pembangunan infrastruktur yang world class. Tidak perlu bermegah2 dengan bangunan tertinggi, tidak perlu jambatan cantik untuk ditatapi, Tambak Johor sudah memadai.

5. Di Malaysia, sektor perkilangan sangat besar, dari sektor ringan hinggalah berat. di satu masa dulu sebaris dengan "Asian Tigers". Tetapi sekarang, semakin hilang taringnya.

Di UAE, sektor perkilangan hanyalah sektor yang ringan dan di dalam skala yang rendah. Kos yang tinggi, tapi stabiliti dari segi ekonomi, politik dan struktur yang terbaik di Middle East terus menarik investors di UAE.

Di Singapura, walaupun kurang tanah, tetap menjadi salah satu pengeluar terbesar consumer electronics dan information technology products.

6. Malaysia dikelilingi lautan, pinggir laut yang dalam dan tenang merupakan faktor yang sangat baik untuk pelabuhan. Ditambah dengan kedudukan Malaysia, perairan Malaysia di tengah2 jalan penting gergasi ekonomi dunia.

Tetapi pelabuhan Singapura tetap jauh di depan. Terlalu banyak sebab, terutama tentang kecekapan dan kelebihan pengurusan pelabuhan Singapura.

Di UAE, kapal2 perlu "divert" dari Indian Ocean, melalui liku2 Persian Gulf untuk sampai ke pelabuhan Jebel Ali. Tetapi, sekali lagi disebabkan banyak faktor2 positif yang dah diceritakan di atas, UAE tetap menjadi "hub" untuk seluruh Middle East.

4 comments:

Hantu said...

Salam,

Biasalah tu, mmg manusia seperti penulis diatas cukup senang memuji negara lain selain negara sendiri akibat daripada 'inferiority complex'.

Kononnya negara selain negara sendiri begitu bagus padahal tidak. Penulis diatas boleh membaca byk blog2 daripada warganegara Singapura dan UAE sendiri yang mengutuk dan memprotes ttg negara mereka jika si penulis di atas suka membaca blog2 la.

Janganlah terlalu berfikiran sempit hingga tidak nampak kebaikan atau kelebihan negara sendiri. Tidak ada satu negara pun yang semuanya bagus atau semuanya tidak bagus. Janganlah baru sahaja duduk dinegara asing hanya beberapa tahun sudah pandai mengutuk negara sendiri kononnya semuanya tidak bagus.

rascal r us said...

Hantu,

You hit it right on the head of the nail! Malaysia with all its fault is one helluva incredible country. Blessed by Allah with natural resources and damn smart people.

nafzaam said...

Salam Sdr Fudzail,

Terkejut saya bila ada seorang kawan di Malaysia mengkhabarkan email saya di “quote” Sdr Fudzail di dalam blog yang memang ramai pembaca dan pengikutnya. I feel honored but humbled with my “cetek” writing. I took less than 30 minutes to write that, without proper research, but more on my personal knowledge.

To Sdr Hantu, memang saya dah agak, akan ada suara2 yg mengkritik saya. Ada lagi bahagian email saya yang Sdr Fudzail tidak lampirkan di sini.

Email ini saya tulis berdasarkan ucapan Datuk Shahrir Samad, mengatakan Malaysia bukan negara kaya. Di yahoogroup kami, ada yang menyokong kenyataan ini, dengan menyatakan Malaysia kurang kaya kalau dibandingkan dengan UAE dan Singapura. Saya membalas, dengan menyatakan kelebihan-kelebihan Malaysia, yang telah dianugerahkan Allah dengan banyak sumber-sumber bahan mentah, kelebihan geografi dan kelebihan sumber manusia di mana orang-orang Malaysia memang banyak kelebihan dari segi intelektual.

Maaf kalau penulisan saya disalah ertikan. Saya rasa, dalam penulisan saya, saya sebenarnya memuji anugerah Allah, dengan segala kekayaan dan kelebihan tanah air dibandingkan dengan negara2 lain yang banyak kekurangan. Tetapi persoalan saya, kenapa semua ini tidak digunakan dengan baik untuk kebaikkan rakyat? Mungkin, masalah di tanah air adalah kelemahan dalam menguruskan semua kelebihan ini, atau “mismanagement of resources”. Bayangkan kalau semua ini diuruskan dengan baik, dan diberikan kepada rakyat, hilanglah segala derita dan tangis rakyat terutama yang miskin.

Memang saya expatriate muda, hampir 3 tahun di bumi UAE. Saya bukan dari keluarga senang, dari kecil menolong keluarga menjual di pasar malam, menghantar nasi lemak ke kedai kopi cina setiap pagi, menjual pisang goreng di tepi jalan setiap petang, mengambil upah membakar sate di waktu malam, menolong ibu menyiapkan kuih-muih hingga jauh malam. Tetapi tetap mencuri masa untuk bermain dan belajar. Saya mewakili sekolah dalam kuiz-kuiz dan sukan (bolasepak, ragbi, olahraga, bola baling, badminton) hingga ke peringkat negeri. Walaupun dipanggil untuk mewakili negeri Perak untuk bolasepak, bola baling & ragbi, saya menolak kerana lebih mementingkan pelajaran.

Alhamdulillah, dengan pengorbanan besar ibu bapa, saya berjaya mendapat “straight As” dalam semua major exams (UPSR, PMR & SPM), dan mendapat biasiswa dari syarikat swasta untuk menyambung pengajian ke luar negara. Saya balik ke Malaysia, dan berkhidmat untuk penaja selama 5 tahun (as per contract).

Sebelum habis contract, saya mendapat tawaran dari syarikat di UAE. Memang berat untuk meninggalkan tanah air. Saya yang berkeluarga di umur yang awal, memikirkan nasib keluarga, untuk memberi kebahagiaan dan membalas jasa ibubapa. Di kala gaji di Malaysia yang kecil, sungguh sukar untuk saya menempuhi kehidupan di Kuala Lumpur, dengan harga barang sentiasa naik dari tahun ke tahun. Untuk survive saya suami isteri bersama seorang anak di Kuala Lumpur terasa sangat sukar, apatah lagi untuk membantu ibubapa di kampong, walaupun saya tetap menghantar 10% dari pendapatan saya ke kampong. Saya memberanikan langkah pada umur 27 tahun membawa keluarga berhijrah. Alhamdulillah, Allah memberi rezeki yang murah, di mana syarikat saya sentiasa memberi “reward” yang setimpal untuk performance, di mana “it’s more on what you know, not on who you know”.

Harap-harap dengan penghijrahan saya, saya dapat mengosongkan jawatan saya di Malaysia untuk anak muda Malaysia yang lain. Setiap tahun saya pulang bercuti, saya tetap melawat office lama saya. Setiap kali memang terkejut, apabila ex-boss mengatakan belum jumpa pengganti saya, dan setiap kali jugalah memujuk saya kembali, “Afza, kau balik laa kerja sini, then you can take over my place in few years”.

Dan dengan penghijrahan saya, dapat lah juga menghantar duit ke Malaysia. Harap-harap ini sedikit sebanyak dapat membantu ekonomi Malaysia. Kalau negara-negara seperti Philippines, Indonesia, Mexico & India yang mempunyai jumlah rakyat yang ramai berkerja di luar negara, duit dari expatriates ini yang dihantar balik dapat membantu menjana ekonomi negara-negara tersebut dalam skala berbillion dollar. Negara-negara ini menyedari kepentingan expatriates mereka di luar. Tetapi malangnya di Malaysia, expatriate Malaysian di luar dicop sebagai pengkhianat negara atau tidak patriotik.

Maaf jika penulisan saya bercampur aduk. Saya memang bukan pakar dalam penulisan. Hanya sekali sekala mengeluarkan apa yg ada di kepala.

Sdr Hantu boleh berkata apa sahaja, saya memang sentiasa menerima kritikan dengan hati terbuka, InsyaAllah boleh membantu saya menjalani hidup di masa depan. Lagipun, kita bebas bersuara di Malaysia. Saya harap dengan penulisan saya, saya tidaklah mengganggu periuk nasi Sdr Hantu.

Kepada Sdr Fudzail yang banyak membantu saya sekeluarga di UAE, maaf kalau penulisan saya ini “menyemakkan” blog saudara.

Sekian, Wassalam.

عيديد said...

Bukan kita tak bersyukur dengan negara kita tetapi kita tak gunakan sepenuhnya kekayaan yang kita ada. Bukankah itu merugikan. Offcourse kita tak boleh bezakan life di Dubai dengan Malaysia, tapi penulisan nafzaam dapat membuka mata dan bangunkan kita dari terus tidor mcm Pak Lah. Syabas bro, good job!