Thursday, January 31, 2008

Cerpen 'Lapu-lapu' muncul dalam Dewan Sastera Feb 2008


(Dewan Sastera Februari 2008)


Sudah dua minggu kami dalam sel Muraqabat. Empat manusia terperangkap dalam satu ruang kecil sebuah sel bukanlah sesuatu yang istimewa. Tentunya tidak glamour seperti empat angkasawan berkongsi dalam sebuah kapal Soyuz menuju ke angkasa lepas.
Tetapi takdir telah menentukan yang kami bertemu dalam keadaan yang tidak pernah diduga. Berlainan sebab musabab dan berbeda status kesalahan untuk sementara menumpang salah sebuah sel orang kena tuduh.
Kami masih menanti dengan penuh pengharapan. Menanti untuk dihadapkan ke mahkamah. Pihak pendakwaraya mengambil masa yang panjang dengan kes yang banyak dalam musim perayaan. Kalau sudah jatuh hukuman dan dihantar ke penjara besar, barangkali kami telah mendapat pengampunan sempena hari raya haji lalu dan tahun baru Hijrah nanti. Sudah bebas untuk bersama keluarga dan meneruskan kerja.
Pejam celik kami masih dalam sel Muraqabat. Walau sudah tidak dapat menahan sabar, masih menaruh harapan yang sama. Memang penantian adalah satu penyeksaan. Lebih terseksa apabila setiap dinding dan siling seakan mempunyai mata dan telinga. Seakan memandang dan mendengar setiap gerak geri dengan penuh pemerhatian. Kadang bersuara melantun pengumuman untuk mereka yang akan dibawa ke mahkamah atau ada peguam yang menanti.
“Apa menu hari ini?” Alex bertanya dengan senyuman. Pemuda Filipino yang buncit dan botak itu memang kuat makannya, telah lapar kembali walau baru sahaja makan pagi. Masuk ke dalam sel Muraqabat kerana hutang sepuluh kad kredit yang mencapai dua ratus ribu dirham. Ditahan dalam cuba memboloskan diri melalui jalan darat ke Oman.
Alex keluarkan duit untuk dihantar ke keluarga di Filipina sebagai pelaburan dalam skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan segera. Mahu cepat kaya untuk pulang bersama keluarga yang dikasihi di Cebu. Untuk membuka bisnes dan masuk politik.
Rupa-rupanya Alex menjadi salah seorang dari ribuan mangsa skandal penipuan mega. Mangsa kepada seorang tokoh korporat yang juga ahli politik yang kini menghilang bersama puluhan jutaan wang peso. Hilang entah ke pulau mana di antara ribuan pulau.
“Beriyani ikan agaknya!” Jawab Duardo, warga Sepanyol yang sudah berusia lima puluh tahun tetapi maseh awet muda. Rambut masih selebat Julio Iglesias. Duardo ditahan kerana disyakki membawa wang panas dari Rusia untuk dihalalkan secara proses pembersihan yang teratur. Gerak-gerinya rupa-rupanya telah diperhatikan Interpol dan ditahan sebelum sempat keluar lapangan terbang Dubai buat kali ke enam.
Saya selalunya cuba berbual mengenai liga bolasepak Sepanyol kerana anak saya meminati pasukan Barcelona. Tetapi Duardo bukan kaki bola, sekadar kaki judi bertaruh keputusan perlawanan bola. Duardo hanya kenal nama-nama pemain sepanyol seperti Carlos Poyel, Raul, Fabregas, Iker Casillas dan kadang bertukar dengan nama-nama pemain lain yang bermain di Liga.
Mendengar beriyani ikan disebut, Hashim, kawan senegara dan sebangsa itu segera tersenyum. Hashim yang dulu pernah menjadi bos, sebelum dia dibuang kerja, melarikan diri dan kini sudah dua minggu menjadi rakan dalam tahanan. Dia juga paling senior antara kami dalam sel Muraqabat. Macam tok penghulu yang sedikit sebanyak memberitahu politik dalaman sel. Siapa yang perlu dielakkan dan siapa yang boleh dibuat kawan. Termasuk tips untuk membeli rokok dan kad telefon.
“Ikan kerapu memang sedap!”
Hashim memang suka makan ikan. Dari ceritanya, dia ditahan oleh polis dilapangan terbang Dubai sebaik masuk ke kaunter imigresen. Transit di Dubai setelah katanya mengerjakan haji. Singgah untuk urusan bisnes sebagai konsultan membawa pelabur dari UAE ke Malaysia. Projek-projek yang berbilion nilainya.
Dia tidak menyangka rupa-rupanya ada lapuran polis dan kes pecah amanah yang disebut dimahkamah menanti kedatangannya. Hashim mendakwa dia dianiaya oleh syarikat lamanya, yang juga syarikat saya bekerja. Sanggup bersumpah yang dia tidak bersalah dengan menjunjung Quran kalau perlu di mahkamah.
“Kerapu itu hammour ke?” Tanya Alex.
Saya mengangguk. Sejak berada dalam sel, makan bukan masalah. Makanan arab dan makanan asia bersilih ganti. Sebagaimana para tahanan yang juga bersilih ganti, walau ada yang sudah berbulan menanti tarikh perbicaraan.
Selain makan, aktiviti untuk memunafaatkan masa adalah terhad. Membaca surat, membaca buku, membaca quran kalau rajin, menulis surat, main catur, main dam, tengok TV yang hanya ada dua siaran yang selalu menjadi perebutan dan menunggu hari lawatan isteri serta kawan-kawan. Paling banyak kami berborak, kadang berhujah dan kadang mendiamkan diri untuk berfikir tentang nasib diri dari musibah yang merungsingkan jiwa. Sambil rontaan batin yang berpuasa sesekali menembusi siling dan dinding.
Terutama nasib saya yang ditahan hanya kerana menandatangani sekeping cek syarikat yang tendang. Saya dihantar ke Dubai oleh sebuah syarikat pembinaan Malaysia sebagai pengarah operasi.
Sewaktu pembekal menunaikan cek setelah tempoh pembekalan tamat, akaun syarikat masih belum menerima wang dari Kuala Lumpur. Syarikat pembekal tersebut membuat lapuran polis tanpa sempat kami berunding.
Apabila saya mahu berangkat ke Kuala Lumpur untuk menyelesaikan pelbagai tuntutan dari pembekal dan pembayaran gaji pekerja yang tertunggak, saya ditahan oleh pihak imigresen UAE kerana nama telah disenaraihitamkan. Polis cawangan khas segera dipanggil untuk soal siasat. Hari malang sebelum hari raya haji itu, saya tidak masuk ke pesawat yang menanti, tetapi masuk ke sel Muraqabat yang sentiasa menjadi hotel percuma.
Begitulah undang-undang negara Arab ini, setiap penandatangan cek yang ditendang akan didakwa atas kes jenayah walau bukan cek sendiri. Masuk dalam penjara dulu sebelum apa-apa rundingan.
Oleh kerana nilai cek tendang yang melebihi 1 juta Dirham, saya tidak dibenarkan ikat jamin. Syarikat juga nampaknya agak perlahan untuk membantu terutama lewat dalam mendapatkan khidmat guaman. Dengan keadaan kewangan syarikat yang semakin meruncing, memang sukar untuk menentukan nasib diri. Maka saya berhari raya haji dalam sel Muraqabat bersama mereka yang asing dan tidak dikenali.
Tiba-tiba Alex bangun sambil berkata dengan kuat beberapa kali.
“Lapu-Lapu!”
Kami tersintak. Memandang Alex yang jarang ceria dan selalu melalut mengenai kehidupan dunia yang tidak adil. Mengenai nasib orang susah dan miskin sepertinya terus terbelenggu. Merungut yang orang kaya terus kaya raya dalam merampas hak-hak orang miskin.
Alex tidak henti menyalahkan kepimpinan negara yang korup dan dikuasai segolongan elit. Rakyat terus dihimpit sengsara walau Marcos telah lama menjadi mayat yang diawet. Walau susulan demokrasi dengan pilihanraya yang kelihatan telus, terbuka, bersih menukar ganti pemimpin yang rupa-rupanya lebih kurang sahaja taraf korupnya. Membuatkan lebih ramai warga Filipina merantau ke serata muka bumi untuk melarikan diri dari kemiskinan. Melarikan diri dari kesengsaraan berterusan.
“Hammour itu ikan lapu-lapu dan Lapu-lapu adalah seorang pahlawan nasional Filipina yang ulung!”
Kami terdiam. Di hari Jumaat memang hari untuk bermalasan. Tiada lain yang boleh dilakukan. Menonton TV di ruang luar bersama yang lain lebih membosankan. Siaran arab tidak difahami. Manakala siaran Inggeris pula hanya filem-filem lama yang diulang tayang.
Sudah beberapa kali pergaduhan berlaku apabila ramai berebut-rebut mahu menonton siaran kegemaran masing-masing. Lebih hebat dari bergaduh berebutkan kesempatan menggunakan telefon untuk malam-malam tertentu. Mungkin bergaduh sebagai escapism semata-mata. Melepaskan kejemuan. Melepaskan monotonous.
Apalagi kalau melibatkan samseng dan mafia dari warga ekspatriat tertentu. Mafia India dan mafia Pakistan yang menjadi majoriti, seperti di luar sana mereka adalah majoriti yang menguasai perdagangan dan pekerjaan.
Tetapi yang pastinya, bukan semua orang kena tuduh itu jahat dan melakukan apa yang didakwa. Tentunya juga bukan semua yang mendakwa tidak bersalah itu memang bersih dari dakwaan. Mahkamah juga kekadang bukan penentu keadilan sepenuhnya. Hakim mungkin boleh dijual beli mengikut harga maruah.
Begitupun, saya pasti yang saya tidak bersalah. Dan keluarga dan kawan-kawan diluar berusaha untuk membebaskan, termasuk melalui sebuah blog. Usaha untuk memberi tekanan kepada lembaga pengarah dan pengurusan syarikat yang nampak mementingkan diri. Cakap tidak serupa bikin. Lebih memikirkan mengenai survival diri dari para pekerja yang telah bertungkus lumus untuk memajukan syarikat.
Ruang sel Muraqabat sepi seketika mendengar Alex menjerit. Terdengar suara-suara dari sel lain. Bagi yang muslim, menanti solat Jumaat dalam beberapa jam lagi. Yang bukan muslim pula tentunya menanti makan tengahari.
Hashim ketawa terkekeh-kekeh. Duardo ketawa kecil. Saya pula cuba memahami reaksi spontan Alex.
“Lapu-Lapu adalah pahlawan Filipina yang telah membunuh Ferdinand Magellan dan menggagalkan orang Sepanyol dari menakluki kepulauan kami!”
Duardo tersintak. Hashim bertambah hilainya. Saya pula bertambah berminat untuk mendengar Alex merapu kerana sejarah memang sesuatu yang diminati sejak kecil.
“Ikan Lapu-lapu?”
Memang selalu juga kalau di pasar Dubai atau Sharjah terdengar penjual ikan menyebutnya. Kebanyakan penjual menyangka saya salah seorang dari warga ekspatriat Filipino. Malah Alex sendiri menyangka saya dan Hashim sebagai salah seorang rakan ‘kabayan’ sewaktu pertama kali bertemu. Sesuatu yang sudah menjadi sebahagian dari rencah dan sambal kehidupan di Dubai apabila orang Filipino lebih ramai jumlahnya. Sesuatu yang menyakitkan hati kerana orang Malaysia tentunya jauh lebih kelas dari orang Filipino. Kebanyakan mereka adalah pekerja bawahan.
“Lapu-Lapu juga adalah nama seorang datu di pulau Mactan. Setelah pulau lain di takluk dan dikristiankan oleh Magellan, salah satu yang tinggal ialah Mactan....!”
Alex terhenti. Memandang Duardo yang seakan terkedu. Mungkin Duardo tidak pernah ambil kisah dan tidak peduli tentang sejarah. Tentang kezaliman penaklukan Sepanyol di kepulauan Filipina. Mungkin juga ignoran mengenai sejarah Sepanyol yang pernah di perintah Islam selama 500 tahun.
Tetapi ada satu perkataan yang menarik perhatian saya. Perkataan ‘datu’.
Saya menoleh kepada Hashim.
“Datu itu rasanya Datuk!”
Berubah muka Hashim menjadi merah. Dalam minat mendengar sejarah Filipina, saya terlupa seketika yang Hashim pernah meletakkan gelaran Datuk di depan namanya sewaktu menjadi bos dahulu. Ramai dikalangan warga Malaysia di Dubai yang memanggilnya Datuk Ir. Hashim. Sebelum terbongkar yang dia rupanya Datuk palsu. Walau dia mendakwa sebaik bertemu dalam sel Muraqabat yang dia memang mendapat pingat kebesaran sebuah negeri yang membawa gelaran Datuk, cuma dia belum mengambilnya kerana tidak mempunyai cukup wang untuk membayar orang tengah.
Hashim dulu selalu bercerita tentang hubungan rapatnya dengan para Sheikh di UAE dan orang politik ternama di Malaysia. Malah pernah mendakwa yang seorang Sheikh menawarkan Hashim salah seorang anaknya sebagai isteri. Dari cerita Hashim, memang dia cukup hebat apalagi sebagai seorang bekas ketua pemuda negeri. Tetapi Hashim yang hebat itu rupanya sekadar manusia yang penuh kepalsuan.
Lebih menggemparkan yang rupa-rupanya juga Hashim bukan siswazah kejuruteraan yang melayakkan gelaran Ir. Sebaik terbongkar siapa sebenarnya Datuk Ir. Hashim, dia menghilangkan diri dan pihak syarikat mendapati dia telah banyak melakukan pecah amanah. Lapuran polis dibuat dan dia didakwa tanpa kehadirannya di mahkamah.
Nampak Hashim menjadi serba-salah. Menjadi sensitif mendengar perkataan Datuk. Saya masih teragak-agak mahu memanggilnya Haji Hashim, tidak pasti dia benar-benar naik haji ke Makkah. Mana mungkin boleh keluar dari Jeddah dengan menggunakan paspot hijau haji dan pulang dengan paspot biasa. Mungkin dia naik haji di London atau Paris. Malas untuk bertanya lanjut dalam keadaan sama-sama kena tahan dan setelah tahu siapa sebenar Hashim. Biarkan sahaja dia tenggelam dan lemas dalam dunia kepalsuannya.
Saya menoleh ke arah Alex yang terus bercerita dengan penuh semangat.
“Datu itu apa maksudnya?”
“Datu itu gelaran untuk ketua! Semua ketua masa itu bergelar datu!”
“Lapu-Lapu ini orang apa?”
“Saya rasa dia keturunan Melayu seperti kamu dan beragama Islam!”
“Jadi wira kebangsaan Filipina yang pertama itu Melayu dan Muslim?”
“Kami semua dulu rasanya rumpun Melayu dan beragama Islam sebelum disepanyolkan dan dikristiankan!”
Saya ketawa bukan kerana lucu cerita sejarah yang memilukan itu tetapi cara Alex bercakap Inggeris dalam telo Filipino. Alex mencemik ke arah Duardo yang nampak cuba memahami apabila Alex bercakap laju. Bahasa Inggeris Duardo juga tidak sefasih saya dan Hashim. Sebetulnya, kami bercakap Inggeris mengikut telo masing-masing dan memang kadang melucukan. Itu belum lagi berbual dengan warga dari Afrika yang lebih pekat telonya. Kami sudah biasa dengan telo warga India, Pakistan dan Arab berbahasa Inggeris.
“Islam pernah memerintah Sepanyol sebelum Magelan di bunuh Lapu-Lapu, sebelum Sepanyol menakluk dan mengkristiankan Melayu di Filipina. Mungkin sebagai membalas dendam dengan bertindak ganas dan kejam terhadap orang Islam!”
Saya menambah. Dalam terus berfikir tentang kaitan antara Sepanyol, Filipina, Islam, rumpun Melayu di nusantara. Yang saya ingat hanyalah mengenai Jose Rizal sebagai wira. Tidak Lapu-Lapu. Jose Rizal dikatakan boleh bertutur dalam 22 bahasa. Seorang genius yang mempunyai banyak bakat dan kebolehan. Antaranya sebagai arkitek, artis, ahli perniagaan, kartunis, wartawan, ahli ekonomi, pendidik, petani saintifik, pakar sejarah, pereka, ahli musik.
Tiba-tiba sel yang semakin membosankan ini meruntuhkan sedikit tembok prejudis terhadap orang Kabayan. Persepsi mengenai warga ekspatriat Filipino yang datang dari sebuah negara yang miskin. Yang porak peronda akibat diktator bernama Ferdinand Marcos, proksi Amerika. Siapa boleh lupa Imelda Marcos dengan koleksi kasutnya.
Begitupun, kemungkinan keruntuhan bangsa Filipina bermula dari kezaliman Sepanyol ratusan tahun lalu. Mereka dicandukan dan dilemahkan dari menjadi penentang penjajahan. Akibat yang terus memanjang dari generasi ke generasi.
Sel Muraqabat menemukan saya dengan sejarah dari perspektif berbeda melalui Alex. Alex bukan Datu Lapu-Lapu. Bukan Jose Rizal. Jauh sekali bukan Ferdinand Marcos. Alex hanya seorang pemuda Filipina yang berbekalkan ijazah dalam kejururawatan untuk mencari rezeki di bumi UAE. Desakan hidup, penderitaan dari kemiskinan dan impian besar menjerumuskan dia ke dalam perlumbaan untuk cepat kaya melalui jalan mudah.
“Sejarah adalah untuk dikaji agar kesilapan yang sama tidak berulang. Bukankah begitu Hashim?” Saya cuba membawa Hashim ke dalam perbualan yang semakin memberi anjakan minda dan pradigma dalam kekusutan emosi. Memberi kesegaran dalam ruang kecil yang dindingnya terus mendengar dan memandang. Sesekali bersuara. Sesekali berdehem.
Hashim tersintak. Mengangguk-angguk dan kemudian merenung ke siling. Siling yang juga terus memandang dan mendengar.
“Bagaimana Duardo? Apakah yang boleh kita belajar dari sejarah Sepanyol di Filipina?”
Duardo menggaru kepala. Juga mengangguk-angguk. Mengelakkan untuk memberi apa-apa jawaban.
“Apa yang saya pelajari, nenek moyang kami dahulu pernah beragama Islam dan mungkin bercakap satu bahasa dengan kamu!”
Alex bercakap dengan penuh semangat seperti pemidato di lorong-lorong belakang Manila. Kemudian tersedu perlahan-lahan sambil memandang ke arah Duardo.
“Kami lebih kuat kristiannya kini dari yang mereka mengkristiankan kami. Nama-nama kami semuanya berbaur Sepanyol kecuali yang Islam di selatan. Nama negara pun diambil dari raja Sepanyol. Identiti yang bercampur-baur. Negara kami pula menjadi miskin walau kekayaan alam melimpah ruah. Pemimpin kami tidak boleh diharapkan. Lapu-Lapu yang gagah berani hanya tinggal monumen!”
Saya memandang ke arah dinding yang mungkin asyik menonton dan mendengar sebabak lagi adegan soap opera dalam realiti TV sel Muraqabat. Dinding yang telah menjadi sebahagian dari set kehidupan disebalik tembok tinggi di tengah-tengah bandaraya Dubai.
Dalam pada itu entah kenapa saya teringat kepada Enrique Iglisias. Penyanyi popular anak Julios Iglesias yang beribukan seorang wanita Filipino. Nama Enrique juga nama kepada Panglima Awang, yang juga dikenali sebagai Henry the Black, Henrich, Ariberto Espinosa yang didakwa konon-kononnya orang pertama yang mengelilingi dunia setelah Magellan dibunuh Lapu-Lapu. Mitos keunggulan bangsa yang diselaputi dongengan.
“Apakah kamu mahu menuntut ganti rugi dari kerajaan Sepanyol dengan segala yang telah berlaku? Berapa trillion Euro? Atau kamu mahu minta menjadi warganegara Sepanyol? Mudah untuk bekerja di negara-negara Eropah!”
Tiba-tiba Duardo bangkit dan bersuara tinggi. Nampak serius. Tetapi nadanya agak sinis. Seakan jengkel. Seakan muak dengan sejarah yang mengubah warna geografi merata bumi. Seperti pemanasan global yang mengubah cuaca dan iklim planet.
Mungkin juga Duardo mahu melepaskan geram pada birokrasi perundangan Dubai. Walau agak canggih dengan teknologi tetapi masih terperangkap dengan mentaliti dunia ketiga.
“Atau ubah sahaja nama kamu dari Alex kepada Lapu-Lapu, masuk Islam dan berjuang dengan Osama bin Laden untuk mengebom Sepanyol. Memusnahkan apa sahaja peradaban Barat!”
Hashim tiba-tiba ketawa melihat reaksi Duardo. Agak kuat hilaiannya. Bergegar sel Muraqabat. Macam orang yang tidak siuman atau mabuk.
Alex terpinga-pinga. Begitu juga Duardo yang tidak pasti dengan keadaan.
Terdengar dari TV sebuah lagu klasik yang seakan mengambarkan suasana dalam sel Muraqabat. Lagu kumpulan Eagles dengan lirik berhantu, “You can checkout any time you like, But you can never leave!”
Petikan gitar solo dari irama kumpulan Eagles yang menusuk itu diganggu oleh suara Hashim yang dalam ketawa mengilai berkata kepada kami, “Walau apa pun yang berlaku ratusan tahun dahulu, saya harap menu makan tengahari ini ialah beriyani Lapu-Lapu!”
- Tamat -

Dh3bn sixth creek-crossing - world's longest Arch bridge



A 12-lane sixth crossing of Dubai Creek is to be built at a cost of Dh3 billion, the Roads and Transport Authority has announced.

The crossing will be the world’s longest arch bridge and will cover a distance of 1.6 kilometres, linking Al Jaddaf in Bur Dubai with a road separating The Lagoon and Dubai Festival City The design has been endorsed by His Highness Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Vice-President and Prime Minister of the UAE and Ruler of Dubai.


The bridge, with a 205m-high, 607-metre long arch, will be able to carry more than 20,000 vehicles per hour in each direction. The Green Line of Dubai Metro will run across the centre of the upcoming bridge and a Metro and water transport station will also be constructed on the crossing.


The contract for the project was awarded to American firm FXFOWLE. It won the tender following an open invitation. Construction begins in March and the project will be completed in six different phases over four years. It includes the construction of a 12km road networks and 22 intersections leading on and off of the span.

Wednesday, January 30, 2008

Siti Norma is UAE first female judge!


While three of our former chief justices are defending their legacies and images under Royal Commission of Inquiry into Lingamgate scandal....another former chief judge of Malaya, Tan Sri Dato Siti Norma Yaakob is now the first female judge in UAE!


New DIFC court judges take oath before Dubai ruler

Dubai: The Dubai International Financial Centre Courts (DIFC Courts) on Monday announced the appointment of six new judges to interpret laws and issue orders for the enforcement of laws at the Dubai International Financial Centre (DIFC).

The judges are David A.R. Williams QC; Sir Anthony Colman; Tan Seri Dato Siti Norma Yaakob; Sir John Chadwick; Omar Juma Mohammad Saif Al Fajeer Al Muhairi; and Ali Shamis Mohammad Shamis Al Madhani.

They took the oath before His Highness Shaikh Mohammad Bin Rashid Al Maktoum, Vice-President and Prime Minister of the UAE and Ruler of Dubai, on Monday.
They will offer their expertise in all facets of the Court, with particular importance for the Court of Appeal, bringing with them a wealth of international expertise and impressive legal track records.

Furthermore, it was a landmark occasion, with the welcoming of the first female judge to join the DIFC Courts.

"As the fastest growing financial centre in the world, the DIFC has undergone immense expansion. In line with this rapid growth, the DIFC Courts offer the highest possible standards in legal dispute resolution with a judicial system based on international best practices.

"As such, it is with great pleasure that we welcome six highly distinguished judges onto the DIFC Courts' panel to work with us and maintain these high standards.

"In addition, we are proud to welcome to the DIFC the first two Emirati judges to become common law international judges," Dr Omar Bin Sulaiman, Governor of the DIFC.

Family Planning Advice


Bush's Bucket List

video

Sunday, January 27, 2008

The World's Most Expensive Number Plate?

There is a great rivalry between two emirates, Dubai and Abu Dhabi. The former being the runner or leader in almost every thing that BIGGEST, TALLEST, etc while the latter, being richer and capital city of UAE, is now catching up the race to outdo each other.

There is now a buzz about getting into Guinness Book of Records for the world's most expensive number plate to be auctioned on 16th February, Abu Dhabi 1.

The current holder is Abu Dhabi 5, fetched at Dh25.2 million.



Talal Khouri with current world most expensive plate - Abu Dhabi 5


A reporter scribed:

Number plates in the UAE bestow upon their owners their present rank in society - Ruler: number 1; immediate family: single digits; senior government officials: two digits; private company CEOs: three digits; journalists: 5698724.

Small wonder then that they attract such extraordinary value. The status of being labelled one of the top 200 individuals in the UAE is worth a great deal in UAE society and business.

But can it really be worth Dhs25 million or more? Surely a small proportion of this price can be put down as a business expense. The rest is pure vanity.

We have similar budaya in Malaysia about number plates and status.
Single digits mean higher status and more wealth.
Of course more power to show off around.

But as for some Pahang politicians as well as other UMNO/BN politicians, they do not fork the money out from their pockets to get that number plate status, mostly by using public or state funds and the plate could be bestowed to them upon retirement as gifts.

I have no idea on Malaysia's most expensive plate number, from googling, something like TAN fetched RM200,000 in 2006. Of course, in Malaysia with so many states and other special plates such as Proton, Perodua, NAZA, Sukom etc, most of the good plate numbers could be sold to elites without auctions.
However in UAE there is a trend to auction these expensive numbers for charity cause.
Last year, the highest bid in Dubai was Dh3.12 million for Dubai E-15.



The list:-

E-15 emerged the most expensive at Dh 3.12 million which had a reserve price of Dh 270,000.
F-30 at Dh 2.20 million with a reserve price of Dh 270,000.
F-80 at Dh 1.69 million with a reserve price of Dh 270,000.
F-70 at Dh 1.68 million with a reserve price of Dh 270,000.
E-21 at Dh 1.75 million with a reserve price of Dh 250,000.
E-31 at Dh 1.60 million with a reserve price of Dh 250,000.



For most of us, keep dreaming.....yes, one day.


Thursday, January 24, 2008

Al Fatihah: Adlan Benan Omar meninggal dunia


Thursday, 24 January 2008
SAUDARA Adlan Benan Omar meninggal dunia jam 3.45 petang tadi. Jenazahnya kini di No. 31 Jalan Putra Bistari 2/4D Putra Heights Subang Jaya. Allahyarham merupakan bekas setiausaha pemuda Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan juga bekas MPT parti itu.

Masih jauh berkedipan
bintang-bintang di cakrawala
walau tangan hampir menggapai
satu sinaran yang menyimbah
lembah hijau yang kontang.

Sayangnya singgahmu sebentar
mewarnai kehebatan cendiakawan
melebar seribu harapan tertuntas
biar sukar untuk tumbuh subur
lanskap kepahlawanan minda.

Terus menjadi rentetan ilusi
dalam penantian yang bersambung
kembali menapak bintang-bintang kejauhan
adalah kamu yang masih merentas doa
sebagai bebayang yang bercahaya
di hati kami!

Fudzail
Dubai, UAE
11 Jan 2008

Sunday, January 20, 2008

Apakah Yang Boleh Dipelajari Dari Kepakaran Pembinaan Malaysia?

Projek 'Universe', baru diumumkan 20 Jan 2008 di Dubai




Kolum ‘Dubai Online 2.0’ oleh Fudzail
No.37

Apakah Yang Boleh Dipelajari Dari Kepakaran Pembinaan Malaysia?

Seperti yang dilapurkan Bernama, Rafidah Aziz menyarankan kepada kerajaan dan korporat Oman untuk mengeksploitasi kepakaran Malaysia dalam bidang pembinaan.

Rafidah menyatakan bahawa kejayaan ‘kepakaran Malaysia’ di Asia Barat termasuk kompleks rekreasi Green Acres di Muscat, pembangunan dan pembinaan hotel dan kediaman mewah di Palm Jumeirah dan pembinaan bangunan pejabat di Dubai.

Selain dari litar F1 di Bahrain, terowong di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha dan Hospital Sheikh Nasie Ahmad Al Thani di Qatar.

Rafidah juga menyebut pembinaan Janakuasa bebas Shoaiba dan kampus universiti Al Faisal di Saudi Arabia.

Sebenarnya, banyak syarikat pembinaan Malaysia memang mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk bersaing dengan syarikat tempatan dan antarabangsa yang lain. Sesuatu yang tidak boleh disangkal kerana keupayaan anak-anak Malaysia dalam pelbagai bidang memang cukup diterima baik.


Projek Meydan di Dubai



Projek Pulau Al Reem di Abu Dhabi diterajui oleh konsortium syarikat pembinaan Malaysia. Manakala projek kota lumba kuda Dubai, Meydan bukan sahaja direkabentuk malah di terajui juga oleh syarikat pengurusan projek dan pembinaan Malaysia. Selain projek mega lain di Saudi Arabia yang melibatkan usahasama antara syarikat Malaysia dengan syarikat tempatan.

Projek Reem Island di Abu Dhabi

Ada juga syarikat lanskap dari Malaysia yang terlibat dalam pembinaan Burj Dubai serta projek lain di Qatar. Syarikat ini dilapurkan sedang mengalami masalah kewangan dan tertunggak bayaran gaji pekerja beberapa kali.

Masalah dan cabaran memang ujud di mana-mana. Begitu juga syarikat bermasalah diantara yang berjaya juga adalah sesuatu yang normal, apalagi kalau staf dan pengurusan yang bermasalah.

Dengan pembangunan pesat di negara Teluk yang dinilai melebihi USD1.5 trilion dan kekurangan pakar dalam pelbagai bidang, terutama sekarang ini dalam sektor pembinaan, syarikat dan profesional Malaysia memang mempunyai ruang luas untuk meneroka.

Mereka yang terlibat dengan sektor pembinaan memang tahu peluang yang banyak untuk mendapat kontrak. Wang bukan lagi masalah dengan cairan tunai dari harga petrol, tetapi menurut sumber rasmi, mendapatkan kepakaran menjadi halangan yang membantutkan atau melambatkan projek.

Tidak kurang yang ditipu oleh mereka yang nampak ada dikalangan syarikat Malaysia yang agak desperado untuk mendapatkan kontrak. Malah tipu menipu juga bukan sesuatu yang luar biasa, baik di UAE, mahupun di Malaysia. Selain itu, know-who juga memainkan peranan penting dalam bisnes di mana-mana, kecuali keupayaan dan kemampuan syarikat yang sudah bertaraf global.

Gambar dari http://klikcrazy.blogspot.com/


Seorang kawan yang mengetuai sebuah syarikat pembinaan Malaysia di Dubai mengakui, salah satu tarikan utama untuk memberi kontrak kepada syarikat pembinaan Malaysia ialah kerana sikap kita yang tidak begitu ‘keras’ dengan pihak pemaju. Lebih mudah bertolak ansur.

Pengalaman saya sendiri di pihak pemaju, memang agak sukar ketika ini untuk mendapatkan kontraktor berwibawa kerana kebanyakan yang ternama, mapan dan berpengalaman juga tidak mampu lagi untuk menerima projek baru. Mereka bukan sahaja menolak pelawaan tender, malah kalau membida pun menaikkan harga untuk memastikan tidak terpilih.

Rundingan secara langsung juga menjadi pilihan kerana dalam suasana pasaran sekarang, lebih baik bekerja dengan the devil yang dikenali.

Lantas dengan jurang yang ada, selain Korea dan Jepun, syarikat pembinaan baru dari China, India, eropah, Australia, Afrika Selatan malah Thailand mendapat kepercayaan. Seterusnya, kontraktor dari Malaysia juga kini termasuk senarai untuk diberi pertimbangan, walau sebuah syarikat pembinaan berkaitan dengan UMNO pernah menghitamkan rekod jenama Malaysia.

Dengan pengumuman pelbagai koridor ekonomi dengan nilai projek beratus bilion di Malaysia, tidak pasti syarikat pembinaan Malaysia yang bukan kroni akan sama mendapat habuan. Pada yang lain, lebih baik bersaing di rantau ini dan ramai yang telah berjaya.

Seperti di India yang sedang menerima pelaburan hebat dalam pelbagai projek hartanah, menjadikan negara-negara Teluk kehilangan pekerja yang balik negeri. Ratusan ribu graduan serta buruh dari India yang selama ini membekalkan tenaga pekerja kini menikmati gaji dan pakej yang lebih baik di negara sendiri.

Walaupun tidak perlu, tetapi kerajaan Malaysia melalui agensi seperti CIDB atau yang lain, memang boleh memainkan peranan untuk membuka ruang lebih luas kepada syarikat pembinaan Malaysia yang berwibawa untuk menembusi pasaran di sini.

Syarikat-syarikat yang sederhana besarnya juga boleh mengujudkan konsortium. Bukan sekadar untuk kontrak pembinaan, tetapi lain-lain yang berkaitan. Antara prospek besar ialah dalam sektor pengurusan fasiliti dan penyelenggaraaan.

Sebahagian pasukan remaja bola Malaysia di Dubai, Malaysian Tigers.

Persoalannya, apakah yang boleh dipelajari dari kepakaran pembinaan Malaysia?

Apakah dari segi pengalaman kontrak projek mega, kualiti kerja, kualiti pembinaan, kecekapan dan profesionalism staf, etika kerja dan kerja menepati jadual?

Apakah yang unik dan menjadi kekuatan pemain sektor pembinaan kita?

Selepas hujan lebat yang menyebabkan banjir dan bangunan kebocoran, kepakaran dalam menangani masalah begini nampak terserlah. Tetapi bukan Malaysia sahaja yang mempunyai kepakaran tersebut.

Salah satu rungutan buat ramai pembeli, kualiti pembinaan di Dubai misalnya masih ditahap rendah. Ini mungkin disebabkan oleh jadual pembinaan yang tidak munasabah. Beberapa pemaju ternama telah mula memperbaiki masalah ini dengan merangka jadual yang lebih sesuai disamping mencari kontraktor yang berwibawa.

Sebaliknya juga, Malaysia, terutama syarikat pembinaan juga boleh mempelajari kepakaran pembinaan dari persaingan hebat di rantau ini. Terutama dari syarikat tempatan sendiri yang bukan sahaja mempunyai kepakaran setanding atau lebih baik, tetapi juga pengalaman ‘tempatan’.

Sudah ada usahasama yang berjaya mendapat kontrak besar, sesuatu yang semakin biasa dilakukan.

Jenama Malaysia dalam sektor pembinaan kalau dinilai dari apa yang ada di Putrajaya dan pelbagai skandal penyelewengan mega lain sedikit sebanyak memberi gambaran negatif. Kita boleh belajar dari rekod kesilapan dan kelemahan yang ada dan memperbaiki keupayaan di luar negara.

Begitupun, tepuk dada tanya selera untuk syarikat Malaysia bersaing dan berjaya di gurun yang sedang berebut-rebut mencurah trilion dollar untuk mengubah lanskap kearah negara maju (dari segi lahiriah terutamanya)!

Yang pasti, kita perlukan jurujual yang lebih baik dari Rafidah Aziz, malah lebih baik dari bos besarnya sendiri yang seakan tidak berminat untuk makan angin ke rantau ini!

(Fudzail adalah ekspatriat Malaysia yang bermastautin di Dubai sejak tahun 2000. Berkelulusan sains komputer dari New Zealand. Pernah terlibat dalam pembangunan Dubai Internet City, Palm Jumeirah dan 15 projek mega lain. Kini menguruskan projek pembinaan prasana dan utiliti di Palm Jabel Ali. Beliau boleh dihubungi melalui fudzail@yahoo.com serta kerjadubai.blogspot.com)





Friday, January 18, 2008

Bila Nama PM Malaysia Tidak Disebut

PM UAE bersama marhaen dalam lawatan selepas hujan lebat melanda UAE



Berita dibawah dari agensi berita WAM mengenai Forum Perikatan Ketamadunan (AOC) yang mana PM Malaysia, sebagai Pengerusi OIC turut serta berucap sebagai ahli panel.



Kalau diukur dari segi kedudukan beliau sebagai pengerusi OIC dan Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Muslim, sepatutnya nama Paklah termasuk dalam senarai mereka yang berucap, seperti Erdogan, PM Turki.




Tetapi PM Malaysia tidak disebut. Begitulah taraf sebenar Paklah di Timur Tengah. Paklah tidak punya populariti seperti Mahathir. Kedudukan sebagai pengerusi OIC juga sekadar pada nama.



Beberapa orang tokoh korporat tempatan yang saya kenali tidak segan silu mengutuk Paklah. Ada juga yang bertanya, "Bila Anwar akan jadi PM?"



Seorang lagi yang memegang jawatan sebagai ketua pelaburan sebuah syarikat gergasi kerajaan Dubai berkata, "Selagi Abdullah menjadi PM Malaysia, kami tidak akan melabur, cukuplah!"



Akhbar tempatan di sini menyiarkan mengenai rombakan kabinet UAE bulan depan. Bersama arahan Sheikh Mo, sebagai PM untuk membina 40,000 buah vila, sebagai 'hadiah' kepada marhaen seluruh UAE yang memerlukan rumah.



Pengumuman ini dibuat selepas Sheikh Mo melawat kawasan timur dan tengah UAE selepas hujan lebat yang berlanjutan selama 4 hari berturut-turut.



Projek bernilai AED15 bilion itu dimulakan segera dan dijangka siap dalam masa 3 tahun.



Sheikh Mo berkata

“I did this tour today to acquaint myself with people’s conditions and needs, and I believe the more visits we undertake, the more we learn. We know there are some nationals in need, but they cannot reach us, and this is why we reach them to find out their needs.”


Tidak seperti Paklah yang begitu kerap ke luar negara dengan menghabiskan puluhan juta, Sheikh Mo lebih banyak melawat kawasan luar bandar dan pedalaman.



Begitupun dengan pilihanraya yang dijangka pada bulan Mac, tentunya Paklah akan melawat serata Malaysia untuk berkempen, dengan menggunakan semua jentera dan dana kerajaan!


Visual Banjir di Sharjah pada 15 Jan 2008


UAE praises Madrid conference outcome
WAM

Published: January 18, 2008, 00:14
Madrid: The first Alliance of Civilisations Forum was concluded in Madrid on Wednesday with a call for promoting and fostering inter-faith and cross-culture dialogue.
Having a high-profile presence in the meeting, the UAE considers the concept of the Alliance of Civilisations initiative as one of the most important global initiatives of recent years.
"We offer our sincere thanks to the governments of Spain and Turkey for having launched this initiative, and we pledge our full support for the alliance and its objectives," Abdul Rahman Mohammad Al Owais, Minister of Culture, Youth and Community Development, said in a speech at the conference.
He said the promotion of dialogue between cultures and between faiths "is something to which we must all pay attention, if we are to hope for a peaceful world, where tolerance, rather than bigotry, prevails, and where misunderstandings based on ignorance are removed".
"For us in the UAE, tolerance of different faiths, different cultures and different races is fundamental to our way of life and the world as a whole. People from nearly 200 countries live and co-exist peacefully and harmoniously together within our borders. People of all religions, ... practice their faiths, side-by-side.
Co-existence
"Indeed, in our capital city of Abu Dhabi, one of the largest mosques is immediately adjacent to the Catholic Cathedral, the Coptic Cathedral and the Anglican Church symbolising our respect to all faiths and commitment to inter-faith understanding," he said. "That is how we wish it to be. That basis of tolerance and dialogue is an essential part of the religion of Islam."
He said through tolerance and dialogue comes understanding and a recognition that stereotyping of other cultures and other faiths can only lead to misunderstanding and a breakdown in harmony.
"Part of our understanding and of the way in which we practice tolerance in these matters is that we recognise that people of each and every culture, each and every faith, hold certain things dear to their hearts.
"As a corollary, we believe that it is incumbent upon us to ensure that persons who claim to be a part of other cultures and other faiths do not deliberately set out to cause offence, or to poke fun at those aspects of culture and belief that are so important to others, which might inflame public opinion and ... [create] distrust and animosity.
"While we recognise, and value, the right to the freedom of expression, it is our view that there is a need for a greater acceptance of responsibility in the way that freedom is used, particularly by the mass media," he said.
Al Owais said such freedoms should not be used to permit and to justify the publication of inflammatory material that cannot only lead to a deepening of misunderstanding between cultures and faiths, but also to violence and death.
He said the promotion of dialogue and understanding, indeed the promotion of an alliance of civilisations, can only hope to be successful "if we all exert continuous and sincere efforts to build bridges, rather than to divide, to foster friendship, rather than hostility, to explain, rather than to disseminate views designed to deepen misunderstandings".
Global community
"We in the UAE will continue to play our part, both at home and elsewhere, in the pursuit of the goal to which we all aspire - a greater belief in the concept of global community and of the unity of mankind. We look forward to working with others in the effort to reach that goal," Al Owais said.
"We hope that this meeting will succeed in laying down a framework for continuing activity that will allow concrete steps to be taken towards our shared goals, with such a framework being designed to encourage and facilitate the participation of each and every state that is represented here," he said.
The two-day international gathering was opened by Spanish Prime Minister Jose Rodriguez Zapatero and addressed by Turkish Prime Minister Tayyip Recep Erdogan and UN Secretary General Ban Ki-moon.
It brought together political leaders, the media, and grass-roots and civil society leaders. Created in 2005, the Alliance seeks to overcome prejudices and polarisations between Islam and the West.

Wednesday, January 16, 2008

Always Something There To Remind Me


January - 20 years ago, my last year in New Zealand.


Split Enz was a 'classic' New Zealand band, before the Finns became Crowded House.

Auckland was a temporary home while waiting for graduation in Hamilton.


1988 (when Crowded House was big then) is a long time but always something there to remind me of those years

Some were written through my anthology 'Waikato' (DBP 2000).

Some were retrospectively written through cerpens 10 years later (1988) until now (Crowded House is just another 'classic').

I need your assistance to select the best 30, according to your choice, of cerpens in
dotkomania.blogspot.com

for my book to be evaluated by DBP for publication.
The manuscript to be ready by end of January 2008.
Hopefully, 2008 will be another year to remember for a second book.

Thanking you in advance.






Tuesday, January 15, 2008

Hujan






hujan menyimbah gurun
melitupi saujana pandangan
sebagai paparan
perjalanan
berselang seli
tidak monotonous






hujan membawa rindu
pada sekitar yang biasa
warna-warna rimba
wajah-wajah desa
di kejauhan ruang







hujan adalah peristiwa
memori nak muda
sentimental
perantau yang terkenang
ibu dan ayah



usahlah berhenti
walau sama menanti
wangi semarak bau
selepas hujan
yang membakar nostalgia!

Fudzail
Palm Jebel Ali
15 Januari 2008

Huru-Hara Dubai Kerana Bush dan MSE2008 menjadi MESS2008.













Kolum ‘Dubai Online 2.0’ oleh Fudzail
No.35


Hari Ahad 13 Januari 2008, tiba-tiba Dubai seakan berada dalam zon kecemasan. Begitu banyak jalan, terowong dan jambatan utama yang ditutup. Menimbulkan kekeliruan dan kegamatan buat pemandu sehingga kesesakan di mana-mana.

Dubai menjadi tempat letak kereta dan perjalanan yang biasanya 10 minit boleh mengambil masa lebih sejam.

Tiada pengumuman mengenai penutupan dan tiada pemberitahuan mengenai jalan alternatif. Kerana mungkin tiada jalan alternatif. Maklumat yang sedikit ditambah dengan hujan lebat menjadikan keadaan agak huru-hara.

Panggilan juga sesak ke serata stesen radio yang sama tidak dapat berfungsi baik untuk menghebahkan maklumat sebenar. Kemarahan penduduk yang terperangkap dalam kesesakan memang diduga kerana hari Ahad adalah hari pertama untuk minggu bekerja.

Banyak urusan, mesyuarat dan rundingan bisnes yang tergendala dan tertunda.

Keadaan ini memberikan gambaran mengenai kelemahan pihak berkuasa dalam menangani kegawatan yang berlaku. Mungkin pihak berkuasa tidak menjangka keadaan yang begitu huru-hara akan berlaku.

Hanya kerana menjaga keselamatan seorang Presiden Amerika.

Kabar angin mengenai hari cuti pada esoknya untuk Dubai, Isnin 14 Januari disambut dengan kegembiraan apabila diumumkan secara rasmi. Tetapi berita itu seakan parodi buat mereka yang terpaksa berjam-jam di jalan raya untuk pulang ke rumah.

Memberi cuti adalah keputusan terbaik kerana Bush akan membuat lawatan ke serata Dubai dan boleh menambahkan huru-hara.

Kadar Pengeluaran Dalam Negeri Dubai dalam tahun 2006 ialah AED157 bilion dan penutupan sehari membawa kerugian dalam AED1 bilion.

Dengan lebih 100 ribu syarikat beroperasi di Dubai sahaja, kerugian lebih adalah jauh lebih dari itu kerana cuti mengejut menyukarkan untuk membuat pindaan dan perubahan.

Itu tidak termasuk kerugian dalam bentuk lain yang tidak boleh ditaksir, seperti masa ratusan ribu yang terperangkap dalam kesesakan.

Ada beberapa insiden melucukan sewaktu kehadiran Bush di Dubai. Antaranya ialah kami tiba-tiba ditemani dua orang putih (Amerika) sewaktu makan pagi di sebuah restoran mamak Kerala. Restoran popular untuk rakyat Malaysia itu, selama ini hanya dilangani mereka yang tidak berkulit putih.

Manakala seorang sahabat yang keluar untuk sarapan pada hari Isnin tidak dapat pulang ke rumah sehingga petang kerana semua jalan ke rumahnya yang berhampiran lapangan terbang di tutup!

Pada hari Ahad juga saya sempat berkunjung ke Malaysia Services Exhibition 2008 (MSE2008) anjuran MATRADE, dirasmikan oleh Naib Emir Sharjah dan Rafidah Aziz yang berlangsung di pusat ekspo Sharjah hingga 15 Januari.

Tidak pasti sama ada kerana kesesakan jalanraya, hujan atau Bush, mahupun tarikh serta lokasi, yang menjadikan MSE2008 amat lengang sekali. Lebih ramai peserta dari 170 buah syarikat Malaysia berbanding dengan pengunjung.

Terdengar rungutan dari ramai peserta yang terasa tertipu. Seorang peserta yang sudah biasa dengan pelbagai ekspo dan pamiran di seluruh dunia sebegai peserta mahupun pelawat memberitahu, “Inilah ekspo paling BORING yang pernah saya sertai!”

Dengan ruang dewan pamiran yang luas, memang nampak hebat MSE2008. Lebih hebat lagi kalau dipenuhi pengunjung profesional. Pada hari Isnin, terdapat penambahan pelawat tetapi majoriti adalah mereka yang mahu menghabiskan cuti dengan membawa anak-anak. Tentunya bukan serius untuk urusan bisnes.

Termasuk golongan senior yang sama mengumpul cenderahati untuk memenuhi beg dari gerai pameran. Selain menikmati sampel makanan percuma.

Seperti ramai peserta memberitahu, kualiti pelawat yang datang juga tidak seperti yang dijangkakan atau dijanjikan oleh penganjur.

Kelihatan forum dan majlis taklimat dihadiri dalam 6 hingga 10 orang (wakil syarikat sendiri), walau ada lebih 40 kerusi yang kosong. Lebih ramai, terutama peserta MSE2008 sendiri yang berdiri menunggu untuk makan jamuan yang disediakan. Seperti biasa, berebut-rebut.

Ini adalah gambaran yang memalukan untuk Malaysia yang sudah berjaya mempromosikan ‘Truly Asia’. Kelemahan dari segi promosi dan pemasaran mungkin sebab utama kegagalan MSE2008 untuk menarik lebih ramai pelawat profesional yang berjumlah ratusan ribu di Dubai.

Dikatakan kos MSE2008 adalah RM11 juta dimana syarikat yang menyertainya tidak perlu membayar apa-apa, kecuali tiket penerbangan dan penginapan yang juga diberi subsidi. (Seorang peserta mencelah, itu belum lagi dikira jumlah yang BOCOR, amalan biasa yang setiap tahun didedahkan oleh lapuran Ketua Audit Negara)

Jumlah RM11 juta itu wang rakyat Malaysia boleh ditambah untuk kerugian Dubai dalam sehari dengan kehadiran Bush, biarpun Sharjah dan Dubai adalah dua emiriyah berbeda. Tetapi RM11 juta adalah besar untuk sesuatu yang sepatutnya mendapat pulangan bilion dalam urusan bisnes. Kalau dikira dengan masa lebih 300 peserta, tentunya lebih dari RM11 juta.

Barangkali Rafidah yang dikenali sebagai Ratu Parlimen kerana lebih banyak bermain golf di luar negara (seperti bos besarnya) dari menghadiri sidang parlimen, tidak perasan (tidak pasti sama ada dia bermain golf dalam hujan atau membeli-belah di pelbagai mall mega serata Dubai) atau tidak tahu yang MSE2008 boleh ditukar kepada MESS2008.

Ketua wanita montel itu mungkin kesibukan kerana sibuk melobi menantu PM dan dilobi oleh makcik-makcik dan nenek-nenek barisan kepimpinan wanita untuk pilihanraya ke 12 agaknya, tidak seperti Bush yang cukup dua penggal menjadi presiden dan makan angin di tahun terakhir menjadi badut popular dunia!

(Fudzail adalah ekspatriat Malaysia yang bermastautin di Dubai sejak tahun 2000. Berkelulusan sains komputer dari New Zealand. Pernah terlibat dalam pembangunan Dubai Internet City, Palm Jumeirah dan 15 projek mega lain. Kini menguruskan projek pembinaan prasana dan utiliti di Palm Jabel Ali. Beliau boleh dihubungi melalui fudzail@yahoo.com serta kerjadubai.blogspot.com)

Sunday, January 13, 2008

Musim Hujan dan Tetamu Panas

Kolum ‘Dubai Online 2.0’ oleh Fudzail
No.33

Musim Hujan dan Tetamu Panas

Presiden Bush sedang membuat lawatan ke negara-negara Teluk sebaik melawat sekutu utamanya, Israel. Beliau disambut dengan protes di Bahrain dan pada hari ini (Ahad 13 Jan 2008) akan tiba di UAE.

Hujan lebat dengan cuaca mendung berterusan di UAE mungkin kebetulan untuk menyambut seorang Ketua Polis, Ketua Pendakwaraya dan Ketua Hakim dunia yang dalam tahun terakhir berkhidmat sebagai proksi ‘Israel’.

Tiada protes jalanraya di sini untuk seorang manusia yang dikatakan paling berkuasa selagi tidak melawan kehendak pencatur Yahudi itu, kecuali artikel dan surat melalui akhbar. Sememangnya sebagai juga sekutu kebanyakan negara Arab, terutama Saudi Arabia, Bush mahu kelihatan sahabat kepada negara-negara Islam walau tidur sekatil dengan rejim pengganas Israel.

Taraf pemantauan dan kawalan keselamatan di tingkatkan. Delegasi Bush turut disertai ratusan pengawal peribadi, puluhan kenderaan SUV dan para pegawai perisikan. Bukan mudah untuk memberi perlindungan paling baik untuk lelaki yang popular dengan pelbagai aksi badut di youtube.

Dalam waktu yang sama, pengerusi OIC yang juga perdana menteri, menteri kewangan, menteri keselamatan dalam negeri dan bapa mertua mithali sebuah negara Hadhari yang mendapat cucu baru, dilapurkan terbang ke Madrid untuk sesi pertama jalan-jalan makan angin tahun ini. Selalunya pesawat peribadi yang dibeli khas itu transit di Dubai untuk ambil minyak.

Dengan demam pilihanraya yang dipenuhi spekulasi tarikh pembubaran parlimen dan lobi-melobi untuk menjadi calun, mungkin tidur beliau semakin lena untuk bermimpikan ilham tarikh pilihanraya.

Rahsia dan misteri pilihanraya adalah drama politik yang terjaga rapi. Walaupun pengerusi SPR yang dilanjutkan khidmat melalui pindaan parlimen mengumumkan yang dia juga tahu tarikh pilihanraya, hanya presiden parti melayu terbesar di dunia itu sahaja yang mempunyai prerogatif untuk menetapkan tarikh, tidak melalui teropong untuk melihat anak bulan.

DYMM Yang di Pertuan Agung juga sedang berada di Dubai untuk menyertai pertandingan Piala Endurance menunggang kuda sejak semalam. Tidak pasti ada program bersama rakyat. Baginda dikatakan selalu juga berada di Dubai, terakhir selepas menunaikan haji yang lalu.

Kalau Agung yang terdahulu ada juga program bersama rakyat seperti berkaraoke.

Hari ini juga menyaksikan, Rafidah Aziz merasmikan ekspo khidmat Servis syarikat-syarikat Malaysia di Sharjah. Dikatakan banyak sekali syarikat yang dibawa oleh Matrade menyertai ekspo ini. Dianggarkan seramai 200 orang delegasi akan memenuhkan bilik-bilik hotel Sharjah.


Ada rungutan mengenai lokasinya tidak begitu sesuai berbanding kalau di Dubai yang memang menjadi pusat ekspo dan bisnes. Untuk ke Sharjah, walau hanya dalam 5 km dari Dubai memang menyeksakan kerana kesesakan jalanraya yang tidak kenal masa dan hari.

Sharjah sendiri sebenarnya dalam proses pembangunan untuk menyaingi Dubai dan emiriyah jiran yang lebih kecil iaitu Ajman. Tetapi Sharjah yang mempunyai seorang Emir cerdas dengan dua PhD itu kelihatan sedikit perlahan dan lewat untuk bersama dengan gelombang pembangunan yang memenuhi bumi UAE.

Dalam hujan begini, tidak pasti Rafidah akan tetap turun padang untuk bermain golf seperti kebiasaan. Tetapi buat kaki golf seperti Rafidah, hujan atau panas tidak menjadi masalah. Apalagi sudah menjadi salah satu jadual kerja untuk bermain golf yang tentunya percuma untuk seorang VVIP veteran itu.

Dua hari lalu, Mat Sabu singgah dalam perjalanan pulang ke tanahair dan sempat ‘berceramah’. Seperti biasa, mendengar ceramah Mat Sabu memang menghiburkan dengan maklumat politik semasa tanahair.

Tetapi dengan audien yang sama, tidak begitu merebak maklumat yang disampaikan. Kebanyakan rakyat Malaysia di sini boleh dikatakan masih dalam suasana tanahair. Tidak mahu kelihatan bersama pembangkang kerana ada yang sampai takut masuk ISA bila pulang nanti.

Begitu berhasil indokrinasi kerajaan BN sehingga kalau berada di luar negara pun, rakyat terus dibayangi pelbagai ancaman dan ugutan. Malah dikatakan pelajar Malaysia di UK juga dipantau begitu hebat oleh MSD. Begitu jumud dan penakutnya tindakan membazir begini.

Memantau mereka yang menentang pemimpin yang rasuah, menyeleweng, zalim, bodoh dan tidak berguna sudah menjadi sebahagian dari kerajaan yang takutkan bayang-bayang sendiri. Apalagi dalam keadaan sekarang yang menyaksikan kesedaran semakin meningkat untuk proses demokrasi melalui pilihanraya yang lebih telus, adil dan saksama.

Begitupun, tidak dapat disangkal yang pihak pemerintah akan kembali berkuasa. Segala jentera akan diperkudakan, diselewengkan, disalahgunakan dan pilihanraya akan jadi sekadar mengesahkan kemenangan ‘demokrasi’ dari sistem yang korup sepenuhnya. Jadilah kita setaraf negara dibawah diktator yang mana setiap pilihanraya, para diktator menang 100% undi walau hanya seorang calun.

Kami juga bertemu dengan salah seorang sahabat lama, usahawan berjaya bertaraf jutawan yang pernah tinggal di Dubai dan datang untuk mengikuti ekspo di Sharjah. Dengan rangkaian bisnes dan sosialnya, kami dapat mendengar pelabagai jenaka terbaru politik Malaysia.

Ada baiknya jenaka politik yang bertebaran melalui youtube, SMS, emel dan blog ini dapat dikumpulkan sebagai bahan pembacaan menarik generasi akan datang. Jenaka yang melucukan, bukan sahaja mengenai Bush, mahupun mereka yang masih mahu mempertahankan lawak perdana seperti Paklah, KJ, Rafidah, Najib, Samy Velu, Soi Lek, ZAM, Nazri Aziz, Abang Zek dan lain-lain yang kurang popular bernama pemimpin, adalah relevan dalam konteks demokrasi.

Sekurang-kurangnya memberi gambaran betapa keadaan semasa memberikan banyak ilham kepada rakyat yang mungkin tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengubah keadaan, hatta melalui peti undi yang kini sudah berkotak telus.

Begitupun, jenaka yang diilhamkan dari kepimpinan dengan prestasi buruk, yang dipenuhi skandal, masalah dalaman dan kebobrokan tidak dapat mengurangkan kengerian terhadap masa depan negara dan generasi akan datang.

Pilihanraya sudah semakin hampir dan bagi kami yang kemungkinan tidak dapat mengundi secara fizikal, apalagi melalui pos, hanya dapat membantu dalam bentuk sumbangan berbeda dari jauh.

Diharapkan, kami tidak akan menjelma sebagai pengundi hantu semasa pilihanraya nanti.

Dan harapan besar ialah untuk melihat parti-parti pembangkang bersatu untuk melawan seekor gergasi kerepot bermata tiga, bertangan lima dan berkaki empat yang mempunyai kuasa magik dan sihir bernama barisan nasional!

(Fudzail adalah ekspatriat Malaysia yang bermastautin di Dubai sejak tahun 2000. Berkelulusan sains komputer dari New Zealand. Pernah terlibat dalam pembangunan Dubai Internet City, Palm Jumeirah dan 15 projek mega lain. Kini menguruskan projek pembinaan prasana dan utiliti di Palm Jabel Ali. Beliau boleh dihubungi melalui fudzail@yahoo.com serta kerjadubai.blogspot.com)

Saturday, January 12, 2008

Ben





Masih jauh berkedipan
bintang-bintang di cakrawala
walau tangan hampir menggapai
satu sinaran yang menyimbah
lembah hijau yang kontang.

Sayangnya singgahmu sebentar
mewarnai kehebatan cendiakawan
melebar seribu harapan tertuntas
biar sukar untuk tumbuh subur
lanskap kepahlawanan minda.

Terus menjadi rentetan ilusi
dalam penantian yang bersambung
kembali menapak bintang-bintang kejauhan
adalah kamu yang masih merentas doa
sebagai bebayang yang bercahaya
di hati kami!

Fudzail
Dubai, UAE
11 Jan 2008

A good reading at http://rotikacangmerah.blogspot.com/2008/01/benan-iv.html

Thursday, January 10, 2008

Kembara Dalam Hijrah







telah ombak dan gelombang
melakar pasir dan pantai
sebagai lukisan
perjalanan penuh ilusi
ke serata imaginasi

telah angin dan laut
melebar musim dan ruang
sebagai imej-imej
kehidupan perantau
di gurun realiti

telah hujan dan kemarau
menguak emosi dan mimpi
sebagai ilustrasi
kembara dalam hijrah
di buana persepsi

telah waktu dan jarak
menjalar harapan dan wawasan
sebagai sempadan
pelarian yang menumpang
di transit memori

Fudzail
Hamriya Port, Sharjah
9 Januari 2008


Wednesday, January 09, 2008

Memperaga Pemimpin Pelapis



Kolum ‘Dubai Online 2.0’ oleh Fudzail
No.32

Memperaga Pemimpin Pelapis

Ribuan peminat bolasepak kehampaan apabila kesemua tiket perlawanan antara AC Milan dan UAE kehabisan, termasuk saya. Begitupun saya sempat menyelinap masuk setelah masa kedua bermula untuk menyaksikan kehebatan pemain terbaik dunia ketika ini, Kaka.

Malam Selasa 8 Januari menyaksikan Ronaldo, seperti biasa sekadar penumpang untuk separuh masa pertama. Manakala Cafu, Emerson dan Dida menunjukkan kehebatan dalam memastikan pasukan muda UAE yang sedang bersiap ke Piala Dunia sekadar menang sorak.

Dua gol AC Milan dijaringkan oleh Gilardino. Diantara 20 ribu penonton ialah Romario.

Malam sebelum itu, Internacional de Porto Alegre menewaskan Inter Milan 2-1 untuk memenangi Kejohanan Bolasepak Antarabangsa Sheikh Mohammad bin Rashid Al Maktoum dengan hadiah bernilai USD1 juta.

Stuttgart memenangi tempat ketiga setelah menewaskan Ajax 1-0.

Manakala pada Khamis dan Sabtu, Cabaran Dubai akan menemukan empat pasukan bola, iaitu pasukan kebangsaan UAE dan China, Hamburg SV dan Vasco da Gama dari Brazil.

Siri perlawanan ini, walaupun sekadar bercorak ‘latihan’ dan ‘persahabatan’ untuk para pemain superstar dunia sewaktu pertengahan musim, sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit gambaran mengenai kehebatan mereka yang bertaraf jutawan ini.

Terserlah adalah pemain-pemain Brazil yang sentiasa membekalkan pemain-pemain handalan dunia. Romario, Ronaldo, Ronaldinho pernah menjadi pemain terbaik dan kini Kaka.

Melihat senario bolasepak di tanahair, tentunya kita masih berada jauh ke belakang dan sukar untuk bangkit sebagai pasukan kuat seperti zaman 70han. Saya sendiri tidak tahu siapa yang bermain untuk pasukan negara dan tidak peduli untuk ambil tahu.

Sememangnya, kita tidak mempunyai barisan pemain bermutu tinggi walaupun Liga M dianggap antara yang berjaya dari segi pengurusan. Di mana-mana, yang menang memang diingati, dan yang kalah, sekadar nota kaki sahaja.

Begitupun pemimpin FAM, sama ada presiden dan Timbalan terus dikuasai oleh orang lama dan orang politik, walau orang muda. Orang politik, tua atau muda, tentunya mahu menggunakan FAM sebagai batu loncatan untuk populariti kerana mudah akses kepada golongan muda.

Politik dalam sukan di Malaysia sudah menjadi darah daging yang sukar untuk dipisahkan walaupun diletupkan dengan bom C4.

Begitu juga sekiranya melihat senario politik yang terus dikuasai pemain-pemain veteran yang telah lupus tarikh kehebatan dan penggunaannya. Manakala pemain-pemain muda, terutama di pihak parti memerintah dikuasai oleh golongan elit yang mana sama ada bapa atau ibu pernah menjadi pemimpin atau bapa mertua sebagai perdana menteri.
Barisan pelapis dikalangan pembangkang juga kurang menonjol dan kita masih mempunyai nama-nama yang sama. Lim Kit Siang, Karpal Singh sudah sinonim dengan DAP, Tuan Guru Haji Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz dengan PAS, manakala Anwar Ibrahim dengan Keadilan.

Dalam pilihanraya yang dikatakan akan diadakan dalam bulan Mac nanti, kabar angin mengatakan UMNO akan membariskan pemimpin pelapis yang kebanyakan dibawah umur 40 tahun. Mereka ini tentunya mempunyai kabel besar dengan pemimpin yang menumpang di kediaman rasmi perdana menteri.

Bagi saya, secara peribadi, biarpun mereka pemimpin baru dan pelapis, tiada banyak perubahan dalam segi politik dan kepimpinan. Masih dalam acuan sama dan boleh jadi lebih teruk dari kepimpinan peringkat nasional, negeri mahupun bahagian yang sedia ada.

Parti yang dikuasai oleh ‘warlords’, rasuah dan wang tidak akan berubah status quo kerana setiap dari mereka mempunyai kepentingan peribadi yang lebih besar dari kepentingan agama, bangsa dan negara.

Pemimpin mungkin baru tetapi sistem masih ditakuk lama. Maka perubahan yang diharapkan hanyalah dari segi wajah dan jasad, isinya sama sahaja buruknya.

Mendukacitakan yang pemimpin tertinggi seperti seorang perdana menteri dipilih oleh warlords ini. Lebih mendukacitakan yang perdana menteri semasa dikatakan sekadar boneka untuk perdana menteri muda yang sedang menanti.

Alangkah baiknya sekiranya ada pilihanraya seperti Amerika dan Indonesia di mana rakyat boleh mengundi secara langsung untuk memilih presiden. Manakala jemaah menteri dipilih bukan berdasarkan kaitan politik. Ini semua hanya impian semata-mata selagi jentera demokrasi yang ada masih boleh digunapakai (salahpakai) oleh mereka yang berkuasa.

Dengan pilihanraya yag sudah bermula gear kedua, mungkin ada baiknya kita dapat melihat barisan pemimpin pelapis di pihak alternatif yang boleh diketengahkan. Dalam jutaan warga Malaysia, kita mempunyai ramai cerdik pandai yang boleh menjadi pemimpin, berbanding senarai pemimpin terutama menteri yang ada.

Berbanding dengan parti memerintah, memang sukar untuk menjadikan kepimpinan politik sebagai karier untuk mereka yang menganggotai ‘parti pembangkang’. Memerlukan pengorbanan yang besar, tanpa media perdana, tanpa SPR, tanpa kontrak kerajaan, tanpa GLC dan syarikat korporat, tanpa polis, tanpa peguam negara dan hakim, serta tanpa amaran boleh dimasukkan ke Kamunting atau dihadapkan ke mahkamah bila-bila masa.

Lantas, kalau dalam analogi bolasepak, memang sukar untuk mencari Kaka atau Christian Ronaldo sebagai pemain baru politik dikalangan pihak alternatif. Barisan muda yang ada itulah yang kita harapkan akan menjadi pemimpin rakyat yang tahan dari segala ancaman, ugutan, kesusahan, kemiskinan dan tentunya mampu menahan diri walau ditawarkan RM, pangkat, kontrak dsbnya untuk bising mengistiharkan keluar parti beramai-ramai dengan menyertai parti BN seperti mana setiap kali pilihanraya!

Lihat dan tunggu sarkis pilihanraya yang akan masuk ke kampung dan bandar, adegan ‘keluar parti’ yang sama tentunya akan berulang!

(Fudzail adalah ekspatriat Malaysia yang bermastautin di Dubai sejak tahun 2000. Berkelulusan sains komputer dari New Zealand. Pernah terlibat dalam pembangunan Dubai Internet City, Palm Jumeirah dan 15 projek mega lain. Kini menguruskan projek pembinaan prasana dan utiliti di Palm Jabel Ali. Beliau boleh dihubungi melalui fudzail@yahoo.com serta kerjadubai.blogspot.com)

Tuesday, January 08, 2008

Menganyam Memori

angin menderu
menerojah ruang kelabu
kedinginan bertamu
bersama sentuhan rindu
membunga musim-musim berlalu
mewajah usia di terjahan waktu

gemerlapan nun jauh di sana
sayup kepulauan remaja
suara meriah penuh warna
melodi seribu suasana
de javu, nostalgia
alangkah bahagia

sentimental menganyam memori
mata mengukur saujana realiti
dan hati masih terus berlari
mengejar pelangi hari
dalam jasad pasrah mengekori
bayang-bayang bulan dan mentari!

Thursday, January 03, 2008

Perdana Menteri Yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang



“I do not know if I am a good leader, but I am a leader. And I have a vision. I look to the future, 20, 30 years. I learned that from my father, Sheikh Rashid. He was the true father of Dubai. I follow his example. He would rise early and go alone to watch what was happening on each of his projects. I do the same. I watch. I read faces. I take decisions and I move fast. Full throttle.”





HH Sheikh Mohammed Bin Rashid Al MaktoumVice-President and Prime Minister of UAE, Ruler of Dubai





Bagi kami yang menumpang di bumi UAE, rasa bertuah untuk bernaung di bawah seorang Perdana Menteri yang terserlah ketokohan dalam dunia Arab yang penuh dengan kacau-bilau. Perdana Menteri yang tidak berkata, ‘bekerja dengan saya bukan untuk saya’ atau bersajak ‘mencari mana dia ghazali shafie’, tidak tidur dalam mesyuarat atau majlis, dan tidak juga memperkenalkan mazhab baru.

Perdana Menteri berwajah garang yang berkarisma tinggi ini kuat bekerja, selain penyair hebat, aktif dalam sukan hingga ke peringkat dunia, beliau berjaya menguruskan ekonomi dan pembangunan negara dengan cekap.

Itulah Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum yang dilantik sebagai Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE dua tahun lalu (5 Januari 2006). Walaupun UAE bukan sebuah negara demokrasi berparlimen, namun beliau jauh lebih baik dari perdana menteri yang menang besar melalui pilihanraya yang tidak bersih, bebas, telus dan terbuka.

Beliau yang turut dikenali dengan nama Sheikh Mo, telah membuktikan kemampuan sebagai Putera Mahkota Dubai dan de facto Emir Dubai sejak Januari 1995 sepanjang aruah abangnya, Sheikh Maktoum menjadi Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE.

Beliau mempunyai dua orang isteri. Dimana isteri kedua yang dinikahi dalam tahun 2004 ialah Puteri Haya (http://www.princesshaya.net/) dari Jordan. Dianugerahkan seramai 17 orang anak, 7 lelaki dan 10 perempuan.

Biografinya boleh di dapati di http://www.sheikhmohammed.ae/ dan http://en.wikipedia.org/wiki/Mohammed_bin_Rashid_al-Maktoum

Politik dan maklumat lain UAE boleh di dapati di http://www.government.ae/

Pembangunan tersusun Dubai sepanjang beliau menjadi Putera Mahkota, dari pembinaan Burj Al Arab (hotel tujuh bintang) diikuti dengan inisiatif mega seperti Internet City, Media City dan Healthcare City, selain pemodenan Lapangan Terbang dan prasana pengangkutan, jalanraya serta utiliti merangsang pertumbuhan ekonomi yang tidak lagi bergantung kepada hasil petroleum.






Beliau meneruskan pembangunan Dubai dengan projek ikonik seperti trilogi pulau Palm (Jumeirah, Jebel Ali, Deira), The World, Lapangan Terbang terbesar dunia, Burj Dubai sebagai struktur tertinggi dunia, Dubailand dengan 45 taman tema mega dan lain-lain yang berjumlah trilion USD.


Tidak seperti emiriyah Abu Dhabi yang mempunyai hasil petroleum dan gas melimpah sehingga 100 tahun lagi, Dubai memerlukan suntikan baru dalam meneruskan kejayaan sebagai pusat perdagangan dan bisnes di rantau Teluk, kalau tidak Timur Tengah.

Strategi Sheikh Mo dalam mempelbagaikan aktiviti ekonomi dengan menjadikan bidang kewangan, pelancungan, hartanah dan sektor servis sebagai enjin pertumbuhan. Seterusnya melangkah untuk bersaing diperingkat global dan terbukti berhasil melalui kejayaan Emirates Airlines dan Dubai Ports World, sekadar dua contoh gergasi dari UAE.

Ramai yang sebelum ini begitu skeptikal dengan apa yang beliau rancang untuk menjadikan Dubai sebagai pusat kemajuan dalam pelbagai bidang, termasuk saya yang menjadi salah seorang staf pelopor untuk projek Dubai Internet City (DIC). DIC terbina dalam masa setahun dan dalam tahun 2001, perdana menteri Malaysia ketika itu yang terhidu kegagalan MSC dan Cyberjaya berbanding DIC walau lebih awal dibangunkan, datang membuat lawatan selama sehari.

Kini dengan perubahan drastik dan ketara meliputi pelbagai sektor, Sheikh Mo muncul sebagai ikon dan idola baru generasi semasa yang memberi inspirasi.



Begitupun, walau kami yang sudah cukup kagum melihat perubahan luar biasa Dubai sejak sedekad, beliau sentiasa menegaskan yang pembangunan Dubai ketika ini hanyalah 10% dari wawasannya!

Sheikh Mo turut menyumbang berbilion dollar ke arah kebajikan seperti USD10 bilion dari poket sendiri untuk memajukan pendidikan dan keilmuan dunia Arab dan Islam. Inisiatif seperti Dubai Cares memberi peluang kepada 1 juta kanak-kanak miskin seluruh dunia untuk mendapat pendidikan yang baik.

Kepimpinan Sheikh Mo berjaya mengubah bukan sahaja lanskap gurun dan teluk Arab, tetapi juga mentaliti dan sikap rakyat tempatan terhadap peluang yang ada. Warga emirati yang hanya dalam 10 peratus dari jumlah penduduk mempunyai pendapatan per kapita tertinggi di dunia.

Beliau suka membuat lawatan mengejut bila-bila masa sahaja. Dengan kuasa yang ada padanya, beliau boleh membuang, menukar dan menaik pangkat kakitangan kerajaan mengikut prestasi. Sempena tahun 2008, untuk membantu dari kesan inflasi dan kos hidup yang memang tinggi, beliau menaikkan gaji kakitangan kerajaan sehingga 70%.

Ketika ini UAE masih lagi bebas cukai buat semua rakyat, penduduk lain dan syarikat yang beroperasi. Begitupun matawang Dirham terjejas dengan kejatuhan Dollar kerana Dirham ditambatkan kepada Dollar.

Corak kepimpinan hands-on menjadikan beliau amat digeruni. Sejak menjadi perdana menteri, bukan sahaja meneruskan lawatan mengejutnya ke merata pelusuk tanah UAE, malah membawa jemaah kabinetnya bermesyuarat di serata lokasi luar kota.

Keprihatinannya terhadap rakyat sendiri dibuktikan dengan siri projek segera seperti pembinaan puluhan ribu vila untuk mereka yang tidak mampu. Sekurang-kurangnya kekayaan hasil negara dikongsi bersama rakyat dengan sebaiknya melalui pelbagai program berfaedah seperti pendidikan dan perumahan.

Dengan membariskan kepimpinan peringkat nasional yang muda, berwibawa, berkualiti dan sama kuat bekerja, Sheikh Mo memastikan segala yang dirancangkan menepati sasaran. Ahli kabinetnya, selain dari keluarga diraja Abu Dhabi yang berpengaruh dan abangnya, adalah dari rakyat biasa golongan profesional.

Bukan tidak ada kesukaran, kelemahan dan kegagalan, mahupun cabaran lain seperti persaingan tradisional antara kabilah dan emiriyah yang autonomi, apalagi politik sesama keluarga sheikh, namun yang pasti bagi saya sebagai ekspatriat yang menumpang rezeki dan rahmat sejak hampir sedekad lalu, sesungguhnya Dubai dan UAE umumnya amat bertuah mempunyai seorang perdana menteri yang cemerlang, gemilang dan terbilang!



Ikon


berdiri di mana-mana

saujana kehadiran

dia pun mewajah

lanskap gurun terbentang

laut terpampang

minda yang melukiskan

ikon

demi ikon

sebagai simbol peradaban

ke langit terbuka


luar biasa satu perjalanan

tidak lagi bertatih

emiriyah yang pantas

merentas muka bumi

dengan gah wawasan

dan mewarnai kehidupan

dengan jangkauan paradigma

dubai boleh


kami yang menumpang

subur tanah ekspatriat

terus terpesona

menatap denyutan pembangunan

bersama kekaguman

pada mu tuan!



Fudzail

Dubai

3 Januari 2008










Wednesday, January 02, 2008

‘‘Produk kesihatan lelaki ini disahkan begitu efektif oleh Menteri Kesihatan Malaysia!”

Kolum ‘Dubai Online 2.0’ oleh Fudzail
klpos.com
No.31

‘‘Produk kesihatan lelaki ini disahkan begitu efektif oleh Menteri Kesihatan Malaysia!”

Sebaik 2007 berakhir dan 2008 bermula dengan sambutan meriah di sekitar Dubai, terutama percikan bunga api yang berlatarbelakangkan Burj Al Arab, tidak banyak perubahan baru buat kebanyakan penduduk.

Kerancakan pembangunan, terutama hartanah dan prasana yang terserlah dalam pelbagai bentuk dan saiz terus menjadi sebahagian dari kehidupan. Pertumbuhan ekonomi turus meningkat bersama kenaikan inflasi dan pertambahan ekspatriat baru juga berselang-seli dengan lapuran sedikit penurunan angka kematian di jalanraya.

Semua itu bukan lagi perkara luar biasa dan ganjil buat sebuah kota kosmopolitan yang dalam tempoh singkat dibariskan sebagai salah satu kota dunia yang menonjol. Klimaks dan unsur suspens dari ketinggian muktamad Burj Dubai sebagai struktur tertinggi di dunia sedikit sebanyak menjadi iklan cukup baik.

Menurut seorang teman yang menjadi ejen pelancungan, tiada lagi ‘musim’ di Dubai. Sepanjang tahun penerbangan dan hotel penuh. Bermakna, Dubai tidak lagi bergantung kepada musim dingin, ekspo dan promosi seperti Festival membeli-belah yang bermula tidak lama lagi.

Sesuatu yang boleh dianggap kejayaan buat pendukung kerajaan Dubai, Sheikh Mohammad Al Maktoum. Pada hari jumaat ini, beliau akan muncul di TV Dubai untuk mengumumkan langkah ke arah ‘Renaissance’ dunia Arab. Sesuatu yang sepastinya akan menjadi pembuka tahun 2008 buat seorang tokok besar abad ini.

Mungkin Sheikh Mohamed sepatutnya menerajui OIC yang keilhatan lembab dan tenggelam sepanjang di bawah pengerusi dari Tanah Melayu.

Tidak boleh dinafikan yang pembangunan membawa banyak kesan sampingan. Melalui keberkesanan dalam penguatkusaan, selain bebas dari korupsi serta penyelewengan boleh mengurangkan pelbagai masalah sementara kesemua perancangan menjadi realiti.

Begitupun, Dubai masih lagi aman dari kes-kes jenayah seperti di Malaysia. Rumah kami masih lagi tidak berjeriji dan hampir setiap masa tidak perlu mengunci pagar dan pintu rumah. Masih boleh tidur lena walau kereta ‘mewah’ diletakkan di luar pagar tanpa gajet sekuriti canggih untuk mengelakkan disamun perompak.

Masih ramai yang berani meletak kereta tanpa memberhentikan enjin sambil sementara pergi ke ATM, kedai makanan segera mahupun ke kedai runcit.
Sesuatu yang mungkin telah menjadi memori manis di Malaysia terutama kota-kota besar. Kes-kes pencurian kereta dalam pelbaai cara sudah menjadi rencah kehidupan. Saya sendiri pernah mengalami insiden kereta dipecahkan di sebuah taman lipur dua tahun lalu.

Namun, dengan pertambahan imigran luar dari seluruh dunia, memang ada insiden kecurian kereta berlaku di emiriyah lain dan baru-baru ini tersiar berita penemuan kereta curi dari UAE di Iraq.

Denga matahari 2008 yang bersinar, apakabar Malaysia di tahun 2008?

Melucukan pula, tiba-tiba bagai satu ‘rahmat’ buat Pelancungan Malaysia apabila hari kedua 2008, lapuran akhbar tempatan UAE dan berita radio memberi promosi yang bakal menggegarkan Malaysia setelah kempen Tahun Melawat 2007 berakhir.

Berita mengenai Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek mengaku menjadi hero dalam sebuah DVD seks dan tidak mahu meletak jawatan terpampang. Berita seumpama ini memang sensasi apalagi seorang Menteri Kesihatan yang sedikit-sebanyak terlibat dengan kempen penggunaan kondom atau seks secara selamat!

Tidak pasti tanggapan umum mengenai berita yang amat memalukan ini kerana pembunuhan Bhutto masih menjadi berita besar. Tetapi kalau seorang pemimpin bertaraf menteri tidak dapat mengawal ‘anu’nya, bagaimana dapat dia mengawal keadaan kesihatan rakyat?

Kalau ada yang melihat peluang, terutama dikalangan para pengusaha produk herba kesihatan lelaki ‘Buatan Malaysia’ seperti tongkat ali yang boleh mengambil kesempatan ini untuk promosi lebih hebat.

Berdasarkan ‘kisah benar’ seorang menteri kanan, ahli politik berpengaruh yang berusia 60 tahun masih saja aktif dan gagah untuk aktiviti salah laku seks. Hebat dia membuat pengakuan secara selamba. Chua lebih hebat dalam melawan ‘konpirasi politik’ dari beberapa menteri dari UMNO yang pernah dikaitkan dengan kes serupa, terutama seorang bekas ketua menteri yang dikaitkan dengan gadis bawah umur dan beberapa wanita lain.

Begitulah jauhnya perbedaan antara mereka yang digelar pemimpin rakyat barisan nasional. Chua mengambil jalan paling berani dengan bersemuka dan mengaku secara terbuka. Dengan ini, perdana menteri boleh juga memaafkan Chua seperti isteri dan anak-anak Chua sendiri, lantas ‘membuktikan’ yang Hadhari adalah progresif dan telus.

Dalam dunia yang semakin global, video seks itu boleh dimuat turun untuk tatapan dunia dari youtube.com.

Chua Soi Lek pun secara naturalnya, boleh menjadi model iklan yang glamour dan berpengaruh untuk tongkat ali, seperti kata-kata azimat komersil, ‘produk kesihatan lelaki buatan Malaysia ini disahkan begitu efektif oleh Menteri Kesihatan Malaysia!”

Selamat Tahun Baru 2008 buat seluruh pembaca klpos.com dari kami di Dubai!

(Fudzail adalah ekspatriat Malaysia yang bermastautin di Dubai sejak tahun 2000. Berkelulusan sains komputer dari New Zealand. Pernah terlibat dalam pembangunan Dubai Internet City, Palm Jumeirah dan 15 projek mega lain. Kini menguruskan projek pembinaan prasana dan utiliti di Palm Jabel Ali. Beliau boleh dihubungi melalui fudzail@yahoo.com serta kerjadubai.blogspot.com)

Tuesday, January 01, 2008