Saturday, May 10, 2008

Syed Hamid Tuduh Raja Petra BERLAKON!

'Jangan berlakonlah'... kata Menteri Dalam Negeri pada Raja Petra
May 10, 2008 : 01.29 AM

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dikenali sebagai orang yang serius dan jarang bermain kata-kata bila diminta mengulas sesuatu hal serius oleh para wartawan. Kalau nak tau ini adalah antara reaksi spontan Menteri Dalam Negeri itu kepada Agendadaily ketika ditemui untuk mengulas dakwaan pengendali laman Malaysia Today,Raja Petra Kamaruddin dia membayar wang ikat jamin untuk keluar penjara Sungai Buloh kerana merasa keselamatanya terancam jika tinggal terus di situ sementara tunggu perbicaraan kesnya pada 6 Oktober ini.
“Jangan berlakonlah…” katanya. Menteri itu berkata bahawa Raja Petra suka membuat dakwaan-dakwaan liar tetapi kemudiannya tidak tampil dengan bukti-bukti. “Saya fikir itu semua kenyataan liar…(kita) ada peraturan dan prosedur…ramai orang yang dah masuk penjara dan keluar …sebab itu dia keluar sihat saja,”ujarnya.
Syed Hamid yang ditemui lepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC lewat petang Jumaat menegaskan jika Raja Petra hendak mempertahankan dakwaanya dia hendaklah membuat laporan polis mengenainya.
Raja Petra yang keluar dari penjara jam 9.30 pagi ini setelah membayar wang ikat jamin RM5,000 mendakwa dia diberitahu oleh para pengawal penjara Sungai Buloh mereka dengar dua anggota polis Unit Tindakan Khas yang sedang dibicarakan atas kes Altantuya iaitu Sirul Azhar Umar dan Hazilah Hadri yang ditahan di penjara sama telah memekik sesuatu akan berlaku keatas dirinya. Dia juga mendakwa para pengawal penjara menyuruhnya cepat keluar kerana mereka tidak boleh tidor kerana terpaksa jaga keselamatannya.
“Tak adalah…itu semua tak betul…dia selalu buat tuduhan yang melulu…yang liar... tapi dia tidak tampil dengan apa-apa bukti...kalau betul begitu dia boleh buat laporan kepada polis dan kita boleh siasat.
“Ini memang lakonan untuk meraih simpati...lakonan yang sentiasa dimainkan,”katanya. Menurut Syed Hamid keselamatan tahanan reman sentiasa terjamin termasuk soal rawatan perubatan. “Kalau dia nak doktor…kita panggil doktor…tak ada masalah….jangan berlakonlah,” ujarnya.

Dari Agendadaily

6 comments:

WTF said...

Aiyoyo...si botak, Raja Petra is very serious in his fight for freedom, democracy, justice, rule of law, racial harmony.............etc etc.

Just go and read his articles in MT if you don't believe , ok botak ?

yatim said...

Could the big mouth Syed Hamid dare to release the official number of people died of unknown reasons while in remand? Syed Hamid has not done his home work. What could you expect from this UMNO moron.

Raja said...

“Kalau dia nak doktor…kita panggil doktor…tak ada masalah….jangan berlakonlah,” - Syed Hamid

What about detainees not given medications and prescribed diet for ISA detainees at Kamunting Detention Centre?

Guybrush said...

Aku bebulu betul dengan website MT.
Dah lah tak boleh post komen. Kena hantar email kat RPK kiss kiss toe puji pujian mintak kebenaran nak post komen. Blog sendiri pun tak bebas nak bersuara macam mana nak deliver freedom of speech punya plight.? Aku bukan tak setuju dengan perjuangan dia malah aku sokong takat 80% saja. Kroni kroni dia yang post komen kat MT tu yang batu apikan RPK dan lets RPK facing the authority alone. Kita kan inteligent,bersekolah punya rakyat. Jangan gunakan idea idea zaman hippies dulu bediri depan kereta kebal, masuk penjara hina mahkamah, nak raih simpati. Gunakan parlimen jadi Law Maker. Blog blog ni tak leh percaya sangat. Saya setuju betul kalau RPK jadi wakil rakyat atau MP. Guna cara yang betul macam parti anwar masuk dewan & argue at least things will go forward. Rome was not built in a day. Overnight success is a myth.
Bagi saya ni kes RPK masuk penjara bukan pasal dia nak tapi dah terlajak perahu. Tengok dia pun dah tahu memang tak tahan punya. It is not the kind of thing that he could do to fight for his believe. He should think of other way to do that. Dia dah biasa dinner kat bodega breakfast kat hilton. Kita ni yang makan diner,lunch kat kedai mamak. Kadang kadang skip breakfast.
Kita takleh lah pro pembangkang atau pro kerajaan extreme membabi buta. Sederhana dalam segalanya macam nabi pesan.

"terima kaseh"- David Arumugan (Allecats)

Darick said...

Shit Hamid said "ramai yang masuk penjara keluar sihat juga"
tapi..... Shit Hamid,
Ramai juga yang masuk penjara sihat tapi dead body yang keluar dari penjara/lokap!
wat d polis said "dia jatuh di bilik air"
kakakakkaaa..... do u think m'sian & d world will believe wat u said?
pls don insult d Rakyat lah... tell d truth : polis brutality that cause their LIFE ! so wat?

Amuraria said...

Viva Raja Petra ! Susah cari personaliti macam ni ,bukan yang hanya pandai tunjuk pandai mengkritik tapi habuk pun tarak ! Seperti unggapan dari Dr. Azly Rahman dipetik dari Malaysia-Today.net :
'Raja Petra is what Che Guevara means to Malaysians, a gung-ho revolutioner whose interest in motorcycles helped him craft his own hugely successful "motorcycle diaries" and helped him symbolize and embody the free-wheeling spirit of Americanism of the "Easy Rider era".

Raja Petra is the symbol of the yearning in us to break free and to let out these "screams of consciousness" so that we may learn to understand better what actually is the problem with this nation that needs therapy as a consequence of its obsession with law and order it creates and it destroys. It is the Brahma-Shiva-Vishnu of politics that we are seeing at play in the cosmic cycle, this karma of Malaysian politics that is meeting its end of the yuga as consequences to the production of many duryodanas (Durjanas) in the process of birth and rebirth.

Raja Petra is a Bugis warrior who installs kings and umpires and players in this game of politics we all are asked to play for fifty years. He make us conscious of the complexities of power relations, the roles of individuals in installing ideologies, the power of institutions in designing "inscriptions that alienate people" and helps us understand the nature of Malaysia's interlocking directorates -- of who owns what and what are the consequences of these.

Raja Petra is a commander-in-chief of a movement that exists in cyberspace and orchestrates the powerful dialogues that send shivers to the spines of those who cheats in this political game.

Raja Petra has shown us what jihad means and how we must carry on this revolution to its final destiny -- a republic of virtue in which philosophy reigns supreme over ideology, whatever the ideology may be.'

Bersama Raja Petra darah raja berjiwa rakyat ! Suara Rakyat Suara Keramat !