Tuesday, March 25, 2008

Negeri-Negeri Malaysia Tidak Bersekutu


Dari sejarah Malaysia:-

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah sekumpulan lima buah Negeri-Negeri
Melayu
. Negeri-negeri itu ialah:
Johor
Terengganu
Kelantan
Kedah
Perlis
Kumpulan ini tidak menggambarkan negeri-negeri berikut sebagai satu entiti tetapi hanyalah sebagai satu terma untuk menerangkan tentang negeri-negeri
Melayu berkenaan.

Johor menandatangani Perjanjian perlindungan pada tahun 1885 dan akhirnya
tunduk kepada tekanan untuk menerima Penasihat British pada tahun
1904.
Dibawah
Perjanjian Bangkok 1909, Siam (kini Thailand) memindahkan hak-hak mereka terhadap Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis kepada pihak British. Pihak British kemudiannya memaksa negeri-negeri Melayu berkenaan menandatangani perjanjian seperti perjanjian dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Selepas hampir 100 tahun kemudian, pada hari ini selepas pilihanraya umum ke 12, kita mempunyai negeri-negeri Malaysia yang tidak bersekutu, bukan dengan British tetapi BN!
Lima negeri kita bertukar tangan.
Kelantan
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Selangor



Lalu berita ini amat menarik:-

Pakatan 5 negeri bentuk dimensi baru politik Malaysia
Lanjusoh Tue Mar 25,
08 11:36:07 am MYT
KOTA BHARU, 25 Mac (Hrkh) - Dimensi baru politik
Malaysia mulai terserlah sekarang selepas rakyat di lima negeri menolak keangkuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Mulai kelihatan pakatan di antara kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor selepas halangan besar di bawah kuasa BN berjaya ditumbangkan.
Selanjutnya di SINI

No comments: