Thursday, March 06, 2008

Lihat, Hantu-Hantu Hadhari Berkeliaran

mereka telah bangkit
kembali dari kubur pertapaan
bagai menyambut hari raya
berbondong-bondong
pelbagai identiti dan nama
berantaikan dacing usang
menuju setiap destinasi terpilih
bersama tuan-tuan mengawal
dan sama-sama meracau
atas nama demokrasi
lihat, mereka berkeliaran
tanpa kelihatan
membawa undi keramat
mandat sebagai madat
kuasa sebagai berhala
itulah kemenangan perjuangan
dulu, kini dan selamanya
temberang demi temberang
ketuanan songsang

hantu-hantu itu
adalah rakyat tanpa wajah
yang menentukan kepimpinan
tuan-tuan yang sasau
barisan hantu-hantu besar
jerangkung
kerajaan hadhari!
Fudzail
Dubai 6 Mac 2008

3 comments:

Athlene said...

Bravo! Sweetest Poem I have read for a long time!!!!

Nor said...

Dok tidoq aja kereja dia ni...itu lah mazhab hadhari...tidoq setiap jam setiap hari....Camna hang nak jumpa imam shafie laguni...Orang dok mengaji, yang hang dok sedap mengeruh sampai kuarq ayaq lioq basi..tu pun ada hati nak memerintah lagi..BOLEH......Boleh Belah!!!

faez said...

kadang kadang ada rasa takut la....sebab si munafik Dollah ngantuk ni terpaksa puja hantu kubur untuk memenangi pilihanraya....
namun kita serah saja pada Allah swt...
moga kemenangan memihak pada PAS, DAP, PKR dan sekutu-sekutunya....