Tuesday, April 22, 2008

Langkah Pertama Professional Malaysia di Dubai

Sabtu lepas (19 April 2008) telah berlangsung pertemuan pertama profesional Malaysia di UAE di bawah payung myUAE PRO. Seramai 70 orang yang hadir termasuk Konsul Besar.

Pertemuan tersebut berlangsung di pejabat Konsulat dan Matrade Dubai.

Gambar boleh di capai di sini, sini, sini. Baca lapuran dan berita.

Dengan bertambahnya warga profesional Malaysia di UAE (dikatakan melebihi 4 ribu) yang datang untuk mencari rezeki disamping menambahkan pengalaman dalam merebut peluang kerjaya yang melimpah, sememangnya myUAE PRO amat diperlukan.

Ramai yang baru tiba dan memerlukan bantuan dari orang-orang lama yang kebanyakan memang meneruskan budaya bantu-membantu. Memang bila jauh diperantauan, permuafakatan sesama rakyat Malaysia lebih terasa dan mesra.

Jalinan muhibah yang tidak superfisial kerana warga Malaysia adalah minoriti dalam lautan warga ekspatriat yang memenuhi UAE. Hanya 20 peratus adalah bumiputera UAE yaitu Emirati. Cabaran dalam keadaan sebegini menjadikan kekuatan brand 'Malaysia' terserlah.

myUAE PRO bersifat non-political dan NGO dengan prioriti utama menjadi wadah untuk warga profesional Malaysia bergerak sebagai satu persatuan sosial. Ianya bermula dari yahoogroup Malaysian-UAE yang saya peloporkan dan menjadi 'persatuan siber' komuniti Malaysia di UAE yang tidak rasmi sejak tahun 2000.

Kemudian bersama lima lagi warga profesional, Hasnol, Affandy, Ariffin, Nik FakhrulAnwar dan Khairul Affandy, menganjurkan beberapa aktiviti termasuk myUAE Times.

Pada AJK 2008/9 myUAE PRO, selamat menjalankan tugas yang diamanahkan!

No comments: