Thursday, March 06, 2008

Pegawai SPR akan disaman RM10 juta oleh Zulkifli Noordin

SUSULAN DARI BERITA SUARA KEADILAN
Zulkifli Noordin sedang mendahului 65%, SPR cuba batalkan
SETAKAT semalam (6 Mac) calon KeADILan untuk Parlimen Kulim, Zulkifli Noordin sedang mendahului calon BN dengan peratusan 65%. Begitulah maklumat yang diperolehi dari sumber daripada Jabatan Peguam Negara. Menurut sumber itu yang menghubungi Suara Keadilan, maklumat tersebut dinyatakan sendiri oleh Pengerusi SPR Abdul Rashid Abdul Rahman yang mengadakan mesyuarat tergempar di Pejabat Peguam Negara petang semalam.
Menurut beliau, Rashid menyatakan kenaikan mendadak undi kepada Zulkifli ialah kerana hilangnya kepercayaan orang ramai kepada BN selepas SPR diarah menarik balik penggunaan dakwat kekal kepada pengundi. Ini ditambah lagi dengan kenyataan Dewan Perhimpunan Cina Selangor yang meminta pengundi Cina tidak mengundi calon BN, Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang pernah mengugut untuk membakar dewan itu.
Kerana itu, menurut sumber tersebut, mesyuarat tergempar semalam diadakan kerana Rashid ingin meminta nasihat dari Peguam Negara, Gani Patail untuk membatalkan kelayakan Zulkifli dari segi undang-undang kerana dikatakan tidak menjelaskan penyata kewangan pilihanraya sebelum ini. "Tanpa pembatalan ini, kerusi Kulim sudah tentu akan jatuh ke tangan
calon KeADILan," begitu keluh Rashid menurut sumber yang tidak mahu namanya disiarkan itu.
Apabila dihubungi, Zulkifli, seorang peguam menafikan beliau tidak mengemukakan penyata kewangan seperti yang didakwa. "Saya mempunyai bukti termasuk keterangan dari pengurus kempen saya untuk membuktikan penyata kewangan itu telah dikemukakan."
STATEMENT TO STAR NEWSPAPER
DAN MUTAKHIR DI SINI

3 comments:

wisdom above said...

You will win the RM10 million Civil suit against SPR .

Keep the heat up.

Syabas. Barisan Rakyat.

yoonglim said...

Visit Malaysianz.com

malaysian polictical portal

Nor said...

Abang...adek....same jer....nak menang FREE.......Anak2 pak sheikh ni low IQ bro...kesian...wayar otak dah putus...dari dulu,kini dan selamanya..kesian orang kulim kalau manusia terencat ni masih kat situ...ta'uk depa jauh2 bro..buat semak bumi Kulim...