Wednesday, May 21, 2008

JOM MURTAD DARI UMNO!


Para ahli totok UMNO sering menyamakan yang UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO. Sekiranya dilihat dari perlembagaan, Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Dengan sendirinya UMNO itu Islam.

Begitulah konsep ketuanan Melayu menjadi perjuangan UMNO dulu, kini dan selamanya. Walaupun dari segi perjuangan sebenarnya adalah KETUANAN UMNO di muka bumi tanah Melayu.

Setelah UMNO (original) dikuburkan oleh mahkamah dan UMNO (Baru) dilahirkan, masih sahaja propaganda yang keduanya adalah satu dan sama dicanangkan dengan menyambut ulangtahun UMNO (original) yang sudah tiada di muka bumi.

UMNO bukan agama, malah agama pun ada yang boleh keluar masuk sebagai penganut. UMNO mahu jadi lebih dari agama dan lebih dari Melayu walaupun nama UMNO itu sendiri bukan bahasa Melayu dan tidak semua penganutnya orang Melayu (seperti isteri presiden) dan Islam.

Sehingga dulu, kini dan selamanya menjadi slogan yang sekali pandang memang boleh memesongkan akidah. Masuk kubur nanti tiada pertanyaan, "Apakah nombor keahlian UMNO anda?"

Para kepimpinan elit dari golongan dinasti UMNO yang kini dalam generasi kedua atau ketiga mahu terus memegang kuasa ketuanan parti. Anak Tun Razak sekarang di kerusi nombor dua, cucu Onn Jaafar juga menanti giliran, di ikuti menantu presiden sekarang yang meneruskan obor keluarga dengan matlamat menjadi presiden dan PM sebelum berusia 40.

Tidak lupa anak kepada bekas presiden yang sudah murtad dari UMNO baru-baru ini. Peliknya, si bapa yang menjadi presiden selama 22 tahun telah disahkan murtad dari UMNO, manakala anak yang mahu merebut kerusi pemuda masih menganut ideologi UMNO.

Bermakna bekas Presiden dan PM Malaysia tersebut, Tun Mahathir gagal dalam meyakinkan anaknya sendiri untuk sama-sama mengistiharkan kemurtadan serta-merta. Walau lantang menyarankan ramai lagi penganut parti UMNO sama-sama murtad sementara iaitu sehingga imam besar Hadhari jatuh tergolek.

Sejarah mencatat yang kesemua presiden UMNO Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Hussien Onn, kecuali Tun Razak telah murtad dari UMNO .

Saya telah lama murtad dari UMNO, sejak tahun 1998. Menjadi ahli UMNO dalam tahun 1992 pun atas dasar terpaksa kerana surau yang kini masjid berdekatan rumah perlukan dana untuk pembesaran. Kerajaan Selangor waktu itu memberi syarat akan memberi dana dalam setengah juta ringgit sekiranya cawangan UMNO setempat berjaya mendapatkan 300 ahli baru.

Maka saya tandatangan sahaja borang bersama isteri, ibu dan anak-anak saudara. Tidak pun aktif dan hadhir mesyuarat. Selepas masuk TV3 sebagai 'orang kita', ada juga aktif sekejap sebelum mendapati UMNO (masa itu di Rompin bawah bekas menteri yang dituduh meraba punggung pelayan) memang cukup parah dengan rasuah, penyelewengan, hasad dengki, cantas-mencatas dan membuang masa apabila survival perut adalah perjuangan 'ketuanan'.

Sebaik DSAI dibuang dan dimalukan oleh UMNO, saya bersama Zulkifli Noordin sama-sama murtad dari UMNO. Tidak seperti Zulkifli yang pernah aktif dalam UMNO dan kini MP untuk PKR di Kulim Bandar Baharu, saya tidak menyertai mana-mana parti, hanya sebagai penyokong PAKATAN RAKYAT.

Dengan kemurtadan Tun Mahathir, samalah taraf saya dengan dia dan lain-lain presiden UMNO sebelumnya, MURTAD DARI UMNO. Tidak seperti Tun Mahathir, saya tidak sementara taraf kemurtadannya.

Mungkin murtad dari UMNO dulu, kini dan selamanya!

3 comments:

Khairul H. said...

Dah lama dah "murtad" dari UMNO. Sejak 2/9/1998 lagi. "Murtad" sebab meluat dgn tindakan M yg keterlaluan. Tapi bagus le jugak. Sebab kerja karut M tu le ramai org Msia (terutama melayu) termasuk saya tetiba ambil kisah tentang politik tanahair. Sebelum tu tak kisah sangat. Bagus jugak le si M ni. Dia tolong saya celik politik dan lawan dia dan kuncu-kuncu dia.

Mujahidah SMNS said...

assalamualaikum.moga akh sekeluarga sihat dan diberkati ALLAH senantiasa. ana sekadar ingin bertanya mungkin berkongsi pendapat dengan akh. apakah sesuai dengan perkataan murtad digunakan untuk keluar dari sesuatu yang bukan menunjukkan keluar dari Agama Islam?

sekadar ingin mengetahui, sesungguhnya ana masih kurang ilmu, dan masih belajar meneguk ilmu di lautan Ilahi.

lama ana fikirkan kesesuaian kata yang banyak dan amat sesuka orang guna sekarang. sedangkan perkataan sebenarnya adalah khusus pada yang tertentu.

artikel yang bagus, yang akh buat. cuma ana rasa terpanggil ingin bertanya untuk mengetahui. moga akh berlapang dada.

syukran atas segalanya..

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Rusdi Abu Bakar said...

Dilahirkan dalam keluarga yang 'minat politik' menjadikan saya terikut2 minat ahli keluarga yang lain, terutamanya abah. PAS menjadi madah perjuangan dari mula saya mengenali politik. dan UMNO mmg selalu di kutuk dalam keluarga saya. lagi2 Mak yang begitu totok dgn PAS hingga kan sanggup berpidato walau di mana2 :-).

Saya tidak melalui zaman yang dikatakan kegemilangan UMNO, kegemilangan yang di maksudkan adalah kegemilangan membela nasib bangsa & agama. tetapi saya dengan inisiatif sdr mencari dimana kebaikan/kelebihan UMNO pada mula nya, patutkah saya menongkah arus dr ahli keluarha yang lain menyokong UMNO, setelah agak banyak membuat analisa tentang Politik Malaysia, terbuktilah UMNO adalah satu parti yang Haprak, yang memperjuangkan segelintir melayu sahaja, melayu yang suka tido dan buta sejarah!

Sampai sekarang saya merasa hairan/pelik kenapa masih ada yang menyokong UMNO sedangkan terlah terang lagi tersuluh keborbokkan yang dilakukan oleh UMNO terlalu banyak dan tak mampu di hitung lagi. terbaru RM3B duit petronas, kemana?

LENYAPKAN UMNO DARI BUMI MALAYSIA!!!!!