Sunday, April 20, 2008

Antara Blog 2 Mantan MB Selangor

Tan Sri dan Datuk Sri yang keduanya mantan MB Selangor sudah melangkah ke alam blogging.

Satu perkembangan menarik kerana perbedaan usia dan status masa kini. Tan Sri kembali ke persada politik melalui tiket senator dan menjadi menteri pusat serta ketua penerangan parti terbesar melayu.

Tan Sri Mat Tyson ini pernah didakwa di Brisbane kerana membawa duit berjuta dalam guni dan mengaku di mahkamah tidak boleh berbahasa Inggeris. Juga melarikan puteri raja untuk dinikahkan di Golok.

Kalau dari segi melihat tarikh lupus, sepatutnya beliau sudah pencen sahaja dari politik. Tetapi Pak Lah memerlukan khidmat beliau untuk mencepatkan kepupusan parti yang didokong. Maka Tan Sri sanggup bermatian mempertahankan Pak Lah.

Manakala Datuk Seri yang meluluskan projek ternak babi besar-besaran kemudian menafikannya kini menjadi ketua pembangkang di DUN Selangor. Selain mahu kembali menjadi doktor gigi dan orang biasa. Nampak awet muda dengan khasiat tempe.

Datuk Seri ini kini lantang menempelak Pak Lah dan mahukan peralihan kuasa di segerakan di peringkat pimpinan tinggi. Suara protes sebegini sudah semakin kerap dan bengit di dengar di mana-mana, Datuk Seri mungkin mengikut arus untuk survival.

Begitulah nasib manusia. Yang penting mereka sudah sama berblog setelah tsunami pilihanraya menenggelamkan parti mereka di Selangor.

Mungkin kita dapat mengenal mereka secara lebih dekat melalui blog masing-masing. Tak kenal maka tak cinta...bila dah kenal blog makan jatuh cinta....

(Harap Tan Seri tidaklah 'outsourced' kan blog sebab ada tersebut 'beliau' bukan 'saya'! Opps, sudah dibetulkan...tetapi Tan Sri ada banyak masakah untuk menjawab komen?)

2 comments:

Zawi said...

Hopefully they both don't get whacked up like their Malaccan counterpart did and later delete and disabled all comments.
They must learn up things first before jumping into something new.

wanrosaini said...

Pemimpin besar seperti kedua mantan MB S'ngor sebenarnya mempunyai kulit muka yang amat tebal. Atau mungkin kebal kerana sikap hipokrit yang teramat ketara tetapi hakikatnya ialah pemimpin tegar seperti mereka perjuangkan perut masing masing dan bernafsu besar. Blog mereka sekadar mencerminkan penyakit gila babi dan bila berblog pun terus membabi buta!