Monday, March 24, 2008

Kerismudin Buat duit dengan Projek F1 di Sekolah?


UPDATE

Benarkah Gosip Ini:

Emel dari Pengirim Tanpa Nama yang Sifu Terima
Puan Ainon,
Sorry I am writing in English. Hope it's ok with you. Thank you for point to the corruption in KPM. You are the first online to to really raise the issue, as far as I can see. The issue is actually very serious. It's worse now than under previous ministers. Dato' Hishammuddin has an undeserved reputation for being clean. In reality every Ministry he takes over shows the same pattern: It becomes a nest of corruption and chaos. The same when he was ini KBS. There too it was BKT who supplied a lot of equipment.
I can confirm that the companies mentioned in the Harakah article below area a cover for BKT, who is a crony of Hishammuddin. BKT has been covered in Malaysia-Today regarding a scandal with AZZ and another with the son of an IGP.
BKT gets to Hisham through Hisham's big spending wife. He gives her lots of expensive gifts. Hisham and wife go on holiday with BKT.
BKT got the F1 deal direct nego'd through Kementerian Pelajaran with the help of a Special Officer of Hisham, TF, who is also member of UMNO Youth's Education Bureau. TF became famous with IT vendors to KPM for demading 15% up front on "projects", claiming it was for his boss or for UMNO. Turned out it all went to his pockets. He was investigated by the ACA last year but Hishammuddin managed to get him off the hook. Otherwise the stories he would be forced to tell would embarrass everyone.
KPM has become extremely corrupt under Hishammuddin. He puts out a clean image but the boys around him are collecting all the time. Thank you for covering this story!

TERDAHULU:

SifuPTS, Puan Ainon Mohd yang juga presiden Universiti Terbuka PTS mendedahkan maklumat yang membuka mata mengenai rasuah dan penyelewengan di Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut Puan Ainon, rasuah dan penyelewengan/penyalahgunaan kuasa menjadi kronik di bawah Hishamudin Hussien atau dikenali juga sebagai Kerismudin.


Imej Kerismudin mengangkat keris untuk mempertahankan ketuanan Melayu setiap kali Perhimpunan Agung UMNO adalah lakunan yang sudah tidak relevan. Biarpun beliau berkali-kali menghunus dan mencium keris sebagai simbol ketuanan, beliau sama membunuh Bahasa Melayu dalam pembelajaran Matematik dan Sains.


Sebagai Ketua Pemuda UMNO, Kerismudin dikatakan sekadar boneka kepada menantu kesayangan Presiden UMNO. Rekod Kerismudin sebagai Menteri Pelajaran adalah sekadar keputusan peperiksaan yang ditonjolkan semakin baik peratusan saban tahun!

Dalam keadaan BN yang semakin lemah dan bila-bila masa sahaja boleh menjadi pembangkang, mungkin Kerismudin sedang berusaha untuk menambah dana melalui projek F1 dan Lego di sekolah!

Kabinet Baru: PTS Kecewa Dato’ Hishamuddin Kekal
KEMENTERIAN PELAJARAN Menteri: Datuk Hishammuddin Tun Hussein Timbalan: Datuk Dr Wee Ka Siong Timbalan: Datuk Razali Ismail
PTS kecewa apabila Pak Lah mengekalkan Dato' Hishamuddin Hussein sebagai menteri pelajaran kerana di bawah pentadbirannya kes rasuah semakin menjadi-jadi di kementerian itu.
Gosip tentang rasuah di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bukan hanya melibatkan projek-projek buku oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), di Bahagian Buku Teks (BBT), dan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK).
Gosip-gosip juga mengatakan rasuah dan penyalahgunaan kuasa berlaku dengan parah sekali di EPRD (Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Pelajaran) kerana bahagian itu yang menguruskan projek-projek pembinaan sekolah-sekolah baru. Dikatakan pegawai-pegawai di bahagian itu dipaksa melantik kontraktor-kontraktor yang ditunjuk oleh orang politik.





F1, LEGO, DEPCO…
Mata pelajaran rekacipta adalah mata pelajaran anak emas Dato' Hishamuddin Tun Hussein, begitulah yang dicakap-cakapkan oleh komuniti orang bisnes tentang banyaknya duit yang dibelanjakan oleh menteri itu khusus bagi mata pelajaran tersebut.
Gosip-gosip yang sedang rancak meniti dari mulut ke mulut mengatakan, menteri itu menentukan syarikat mana mendapat kontrak perbekalan apa untuk mata pelajaran itu. Semua pemilihan produk dan kontrak adalah beliau sendiri yang memilih dengan tidak meminta nasihat daripada pegawai-pegawai di Pusat Perkembangan Kurikulum.
Buat membeli gajet F1, menteri itu meluluskan kontrak RM189 juta secara direct negotiation.
Buat membeli gajet LEGO, menteri itu meluluskan RM151 juta secara direct negotiation.
Tetapi yang paling besar adalah bajet untuk menaik-tarafkan makmal-makmal sekolah dengan membekalkan peralatan produk DEPCO. Jumlah sekolah menengah adalah 2,000 buah. Bajet untuk menaik-tarafkan setiap makmal adalah antara RM1.2 juta - RM1.5 juta. Hanya sebuah syarikat sahaja diberikan kontrak secara direct negotiation.
Kata seorang pegawai, syarikat kontraktor yang mendapat projek membekalkan produk DEPCO itu bukan agen DEPCO sewaktu diberikan kontrak itu oleh kementerian pelajaran.
Diceritakan bagaimana untuk projek naik-taraf makmal itu, sebuah mesin pemotong yang berharga sekitar RM30 ribu tetapi dibekalkan kepada kementerian pada harga RM130 ribu.
Begitulah gosipnya. Kita pun tidak mempunyai bukti-bukti sohih, tetapi bak kata pepatah Melayu, kalau tidak ada angin, masakan banyak pokok bergoyang-goyang.
Sekali lagi, kita menggesa menteri itu supaya mempertahankan nama baiknya dengan meminta BPR datang dan melakukan siasatan bagi membuktikan bahawa semua pemberian kontrak di semua bahagian (BBT, BTP, PPK, EPRD) adalah dilaksanakan dengan mematuhi prosedur yang betul.
Biar ketua pengarah BPR yang membuat kenyataan itu dan meredakan gosip-gosip yang sudah sekian lama kita dengar.

Lagi Gosip Penyalahgunaan Kuasa di KPM: RM151 juta Buat Membeli Gajet LEGO
Gosip. Gosip. Gosip lagi...
Bukan baru hari ini sahaja mulut-mulut komuniti bisnes dan komuniti pendidikan berbuih-buih bercakap tentang pelbagai projek pembelian buku dan bukan-buku yang berlaku di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), yang dikatakan dibuat oleh orang politik dengan tidak dibincangkan terlebih dahulu dengan pakar-pakar pendidikan.
Satu lagi pembelian yang digosipkan itu adalah pembelian produk LEGO. Ya, syarikat pembuat permainan LEGO dari Denmark, negara yang dikaitkan dengan lukisan kartun menghina Nabi Muhammad (bacalah salam untuk beliau, anggota keluarga beliau dan sahabat-sahabat beliau).
Produk LEGO itu adalah untuk digunakan oleh guru-guru bagi mengajarkan mata pelajaran rekacipta di semua sekolah menengah. Menurut yang empunya gosip, RM10 juta sudah dibayarkan kepada kontraktor pembekal pada 2007, manakala RM141 juta lagi akan dikeluarkan tahun 2008 ini.
Menurut gosip yang sedang merebak macam api belukar musim panas itu, baik peruntukan RM189 juta untuk membeli gajet F1 mahupun RM151 juta untuk membeli LEGO, kedua-dua kontrak itu dirundingkan terus (direct negotiation) antara kontraktor dengan menteri, tidak menggunakan sistem tender biasa.
Demikian juga dengan pemilihan produk yang dibeli, menterinya hanya mendengar nasihat daripada agen-agen dan salesman F1 dan LEGO, dengan tidak meminta nasihat pakar-pakar yang ada di kementerian.
Gosip yang kita dengar mengatakan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) tidak pernah memasukkan kedua-dua produk itu dalam kurikulum rekacipta yang digubalnya, oleh itu PPK tidak mempunyai bajet untuk membeli gajet F1 dan LEGO, yang kedua-duanya bernilai RM340 juta. Malah pegawai-pegawai PPK tidak tahu menahu akan pembelian itu sehinggalah diberitahu oleh sumber dari pejabat menteri sendiri.
Nota: Sistem direct negotiation dibenarkan oleh kementerian kewangan bagi membolehkan kontrak diberikan terus kepada syarikat yang 100% dimiliki oleh Bumiputera (baca, UMNOputera). Sistem direct negotiation inilah yang membolehkan korupsi, nepotisme dan kronisme diamalkan dengan efektif.


Kecoh-kecoh Keterlibatan Menteri dalam Projek F1
Mengikut yang empunya cerita, pagi tadi pegawai-pegawai di Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) terkejut membaca berita dalam akhbar The Star tentang ucapan Dato' Hishamuddin Tun Hussein di mana beliau memberitahu bahawa kementeriannya akan menggunakan gajet-gajet F1 untuk mengajarkan mata pelajaran rekacipta di semua sekolah menengah negara ini.
Pegawai-pegawai PPK itu terkejut dan mempersoalkan projek F1 yang diisytiharkan oleh Dato' Hishamuddin itu kerana projek tersebut tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum.
Semakan kurikulum rekacipta telah dibuat dan diluluskan pada tahun 2003. Projek F1 tidak disebut dalam semakan itu.


Kontrak F1 di Kementerian Pelajaran
Baca di sini bagi mengetahui apa itu projek "F1 In School".
Sangat jelas dalam berita yang dilaporkan itu bahawa Hishamuddin Tun Hussein bercakap dengan gaya dia adalah salesman bagi gajet-gajet syarikat F1 itu.
Pada masa ini berbuih-buih mulut komuniti bisnes dan komuniti pendidikan bercakap tentang gosip kononnya sebuah syarikat yang bernama "F1 In School Sdn. Bhd." yang dikaitkan dengan nama seorang bisnesman Cina "Roy Chu", yang akan diberi kontrak RM189 juta oleh menteri pelajaran bagi membekalkan peralatan projek robot F1 itu.
Bagi komuniti pendidikan pula, mereka mempersoalkan mengapa harus mata pelajaran rekacipta diajarkan kepada murid dengan cara mewajibkan mereka merekacipta kereta robot F1 menggunakan gajet-gajet dan sofwer yang akan dibekalkan oleh syarikat "F1 In School Sdn. Bhd." Sedangkan mata pelajaran rekacipta dapat diajarkan menggunakan banyak peralatan lain yang lebih murah dan efektif.

Kementerian Pelajaran dan Gosip Tentang Projek Perbekalan Robot Kereta Lumba F1
Desas-desus tentang deal-deal di kementerian pelajaran bukan dikaitkan dengan projek-projek perbekalan buku sahaja.
Gosip-gosip sedang merebak kencang dari mulut-ke-mulut yang dikaitkan dengan deal-deal bagi projek-projek yang melibatkan ratusan juta ringgit untuk perbekalan mesin, gajet, penaikan taraf makmal dan peralatan makmal bagi mata-mata pelajaran teknikal dan vokasional, di mana setiap kos projek dinaikkan berlipat-lipat ganda harganya.
Antara nama-nama syarikat kontraktor yang disebut-sebut adalah "Khazanraya" Sdn. Bhd., "Formula Satu" Sdn. Bhd., "Jalinraya" Sdn. Bhd., dan "Vitalis Seri" Sdn. Bhd. Digosipkan bahawa 4 buah syarikat itu adalah berkaitan antara satu sama lain dan nama-nama lembaga pengarah Melayunya hanya menjadi muka depan sahaja kepada seorang tokoh bisnesman Cina yang infamous.
Entah betul, entah tidak, kononnya "Formula Satu" Sdn. Bhd. bagi tahun 2006-2007 sudah menerima kontrak bernilai hampir RM80 juta yang melibatkan 300 buah sekolah. Bagi tahun 2008 pula, kontraktor itu akan menerima kontrak bernilai RM189 juta lagi bagi membekalkan robot kereta lumba F1 untuk mata pelajaran rekacipta ke 1,700 buah sekolah menengah lagi.
Macam-macam lagi gosip yang sampai ke telinga kita, semua gosip-gosip itu tidak menyedapkan hati. Yang paling tidak sedap didengar adalah desas-desus kononnya "Formula Satu" Sdn. Bhd. mempunyai hubungan kerjasama yang baik dengan isteri menteri.






2 comments:

Athlene said...

teringat kisah the late Dato' Z Kelang, when the body was about leaving the house, his brother profusely seek apologies from all present for forgiveness..... wonder if these people will ever get the forgiveness from taxpayers?

Sahabat said...

saya rasa betui laaa kabar-kabar angin tu ... sebab seorang sahabat saya di kementerian kewangan pun ada cerita terdapat satu kontrak dari pejabat menteri pelajaran diterima oleh kementerian kewangan untuk kelulusan bernilai hampir RM80 juta dari sebuah syarikat namanya tak silap Zeal untuk membekalkan sistem webtv kepada kementerian pelajaran . ianya secara direct nego . saya tak tahu nak cerita laaa kata kawan tu sistem webtv sampai RM80 betui ke niii .... kalau rtm buat stesen tv baru pun kurang separuh dari jumlah tersebut . tak kan sistem webtv sampai RM80 juta .... ????? ada sape pakar webtv kat sini atau pakar buat stesen tv .... brape kos biasanya ????