Sunday, April 20, 2008

Dr M Terbang jumpa Fidel Castro

Dr. M transit di Manchester

Seorang rakan black 14 merakamkan pertemuan dengan Dr. M sewaktu transit (ambil minyak) di Manchester dalam perjalanan ke Cuba, untuk jumpa Fidel Castro.
Baca di sini.
Sementara itu Huzair Sulaiman menulis di STAR mengenai 'Mahathir Years'.
Kali pertama saya bertemu Dr. M apabila dia membuat lawatan rasmi ke New Zealand dalam tahun 1984. Kemudian dia merasmikan bangunan operasi Sri Pentas TV3.
Tahun 2002, beliau mengadakan lawatan rasmi ke Dubai Internet City (DIC) dan saya menjadi pengendali lawatan bagi pihak DIC. Tetapi saya enggan bertemu dengan beliau kerana masih marah membara dengan apa yang dilakukannya semasa era reformasi.
Ketika ini dalam usia yang semakin tersisa, Dr. M menjadi pengkritik no. 1 Pak Lah dan masih tidak mahu melihat Anwar sebagai PM.
Mungkin pertemuan Dr. M dengan Fidel Castro antara yang terakhir buat dua diktator, tidak pasti siapa yang akan dahulu meninggalkan dunia fana (termasuk kita...). Yang pasti, sama ada anda benci atau suka pada keduanya, mereka sudah menjadi lagenda.
Bagaimana dengan Mugabe, Dr. M? Tidak mahu melawat kawan baik yang juga dalam keadaan nazak usia politiknya?

3 comments:

Zawi said...

Biarlah dia menikmati sisa sisa hidup ini. Beliau juga ada meninggalkan jasa disamping dosa kepada rakyat Malaysia. Semoga Allah akan memeberi beliau petunjuk kejalan yang benar.

Letting the time pass me by said...

Mana ade orang yang perfect.. Semua ade kesalahannya...

Maybe bagus kalau semua orang doa supaya Malaysia dapat PM macam Umar Abdul Aziz....

Semua pemimpin buat apa yang patut mereka buat... TDM mungkin ade kekurangan dan decision yang agak berat sebelah, tapi dia juga berdepan dengan risiko-risiko lain.

Kita mungkin rasa TDM sudah tua, tetapi umur nie tak kenal usia. Kelapa muda pun boleh gugur dulu sebelum kelapa tua......

adamckteh said...

Enggan sama enggan, pipit sama pipit. (Birds of same feather flocked together.)