Tuesday, March 25, 2008

101 Sebab Mengapa Pak Lah Mesti Terus Jadi PM


  1. Pak Lah masih belum cukup puas tidur dalam majlis atau mesyuarat
  2. Pak Lah masih belum habis melawat tempat-tempat menarik seluruh dunia dengan kaplaterbang peribadi milik rakyat yang baru setahun dibeli
  3. Pak Lah masih belum cukup jam bekerja kerana selalu tiada di pejabat
  4. Bloggers masih perlukan bahan kutukan perdana
  5. Pak Lah baru mahu belajar pasal Internet dan blog untuk pilihanraya akan datang
  6. Belum lagi setahun menjadi pengantin baru dan menyambut ulang tahun di Sri Perdana
  7. SCAM-me masih belum habis mendapat kontrak Petronas
  8. Menantu lelaki masih belum jadi menjadi menteri penuh
  9. Menantu lelaki masih belum puas tinggal di Sri Perdana
  10. Wang Ehsan Trengganu masih banyak lagi belum masuk poket dan kini MB bukan lagi Deris
  11. Patrick Badawi masih belum mulakan PGCC yang tidak pernah diluluskan
  12. Kali Riong masih belum menjadi Tan Sri
  13. Kali Riong masih belum mampu jadi orang biasa
  14. Anuar Pengampu masih belum dapat jual tapak UM
  15. Anuar Pengampu masih belum dapat musnahkan BERNAMA secukupnya
  16. Mantan MB dengan 2 Muhamad masih belum bawa berguni wang ke kampung
  17. Lingam masih belum jadi hakim
  18. Vincent Tan masih belum jadi penasihat ekonomi bertaraf menteri
  19. Banyak koridor baru masih belum di umumkan
  20. Hadhari masih belum setaraf mazhab
  21. Indeks rasuah masih ditahap belum masuk 10 ke bawah dunia
  22. Mahathir masih hidup dan tidak nyanyuk untuk mengutuk pengantinya
  23. Mukhriz masih belum dibuang UMNO
  24. Hanya 5 negeri dibawah pembangkang
  25. Pembangkang masih perlukan punching bag yang sudah mahu pecah





2 comments:

Pewaris Reformasi said...

bila sebut nama Fudzail, segera saya akan sebut Fudzail Waikato. Saya pun tak ingat bila saya melihat tulisan itu, seingat saya selepas SPM 99, mungkin sekitar tahun 2000 sebelum masuk universiti.

sdr Fudzail,

101, ini baru 25..hehehe

Bluechip said...

I need your comment, and critics at my blog http://bluechip-arena.blogspot.com/

TQ

Bluechip