Tuesday, April 22, 2008

Dubai - Hujan Emas Dan Hujan Batu



Seorang sahabat Emirati yang bertugas sebagai pegawai protokol di pejabat bertanya mengenai cuti di Malaysia. Sahabat ini adalah salah seorang teman sepermainan Putera Mahkota Dubai dan beliau nampak serius mengenai percutian di Malaysia.
Saya sudah menjadi 'pegawai promosi' pelancungan Malaysia sejak awal 2000. Walau apapun perspektif politik, kebanggaan terhadap negara sendiri tidak pudar.
Sahabat ini sudah menjelajah dunia tetapi masih belum ke Malaysia dan tahun ini beliau akan mendarat di KLIA bersama ratusan ribu pelancung Arab lain.
Menjelang musim panas, boleh dikatakan semua, sama ada Emirati atau ekspatriat sudah atau mula merancang untuk bercuti. Dengan suhu yang semakin naik dan humiditi yang tinggi, majoriti ekspatriat tentunya mahu pulang bercuti di tanahair masing-masing, manakala Emirati dan sebahagian ekspatriat lain mahu makan angin.

Lapangan Terbang Dubai yang sentiasa sesak akan lebih sesak sepanjang musim panas. Dubai juga bijak dalam memastikan bilik-bilik hotel tidak kosong dengan menganjurkan Dubai Summer Surprises yang menyaksikan musim panas di gurun lebih meriah. Berpusu-pusu pelancung datang ke Dubai walau suhu boleh mencecah 50 darjah.
Sememangnya Malaysia adalah destinasi popular untuk warga Arab dan ekspatriat di Timur Tengah. Semakin banyak penerbangan untuk menampung permintaan dan tentunya harga tiket juga tidak semurah dahulu, seperti juga pelbagai harga barangan dan sewa rumah yang melambung.
Dengan inflasi dan penurunan nilai USD dimana Dirham ditambatkan kepada USD, cabaran besar buat ekspatriat yang datang kerana wang. Tetapi dari bancian terbaru, 42% ekspatriat mengatakan mereka tidak dapat menyimpan apa-apa dalam keadaan sekarang. Semuanya pendapatan dibelanjakan untuk menampung kehidupan.

Lebih memeranjatkan:-
  • 17% dari ekspatriat menanggung hutang
  • 28% menghantar keluarga pulang (3 kali tinggi dafri 2006)
  • 45% berpindah rumah kerana sewa yang meningkat (kenaikan 14% berbanding 2006)

Begitupun kebanyakan berpendapat yang pekerjaan mereka masih terjamin. 16 peratus Arab ekspatriat menjangka akan meninggalkan UAE dalam 5 hingga 6 tahun lagi, manakala 14 ekspatriat Asia (bermaksud India/Pakistan) mahu menetap dalam 3 hingga 4 tahun. Ekspatriat Barat pula hanya mahu menetap tidak lebih dari 3 tahun.
Bagaimana dengan ekspatriat Malaysia?
Bagi saya pula sedang berkira-kira untuk 'take a break' dari Dubai dengan berhijrah ke Eropah atau Canada. Kalau ada rezeki hujung tahun.
Kalau tidak, setahun lagi di Dubai mengumpulkan dana pencen!

8 comments:

Zawi said...

Fudzail,
Anak saya sedang berangan-angan untuk berpindah ke Emirate Airlines atau Eijtihad Airways kerana khabarnya gaji amat lumayan sebagai Pilot. Saya kurang setuju kerana akan tiba masanya apa bila panggilan pulang akan menyebabkan dia ingin kembali bekerja di tanah air pula di hari muka. Apa pandangan saudara?

fudzail said...

Salam Sdr Zawi
Jutaan terimakasih kerana banyak memberi komen bernas. Appreciate it.
Saya bersetuju dengan anak sdr, baik sekali untuk berpindah ke Emirates atau Etihad, bukan sahaja gaji yang lumayan tetapi juga waktu bekerja yang jauh lebih baik, seperti yang dimaklumkan oleh kawan-kawan pilot di sini.
Malah Etihad dikatakan mempunyai ramai pilot Melayu!
Kita boleh menyumbang secara lain untuk tanah air, tidak semestinya bekerja di tanahair.
Sekali lagi, saya bersetuju dengan hajat anak sdr, kita ramaikan profesional Msia di UAE!

pakpayne said...

Enci Fudzail...minta laluan...

pak zawi...:-),

boleh lah minta anak pakzawi hubungi kami di myuae-pro jika ada apa2 soalan mengenai berhijrah ke dubai, melalui

myuaepro@yahoo.com.

pakpayne

Zawi said...

Fudzail and Pakpayne,
Thanks for the info. I will tell him the minute he comes back from Auckland. I guess we are holding him back for our own selfish reason, to keep him and his faily closer to us. High time he sials the high seas or in his case fly the limitless skies.

Nor said...

Canada is beautiful and cozy place to stay, cool all year long..no racist issue and everybody lives in harmony. Nasir, my hubby, ada cousin married to a Canadian..Now dah duduk kat Vancouver.Yang bestnyer bole pergi jazz festival every year in Montreal...itu nasir yang cakap...Kalau ada can we all pun nak settle in Canada..hope so.

norahshakir said...

salam bro fudzail,
saya dan suami selalu juga ke dubai utk berduti. dubai pada waktu mlm memang sgt cantik dan bersih. cuma kadang2 driver cab sgt sombong dan rude. tapi tidak semua begitu. anyway tempat yg paling saya enjoy sekali di wild wadi water park. walaupun agak mahal dan cuaca panas tapi kami sgt enjoy... hopely bila dtg ke dubai dapat berkenalan dgn bro sekeluarga... salam

fudzail said...

Salam Norahshakir
Why not....dubai sekarang sudah panas, hari ini lebih 40 darjah, pakai air cond full blast!

norahshakir said...

bagi detail contact number and email pada saya di norahshakir@gmail.com