Wednesday, March 05, 2008

Warkah Untuk Perdana Menteri


telah khianat menakluki daerah
telah sumpah menjadi sampah
bertaburan bersama palsu janji-janji
menutup ruang gerhana persepsi
demi sumbang survival kabilah paklah
bertahan menutup gegaran musibah
dari gempita kebangkitan keramat
bergemuruh suara rakyat



masih angkuh berdiri dalam kecemasan
masih bongkak bercakap dalam pembohongan
menghidang racun dalam kemanisan
mengumpan karun dalam kekalutan
strategi drakonian memakan diri
perancangan semakin tidak menjadi
kerana yang bodoh itu bukan kami
yang pandai itu bukan kamu pencuri


telah terasa tewas sebelum berlawan
telah langkah terperangkap dalam impian
dan perdana menteri, lakukanlah apa saja
dunia ini kamu, anak, menantu dan kroni yang punya
demi kemenangan dua pertiga
demi serakah nafsu gila
biar tergadai satu negara
demi bobrok warisan dan lagenda!

Fudzail
Dubai, UAE
5 Mac 2008

No comments: