Wednesday, April 02, 2008

Andainya Pak Lah Pergi Dulu Sebelum UMNO

Menurut Bernama, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Rabu menafikan spekulasi yang beliau akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Abdullah mengulangi pendiriannya yang beliau tidak akan lari daripada tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri.
"Saya masih di sini. Saya masih di sini. Saya masih di sini. Mereka semua membuat spekulasi. Saya larilah. Saya letak jawatan. Kenapa perlu saya letak jawatan!"
Pak Lah tidak perlu lari. Hanya tunggu untuk dijatuhkan. Resipi UMNO untuk dikuburkan semakin terserlah hari ke hari. Manusia merancang tetapi Allah jua yang Maha Mengetahui.
Bak kata Hishamudin Rais dalam kolumnya di Malaysiakini;

Semua ini tidak jauh bezanya daripada apa yang terjadi kepada United Malays National Organisation. Parti yang didukung dan disokong oleh kuasa kolonial British ini, selama 50 tahun, telah menjadi begitu merosot sekali. Kalau di USSR, parti yang dipimpin oleh Gorby sekurang-kurangnya cuba bersandar dengan teori an falsafah Marxisme dan Leninisme.

Bayangkan betapa merosotnya United Malays National Organisation yang tidak memiliki apa-apa ideologi atau garis politik yang tepat. Beberapa ketika parti ini mengakui menjadi parti nasionalis. Tiga empat hari kemudian menjadi globalis dan sebulan kemudian menjadi parti Islam pula. Kemudian menjadi parti Melayu kembali. Parti ini semakin tidak tentu hala tujuan.

Pada April tahun ini, ahli-ahli United Malays National Organisation sedang melihat bagaimana telah terlucutnya kuasa politik dan kuasa ekonomi (baca: rasuah) mereka yang selama 50 tahun ini dianggap harta turun-temurun pusaka datuk nenek moyang mereka. Hasilnya, suara-suara menuntut Abdullah meletakkan jawatan semakin lantang kedengaran. Suara-suara siapakah ini?

Baca seterusnya di sini.
Ada baiknya, Pak Lah yang terus mencari Ghazali dan Shafie pergi sahaja menemui Ghazali Shafie sambil menyanyi lagu hit Alleycats. Berdendang bersama isteri tersayang di hari-hari terakhir beradu romantis di Sri Perdana.
Semakin ramai yang berteriak meminta Pak Lah berundur dan pergi jauh-jauh. Suara-suara yang tidak boleh lagi dipendamkan oleh media perdana.
Untuk Pak Lah, lagu ini buat hiburan.

Andainya aku pergi dulu sebelum UMNO
Janganlah Jeanne meninggalkanku
Andainya aku tiada lagi di Sri Perdana
Janganlah Anwar jadi pengganti

Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa pilihanraya 2004
Cemerlang, Gemilang, Terbilang
Di waktu berkuasa temberang

Andainya UMNO pergi dulu sebelumku
Menantu kroni akan melarat
Andainya UMNO tiada lagi di dunia
Tentunya Melayu lebih hebat

Ku percaya UMNO sudah semput
Goyang kelam kabut
Bila-bila UMNO boleh terkubur
Nasi sudah jadi bubur

Sebelum pilihanraya rakyat dicabar
Bulan, roket dan mata bersinar
Berguguran keris jatuh terpelanting ke bumi
Rakyat meraikan kemenangan

Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku pastikan UMNO terjun sekali



2 comments:

Khairul H. said...

Timakaseh! :)

Idea said...

www.politictoday.com said
rasanya paklah dah tak lama...kalau bulan 6 ni tak letak jawatan tu kire bertuah Paklah dan KJ...