Terbaca satu posting di sebuah blog sahabat yang juga wartawan dari stesen penyiaran perdana, serta ahli UMNO yang aktif di peringkat cawangan di Selangor dan adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mengenai perkara di atas.Selain itu seorang lagi exco DAP, Ronnie Liu yang memegang portfolio Kerajaan Tempatan mahu PBT di bandar-bandar seperti Majlis Perbandaran Subang Jaya,
(MPSJ) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) diterajui kalangan masyarakat Cina.Pentadbiran PBT itu juga dikatakan secara perlahan-lahan akan menghapuskan fungsi Jawatan Kuasa Penduduk (JKP) dan Jawatakan Kuasa Kerja Kampung (JKKK) yang dianggotai pemimpin politik akar umbi BN. Jawatankuasa baru kemungkinan akan dilantik dikalangan pemimpin PKR, DAP dan PAS.
Namun bagi jentera BN, semua jawatankuasa lama itu masih dikekalkan secara tersembunyi dan akan diserap di bawah kementerian yang diterajui menteri kabinet dari Selangor.
Anggota JKP akan diserap di bawah agensi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala JKKK akan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.
Dan bagi melaksanakan misi menawan semula Selangor, satu-satunya calon BN yang memenangi kerusi DUN di kawasan bandar yang kini dilantik sebagai Timbalan Ketua Pembangkang, dikatakan akan dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di bawah Kementerian Kerja Raya.

Dengan strategi BN untuk menakluki Selangor sudah terbuka di bawah Mat Tyson, nampaknya lebih mudah untuk BR mengekalkan kuasa.
Bagaimana pula dengan pengurusan masjid-masjid? Sultan Selangor ada memberi amaran mengenai hanya mereka yang baginda tauliahkan sahaja dibenarkan berceramah. Apakah mereka yang pernah diharamkan berceramah oleh anak Toyo boleh kembali mencerahkan minda para ahli kariah masjid?
Melihat keadaan semasa terutama kemelut politik tanahair, bukan sahaja zaman Mat Tyson yang sudah beruban sepenuhnya sudah berlalu dan ketinggalan, UMNO dan BN juga sedang melalui zaman kejatuhan.
Tiadakah pemimpin baru yang lebih BERSIH dan profesional dikalangan ahli UMNO yang masih mahu jadi pemimpin? Nampak kehebatan MB baru Perak, berbanding Mat Tyson atau anak Toyo.
Begitupun, ini adalah masa untuk bekerja bagi kerajaan baru Selangor.
Star membuat interviu dengan MB baru di sini.
1 comment:
What can he do?!He can't even understand notices in English.That's how he pleaded when brought before the Australian Court.
Post a Comment