Sunday, May 04, 2008

Apa Yang Terkininya Mengenai Resolusi Kongres Permuafakatan Melayu

Gambar dari sebuah blog


Begitulah nasib bangsa Melayu (mengikut takrifan perlembagaan yang juga Muslim) di Malaysia, selepas 50 tahun merdeka dan bernaung di bawah UMNO (yang tidak sudi menggunakan bahasa Melayu sebagai nama parti).



Kira-kira 1,000 wakil daripada lebih 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dikatakan telah mengambil bahagian dalam Kongres Permuafakatan Melayu (KPM) yang diadakan di JB pada 2 hingga 4 Mei ini.



Kongres anjuran Majlis Muafakat Melayu yang diterajui Gapena dan 300 NGO Melayu itu merupakan reaksi terhadap perkembangan politik pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.

Perhimpunan tersebut diadakan berikutan dakwaan keputusan pilihan raya umum menunjukkan masyarakat Melayu kini berpecah belah dan sedang berhadapan dengan kaum lain yang lebih dominan daripada segi ekonomi dan politik.


Dilapurkan juga ada lebih 15 kertas kerja mengenai kedaulatan dan politik Melayu dibentangkan pada persidangan dua hari itu. Tajuk-tajuk pembentangan itu berteraskan kepada empat permasalahan iaitu kedaulatan politik Melayu, kedaulatan perlembagaan Malaysia, kedaulatan Ekonomi Melayu serta kedaulatan agama, budaya dan pendidikan Melayu.

Menurut sebuah blog, hampir semua perwakilan berasa kecewa dengan pemimpin dan parti politik Melayu yang dikatakan tidak mahu mendengar rintihan dan buah fikiran para cendiakawan, penjaja, ahli perniagaan berbeza dengan pemimpin dan parti politik kaum lain. Satu daripada sifat kepimpinan yang terpuji adalah bersedia untuk mendengar.




Lantas, setelah tiga hari berkongres, apakah yang terkini dan terbarunya dalam piagam, tuntutan dan ikrar sebagai resolusi KPM?



Jawabannnya, MELAYU MUDAH LUPA!

Selama ini kebanyakan NGO seperti GAPENA lebih mengampu dari menegakkan yang hak. Mereka dibiayai oleh UMNO yang serakah berkuasa. Pernahkah mereka menegur dengan lantang kerakusan dan penyelewengan pemimpin UMNO?

Selepas pilhanraya apabila UMNO kehilangan banyak kerusi (tetapi masih memerintah) walau pilihanraya tidak telus, bersih dan terbuka, barulah konon-konon mahu mempertahankan KETUANAN Melayu.

Gapena yang diketuai seorang manusia sejak penubuhannya, telah ke serata dunia dengan menghabiskan masa, wang dan tenaga mencari Melayu diaspora......dalam keadaan sekarang, sebaiknya ialah merangka strategi baru untuk lebih meramaikan Melayu diaspora yang boleh menguatkan rangkaian bisnes, sosial mahupun sastera Melayu global.


Apapun, kita baca berita mengenai KPM ini dengan minda terbuka kerana 50 tahun lagi mungkin ada kongres yang sama.


Resolusi rangkumi tiga aspek utama Kongres Permuafakatan Melayu
04/05/2008 4:52pm
JOHOR BAHRU 4 Mei - Kongres Permuafakatan Melayu yang berakhir di sini hari ini, membuat resolusi yang merangkumi tiga perkara utama iaitu piagam, tuntutan dan ikrar.
Resolusi berkaitan piagam merangkumi sembilan rukun perjuangan utama, antaranya menjunjung kedaulatan dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri sebagai muktamad dan sahih tentang kewujudan bangsa dan Persekutuan Malaysia.
Selain itu, ia juga meliputi prinsip perjuangan mempertahankan kemuliaan dan kesucian Islam sebagai agama Persekutuan; menjaga, memelihara dan mempertahankan institusi raja-raja Melayu dan kedaulatannya sebagai tonggak kewujudan Persekutuan Malaysia dan menegaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang berfungsi sebagai saluran komunikasi untuk menyatupadukan rakyat.
Tuntutan pula merangkumi aspek Perlembagaan, politik, ekonomi, Islam, Bahasa Melayu, pendidikan, sosial dan budaya.
Intipati tuntutan itu antara lain mempertahankan hak, keistimewaan dan kedudukan bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, memohon Majlis Raja-raja Melayu menyempurnakan tugas, tanggungjawab dan obligasi untuk memelihara dan mempertahankan seluruh kedaulatan Melayu dan menuntut pelaksanaan keadilan sosial dan kesaksamaan pengagihan kekayaan negara bagi semua warganegara seperti yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Resolusi terakhir adalah seluruh bangsa Melayu berikrar akan menguatkan iman, meneguhkan tekad dan menggunakan pendekatan strategik untuk mencapai matlamat 'Kedaulatan Melayu Paksi Kewujudan Bangsa'.
Dalam pada itu, kongres juga sebulat suara bersetuju menubuhkan Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM) dan sekretariatnya bagi tujuan pelaksanaan semua tuntutan, pertahanan dan pengisian kedaulatan Melayu di negara ini.

3 comments:

pakpayne said...

Ketuanan versus Keusahawanan
Kedaulatan versus kewibawaan

I just prefer the second words better!!

And, to be told 'well done' is much better than 'well said!'.

Nampaknya, kongress2 melayu ni masih di tahap 'WELL SAID!'.

Pakpayne.

ummuhanissa said...

Nasib baik tak cium keris...simbol kepahlawanan melayu.

Teh O Ais Limau said...

sekarang ni nak bagi komen kne hati-hati...nt kne cas under sedition act...haha..
melayu dilaungkan islam mcm mne?
nt malaikat tye ape agama kmu?
jwb la 'melayu' wahai Gapena.