Tuesday, April 08, 2008

BN Tawan Balik Perak Dalam Beberapa Bulan Lagi


Menurut sebuah laman web pro-UMNO, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, bekas MB Selangor yang ada dua Muhammad dalam namanya memperkatakan dengan kemungkinan besar BN akan menguasai semula BN tanpa menanti pilihanraya umum ke 13.

Mat Tyson berkaya demikian semasa mengadakan pertemuan dengan Ketua UMNO Bahagian seluruh Perak dan pegawai-pegawai KEMAS negeri itu hari Ahad di Sungai Siput.

Ini berdasarkan berdasarkan beberapa perkembangan dan faktor semasa termasuk kerapuhan kerjasama pakatan pembangkang yang memerintah Perak.

Dengan keadaan sekarang dimana UMNO masih dalam pertelingkahan antara pemimpin, juga penuduhan Pak Lah yang ahli UMNO memsabotaj parti sendiri, tidak pasti kenyataan Mat Tyson merupakan perang saraf atau strategi menyatukan kembali UMNO yang tiba-tiba kehilangan kuasa.

Laman berita tersebut juga menyebut yang Mat Tyson sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah turut menyentuh mengenai peranan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang katanya akan dirombak agar pendekatan serta operasinya sesuai dengan realiti semasa negara pasca pilihan raya umum yang menyaksikan beberapa negeri yang dahului dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kini jatuh ke tangan parti-parti pembangkang.

Mat Tyson turut menjelaskan pentingnya masyarakat didedahkan dengan perkembangan teknologi maklumat ekoran penyebaran maklumat dan berita melalui media yang disiarkan melalui internet seperti laman berita dan blog.

Nampaknya, blog sudah menjadi sebahagian dari senjata dan strategi UMNO untuk kembali berkuasa walau terus menutup ruang media perdana kepada Pakatan Rakyat.

Tidak lama lagi kita mungkin dapat melihat pelbagai blog orang-orang KEMAS akan muncul bagai cendawan dalam Internet. Diharapkan juga laman web KEMAS juga akan lebih kemas dan selalu dikemaskinikan.

Apakah Mat Tyson juga akan menjejak langkah Anak Toyo, Shahidan Kassim dan Ali Ketam sebagai seorang BLOGGER?

Semuanya mungkin!

1 comment:

Zawi said...

Walaupun pun bloggers dipanggil berok, masih juga mereka ingin menjadi berok. Glamournya jadi berok.
Kemas tak pernah kemas dan tak akan kemas. Mampukah Mat Tyson mengubahkan Kemas menjadi sebuah agensi yang bermunafaat? Sukar di percayaai seperti mana sukarnya dipercayaai kemungkinan BN akanmenawan kembali Negeri Perak. Tapi harus ingat BN mempunyai wang berbillion untuk membeli mana mana Ahli Parlimen yang kurang ketabahan diri dan maruah. Tiada yang mustahil.