Tuesday, April 01, 2008

Surat Mufti Perlis ke TV3


Berikut merupakan kenyataan mufti perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin yang telah difakskan ke TV3


Surat berleter-head Jabatan Mufti Perlis ke TV3.


27hb. Mac 2008


Penerbit Buletin Utama TV3,
Sri Pentas
No.3 Persiaran Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan


Assalamualaikum wbt
Tuan,


KEPERLUAN BERITA YANG SAHIH LAGI BERSIH DARI SEBARANG PROVOKASI


Islam menuntut agar setiap insan bersifat adil dalam semua perkara. Kebencian, tidak puas hati dan permusuhan ke atas seseorang, atau sesuatu golongan tidaklah membolehkan kita membuat laporan yang tidak adil terhadap mereka. Firman Allah dalam Surah al-Maidah:8:(maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadapsesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan".


Dalam suasana negara sedang mengharungi kerencaman aliran politik dan pemikiran pada mutakhir ini, saya mengharapkan agar sumber-sumber berita sama ada TV, atau internet, akhbar dan seumpamanya bersifat adil dalam menyiarkan sesuatu berita. Sampaikanlah berita yang benar sekalipun mengenai pihak yang berbeza aliran dengan kita. Jauhi unsur-unsurprasangka dan provokatif. Janganlah kita mengulas secara negatif setiap berita pihak yang kita tidak bersetuju dengannya. Biarlah rakyat yang matang membuat penilaian setelah mendapat maklumat yang sahih. Jika tidak, para penyiar akan menjadi sumber fasik yang membawa berita bohong, atau melaga-lagakan antara manusia.


Sifat amanah dan telus dalam penyiaran berita adalah dituntut oleh agama dan menjadikan penyiarnya itu lebih berwibawa, dihormati dan mendapatkepercayaan umum.


Sekian,


DR. MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN

Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

8 comments:

jingoza said...

SYABAS DOKTOR TAPI TV3SUKU MUNGKIN PEKAK GAJAH ! DAH TULI & BUTA MATA HATI !

AC said...

aku tak lagi menengok berita tv3

rastom said...

Tuan Hj Fudzail, kita ni dah lama kerja dalam media dan tau apa benda yang patut disiarkan, tak payah nanti mufti Perlis cakap kan. Patut dah lama dia cakap dan tuntut dengan apa saja cara untuk menegakkan apa yang dia kata, tapi nampak usul dia ni macam melepaskan batuk ditangga saja.
halwaromantis

S.Amar said...

Baguihla kalau Mufti dah cakap macam tu. Saya sokong.

Cumanya, awat tak cakap sebelum pilihanraya dulu?

Nampak macam nak tumpang semangkuk je....

mamu said...

Ini satu perkembangan baik. Jangan lupa Perlis maseh dibawah BN..jadi tak mungkin ada mangkuk yang boleh ditumpang bila dia buat macamni.

Ada berapa mufti di Malaysia dan berapa yang mau buat macam ni?

tbsbidayuh said...

TV3, TV1, TV2 dan semua berita Kerajaan memang begini. Saya kadang kadang saja tengok berita ni. Pasal kebanyakannya menghasut sesuatu pihak. Pendek kata mereka tak tahu Sedition Act. Dok hamtam keromo je cakap.

Mr Sam said...

TV3 ini adalah "mouth piece ad hoc" pada UMNO, saya kesal dengan hujah prof yg memberi pendapat di malam kiraan undi pada 8 March yg lalu, bertalu-talunya dia berkata tentang fitnah yang mengaitkan kononnya orang Cina adalah "anti UMNO" dgn hakikat ambang kalah parti BN malam itu, ini menunjuk kan betapa padahnya mentaliti Feudalisma di dalam parti BN/UMNO dgn prof itu, tahukah dia yg pada malam itupun banyak Rakyat sudah tahu yg orang Melayu yg secara am nya dibawah umor 50 tahun telah sepakat mengundi part pembangkang atas sebab sentiment Keadilan? Berlainan pula dgn Abang Bernama yg intelligent itu di TV1, saya respect dia sebagai cendiakawan berkaliber yg patut ahli politic BN/UMNO contoi, yakni, part BN/UMNO tiada konsep apa-apa dgn tamaadun dan falsafah, berilah laluan kepada kemajuan Rakyat dan negara saya merayu.

Choong

HUSSEIN said...

Datuk Mufti,

Sepatutnya surat itu tidak semsetinya kepad TV3 tetapi kepada semua pihak baik RTM, Tuan Punya Blog, Akhbar Harakah, Roket, dan semua media yang terus membuat prasangka buruk antara satu dengan yang lain. Dah jadi budaya orang Malaysia keseluruhannya dan dah berakar umbi, amat sukar untuk diubah perspeksi begini.

Wallahua'lam

HambaAllah