Sunday, April 27, 2008

Antara Dua Akhbar Mingguan Kepunyaan UMNO

Mingguan Malaysia membesarkan berita sensasi perkahwinan artis. Seakan begitu penting sekali untuk tatapan rakyat terutama bangsa Melayu yang dikatakan oleh pemimpin UMNO dalam krisis ketuanan yang hilang.
Membaca lapuran mengenai 'monorel tidak jadi?' membayangkan yang kerajaan pusat memang berniat negatif. Apakah tidak mungkin kerjasama diberikan oleh kerajaan negeri untuk faedah rakyat. Mungkin yang tersirat, tiada lagi habuan untuk pemimpin UMNO/BN dalam projek seperti monorel ini sekiranya dibawah selian kerajaan negeri dibawah PR.




Manakala Berita Minggu lebih rasional dan nampak lebih matang dengan memaparkan krisis makanan dunia. Tentunya jauh lebih penting dari dua artis yang tidak dikenali berkahwin.

Kedua-duanya kepunyaan UMNO, parti yang sedang juga dalam krisis kepimpinan. Dimanakah prioriti dua media perdana yang masih bertahan hanya kerana tiada lesen akhbar baru diberikan untuk pasaran nasional dalam bahasa Melayu.
Selain itu isu keris dan maruah Melayu menjadi paparan Berita Minggu. Manakala Mingguan Malaysia nampaknya tidak begitu peduli dengan 'Maruah Melayu' yang diulas Timbalan Presiden UMNO sendiri. Mungkin Najib tidak lagi masuk dalam geng pemimpin yang boleh ditonjolkan dan artis kahwin lebih penting.

(Ini tidak kena mengena dengan cerpen saya keluar dalam Berita Minggu hari ini...di sini)

No comments: